Seorang Gadis Mendakwa Dia Diganggu Oleh Makhluk Halus Ketika Dia Sedang Mengulangkaji Pelajarannya Di Bilik
Viral di media sosial ketika ini, meskipun takut, Alyaa Aleraa, tetap memberanikan diri bercakap dengan makhluk itu, tetapi tiada sebarang respon yang diterima melainkan dia diganggu berterusan.
Ketika kejadian, Alyaa bersendirian, manakala rakan-rakan serumahnya yang lain pulang ke rumah/kampung masing-masing.
Menurut Alyaa, dia terdengar bunyi orang berjalan pada jam 12 malam, kerusi dialihkan dan banyak lagi.
Eh main ketuk pintu ke tu pukul 12 malam encik hantu. Hahahahaha, janganla, sy tgh buat kerja. Aku tak tahu either aku ni berani sangat or bodoh sangat. Smua housemate belum balik
pic.twitter.com/tFX92CLyBc
—
فاريشا اليا بنت روسدي
(@Alyaa_Aleraa96) August 11, 2019
“Siapa dengar bunyi orang berjalan? Tepat jam 12. Untuk makluman, semua housemate belum balik lagi. Jadi:
Pintu beranda terbukaPintu pungpangOrang berjalanBunyi air
“I’m okay.
“Encik Hantu main ketuk pintu ke tu, pukul 12 malam. Either aku ni berani sangat atau bodoh sangat (hahaha).
“Yes, masuklah. Ye pintu tak kunci, masuklah. Welcome to the room. Adui.. Iye, masuk-masuk,” katanya dalam video tersebut.
Alyaa hanya dapat melelapkan mata pada jam 5.52 pagi.
Babi lah. Kena kacau lagi. Semua housemates tak reti nak balik ke sial
tolong lah. Dia main kerusi babi. Memang aku keluar. pic.twitter.com/H6cIUggHWC
—
فاريشا اليا بنت روسدي
(@Alyaa_Aleraa96) August 12, 2019
“Seriously again? Main kerusi pulak. I’m out now. Adui.. awak buat apa
ni. Janganlah kacau saya. Hai… emm.. **** betullah.” katanya yang
mengalami demam dan kini tinggal di hotel kerana tidak tahan diganggu
benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar itu.
Sementara itu, netizen bagaikan tidak percayai Alyaa berani bercakap dengan hantu seperti sudah lama kenal.
Menjawab persoalan netizen, Alyaa berkata dia tidak boleh menunjukkan
yang dia takut dengan kehadiran benda itu yang menganggu dia sejak 12
tengah malam hingga waktu Subuh.
“Saya nak keluar pun tak boleh. Semua belum balik. Kalau saya tunjuk
kelemahan saya, saya berkemungkinan kena rasuk. Saya bersendirian pada
malam itu. Kalau saya kena rasuk, siapa yang nak tolong?
“Saya takut sebenarnya, tak tahu nak buat apa,” katanya.
Ada netizen yang beranggapan mungkin Alyaa sudah seringkali menerima
gangguan seperti itu sehingga menjadi biasa. Tetapi Alyaa menafikannya.
“Saya baru balik hiking seorang diri tiga hari lalu. Turun ikut hutan dan benda ini tiba-tiba je,” katanya.
Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran netizen, Alyaa berkata dia akan berkongsikan pengalamannya itu secara detail pada jam 9 malam ini.
THEREPORTER
The post (Video) Seorang gadis mendakwa dia diganggu oleh makhluk halus ketika dia sedang mengulangkaji pelajarannya di bilik. appeared first on Media Serius.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaserius.my/video-seorang-gadis-mendakwa-dia-diganggu-oleh-makhluk-halus-ketika-dia-sedang-mengulangkaji-pelajarannya-di-bilik/