Sentimen Melayu Untuk Raih Undi Di Semenyih Penganalisis


M Fakhrull Halim
Diterbitkan Hari ini 8:00 pagi

PRK Semenyih | Mahu tidak mahu Pakatan Harapan (PH) perlu mengikut rentak pembangkang dengan memainkan sentimen Melayu-Islam bagi meraih undi pada pilihan raya kecil Semenyih, kata seorang penganalisis politik.

Menurut pensyarah kanan program sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor, PRK Semenyih bakal menjadi medan pertempuran bagi meraih undi orang Melayu.

“Kalau cerita perkara yang tak melibatkan kepentingan Melayu (ketika kempen), ia kurang menarik perhatian dan kurang popular.

“Katalah jika kawasan itu kawasan pengundian bercampur, 50-50 antara Melayu dan bukan Melayu, mereka (pembangkang) akan kurang cenderung pergi ke (mengambil pendekatan) ‘kanan’.

“Tapi kali ini, hampir 70 peratus pengundi Melayu. Saya ingat, nak tak nak, pihak kerajaan yang akan diwakili Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) pun terpaksa mainkan sentimen Melayu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selepas kekalahan BN pada PRU-14, 9 Mei tahun lalu, Umno dilihat semakin akrab menjalin kerjasama dengan PAS dan sentiasa membangkitkan isu kedudukan orang Melayu dan agama Islam dalam kempen mereka.

Terbaru, pada PRK Cameron Highlands lalu, kerjasama itu berjaya membawa kemenangan kepada calon BN, Ramli Mohd Nor yang menewaskan calon PH, M Manogaran.
Tambah Dr Nadzri, biarpun golongan muda dan ‘rasional’ merupakan peratus agak besar dalam komposisi pengundi Melayu di Semenyih, mereka masih menganggap isu Melayu dan Islam sebagai hal penting buat mereka.

BN-PAS ada kelebihan

Memandangkan peratus pengundi Melayu di Semenyih mencecah 68 peratus manakala pengundi bukan Melayu hanya 32 peratus, Dr Nadzri menjangkakan isu Melayu-Islam di Semenyih akan lebih hebat dimainkan berbanding PRK Cameron Highlands 26 Jan lalu.

Mengakui pendekatan BN-PAS dalam isu Melayu dan Islam ‘terlalu kanan’ dan ‘kurang cocok’ dengan keadaan Malaysia yang pelbagai agama dan kaum, untuk PRK kali ini, kerjasama tersebut dilihat mempunyai kelebihan.
“Undi bukan Melayu memang signifikan, tetapi BN-PAS tak boleh buat apa-apa kerana itu macam dah jadi ‘cash deposit’ untuk PH.

“Tapi kelebihan pada BN-PAS kali ini, yang menentukan keputusan adalah undi orang Melayu,” katanya lagi.

Justeru, beliau menjangkakan isu-isu Melayu dan agama Islam akan dimainkan bagi menguja emosi dan menarik ramai pengundi untuk turun pada PRK itu nanti.

10 peratus jadi penentu

Daripada 12 peratus yang tidak keluar mengundi pada PRU-14 lalu, beliau menganggarkan sepuluh peratus daripadanya adalah orang Melayu yang mampu menjadi faktor penentu dalam PRK Semenyih nanti.

“Lebih kurang dalam sepuluh peratus daripada lebih 50,000, maknanya 5,000 lebih (undi). Kalau mereka boleh pengaruh Melayu untuk turun, atas nama agama, bangsa dan tanah air, (ia) kelebihan pada BN-PAS.

“Bak kata orang, Semenyih ni sepuntung rokok saja nak sampai (dekat),” tambah Dr Nadzri.

Sementara itu, beliau turut menggariskan cabaran yang didepani PH bagi PRK Semenyih, termasuk menjawab mengenai manifesto yang belum berjaya ditunaikan.

Ini termasuk serangan di media sosial terhadap beberapa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Malah, Bersatu sendiri berdepan cabaran mempamerkan diri sebagai parti Melayu baru untuk menggantikan Umno dengan ideologi dan polisi yang berbeza daripada ‘Melayu lama’.

“Melayu yang lebih moden, lebih terkehadapan, dan kurang bergantung. Tapi, semuanya masih tidak jelas.

“Mereka masih tercari-cari karakter ‘Melayu baru’ yang mereka cuba lemparkan kepada rakyat,” tambahnya lagi.

