Sentiasa Ada Cuma Bagaimana Mengurusnya Apa
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
SENTIASA ADA CUMA BAGAIMANA MENGURUSNYA..APA? | Kecukupan itulah yang sentiasa Allah swt izin berlaku pada manusia.Sesiapa pun.Cukup.InshaAllah sentiasa cukup walau ngam-ngam sahaja ibaratnya.Bila berasa ada kekurangan di sini nanti akan Allah swt lebihkan di sana pula.Percayalah rasa cukup itu ada dengan syarat sentiasa berasa syukur.Syukur bukan bererti tunggu tanpa usaha..bukan ala kadar..bukan berpeluk tubuh..bukan..tapi mesti usaha,doa,tawakkal dan syukur.Ya,rezeki sentiasa ada..sentiasa..tapi kena usahakan
Rezeki.Lain orang lain rezekinya.Buka manusia sahaja..setiap makhluk ada rezeki masing-masing yang kita tidak tahu bagaimana bahagian dan agihannya..cuma Allah swt yang tahu dan mengatur dengan sebaik-baiknya.Banyak atau sedikit.Lebih atau kurang...rezeki tetap rezeki.Tetap ada cuma bagaimana mengurusnya sahaja.Betul dan baik menguruskannya makan cantiklah jadinya.Teruruslah semuanya nanti.InshaAllah
Masa.Sama.24 jam sehari semalam.7 hari seminggu.Kadang rasa tidak cukup masa untuk menyelesaikan atau menguruskan sesuatu perkara.Kadang rasa mahu minta lebih daripada 24jam sehari semalam..mahu minta lebih juga daripada 7 hari sahaja..boleh tapi sambunglah pada jam seterusnya dihari seterusnya..justeru mengapa ada tempoh masa yang ditetapkan untuk menyiapkan atau menyelesaikan sesetengah hal..masa sentiasa ada..sentiasa ada ya.Cuma bagaimana mengurusnya kita ini supaya ianya betul-betul terisi dengan banyak perkara berkualiti
Masalah atau dugaan.Rasulullah SAW sendiri sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan semasa hayatnya lebih-lebih lagi di ketika baginda menyebarkan dakwah.Apatah lagi kita umat akhir zaman.Musuh yang nyata.Musuh yang tidak terlihat.Semuanya ada dan sentiasa ada.Terkadang mampu dielak.Terkadang terjebak juga di sana sini.Allahu.Masalah tidak boleh dinafi kecuali diurus dengan sebaik-baiknya supaya boleh dileraikan perlahan-lahan dan mudah
Banyak sangat yang manusia harus lalui.Mesti tempuhi dengan rela mahupun terpaksa.Mahu tidak mahu begitulah hakikat kehidupan manusia..cumanya selagi mana masih hidup di dunia istilah berpatah balik atau taubat itu sentiasa ada dan terbuka untuk manusia sedang di akhirat nanti semuanya sudah tiada lagi
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2019/04/sentiasa-ada-cuma-bagaimana-apa.html