Selain BN dan PH, Parti Sosialis Malaysia turut mengesahkan akan meletakkan calon di PRK Semenyih, manakala aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng pula menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/sentimen-melayu-untuk-raih-undi-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengundi Melayu Akan Undi Ph Di Semenyih Kata Dr M

Pengundi Melayu Akan Undi Ph Di Semenyih Kata Dr M

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 336 hits
January 29 2019 10 00 PMDr Mahathir Mohamad bersama Presiden PPBM Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini PETALING JAYA Tun Dr Mahathir Mohamad percaya pengundi Melayu kali ini ...
Uncle Kentang Akan Bertanding Di Prk Semenyih Bukan Berniat Untuk Pecah Undi Melayu Viral Hancing

Uncle Kentang Akan Bertanding Di Prk Semenyih Bukan Berniat Untuk Pecah Undi Melayu Viral Hancing

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 651 hits
PUCHONG Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang mengumumkan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecik Dewan Undangan Negeri Semenyih Katanya keputusan itu diambi...
Pakatan Mampu Tawan Undi Melayu Pada Pru15 Kata Dap

Pakatan Mampu Tawan Undi Melayu Pada Pru15 Kata Dap

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 280 hits
Pakatan mampu tawan undi Melayu pada PRU15 kata DAP Dikemas kini 46 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 7 Feb 2019 8 16A
Melayu Jadi Penentu Gabungan Bn Pas Menang Dalam Prk Semenyih

Melayu Jadi Penentu Gabungan Bn Pas Menang Dalam Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 317 hits
PH masih gagal bela orang Melayu06 Februari 2019 2 48 PMKUALA LUMPUR 6 Feb Jumlah majoriti pengundi Melayu sebanyak 68 peratus dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang akan bermula 16 Februari ini akan menjadi kelebihan ...
Ph Tumpu Isu Melayu Islam Kos Sara Hidup Di Semenyih

Ph Tumpu Isu Melayu Islam Kos Sara Hidup Di Semenyih

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 317 hits
PRK SEMENYIH Pakatan Harapan bakal memberi tumpuan terhadap isu berkaitan kos sara hidup serta menjelaskan sentimen Melayu Islam yang dibawa pembangkang dalam PRK DUN Semenyih Mac ini Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata jentera PRK PH...
Kalah Undi Melayu Di Cameron Tumpu Dasar Untuk Semua Tpm

Kalah Undi Melayu Di Cameron Tumpu Dasar Untuk Semua Tpm

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 273 hits
Kita nak semua memberikan kita sokongan Bukan saja PAS jelas Dr Wan Azizah Wan Ismail
Informasi Prk Semenyih Ph Sakit Hadapi Laluan Sukar Ini Sebabnya

Informasi Prk Semenyih Ph Sakit Hadapi Laluan Sukar Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 414 hits
Pakatan Harapan telah memutuskan untuk meletakkan calon Bersatu dalam PRK Semenyih Gambar failSURUHANJAYA Pilihan Raya telah menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N 24 Semenyih pada 16 Februari dan har...
Calon Ph Di Semenyih Seorang Yang Kacak Kuat Muhyiddin

Calon Ph Di Semenyih Seorang Yang Kacak Kuat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 682 hits
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai tangan kepada media selepas mempengerusikan perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa Bersatu Hulu Langat di Semenyih EcoVenture Resort Recreation Semenyih Selangor foto H...
Brics Ekonomi Israel Diseret Merudum Pasti Al Hamdulillah

Maksud Hadis Hiasilah Al Quran Dengan Suara Kamu

Royal Addendum On Najib S House Arrest Only Hearsay Stresses Saifuddin

Majlis Birthday Mak

Tested American Metal S The Disciple Sonic Infused Whiskey

Tiada Tangan Ghaib Yang Pilih Semuanya Ikut Prosedur Dan Aturan Tak Pasti Jang

The Disciple A Mixed Metal Harley Bobber With El Knucklehead Power

The Incredible Tale Of The Talking Tortoise A Fifth Century Ethiopian Exploration Of Wisdom And Humility


echo '';
Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia


Sag Birth Dates

Leo Promise Report 2021

Different Tarot Decks

Aquarius Career Horoscope December 2021

Masuk Sebagai Orang Keluar Jadi Mayat

Mighty White Blackpepper Chicken Bun