Sendayu Tinggi Raya Haji Sale Haul
Sendayu Tinggi Raya Haji Sale haul | Sempatla grab a few products masa diorang buat sale Raya Haji hari tu. Dah lama tak pakai make up Sendayu Tinggi ni. Sebab dah bertukar ke Alha Alfa kan.
Kali ni pakai Sendayu Tinggi semula bukan sebab dah tak nak kawan dengan Alha Alfa tapi sajelah nak tukar angin. 😄
Shopping norma baharu.
Pergi outlet juga sebab suka beli barang nak tengok produk tu depan mata, mujurla tak ramai orang
Inilah yang kita beli, lepas tu pejam mata dan ke kaunter terus hahaha, dikhuatiri terbeli benda lain jugak
Masuk kedai limit 5 orang je. Yang lain beratur tunggu di luar kedai. Saya pun dah tau dan survey apa yang nak beli. Banyak saya tengok review produk di IG ST. So saya dah aim apa benda yang saya kene grab.
Jadi takdelah lama sangat duduk dalam kedai. Lagi haru kalau tak tau nak beli apa!! hahaha. Lama-lama kat dalam tu pun bahaya jugak, boleh jadi terbeli apa yang tak plan nak beli.
Dari ST ke Alha Alfa ke ST semula
Muka saya banyak masalah acne tapi tak sensitif, so bolehla try produk itu dan ini. Dulu kan saya memang pakai ST Doll foundation yang best tu. Memang beberapa tahun dah dengan make up ST.
Tapi sajelah lepas tu nak tukar selera. So tukar kepada Alha Alfa pula. Memang terbaik jugakla foundation, loose powder, moisturiser dan serum Alha Alfa. Boleh tutuplah segala jeragat dan bintik hitam kat muka.
Dan make up dia best sangat. Tak cair tapi glowing even panas membahang. Biasa kerja luar kan, duk visit sana sini. Tapi make up kau maintain even ketiak dah berpeluh dan melekit.
Pengalaman beli Produk tak original
Pernah sekali saya beli foundation Alha Alfa kat Shopee. Harga murah sikitlah berbanding beli kat HQ.
Rupanya produk tu bukan original!!!
Bila apply kat muka, foundation tu tak sekata dan tak likat macam biasa. Pelik sebab packaging sebijik sebijan. Semualah sama.
Then rujuk kat HQ katanya itu mungkin bukan produk yang original. Hmm sedih mak. Habiskan jugakla sebotol sebab taknak membazir kan.
Hmm memang itulah first and last beli kat Shopee. Lepas tu terus beli dengan HQ je sebab nakkan keaslian produk tu.
Beli apa di Sendayu Tinggi Raya Haji sale
Produk ni paling laku keras. Fungsinya yang paling saya suka adalah untuk memudarkan jeragat. Hmm sis cuba
Ini first time cuba, oklah dia takdelah full coverage. still kene pakai concealer then letak bb cushion
Ok berbalik kepada Sendayu Tinggi Raya Haji sale. Kali ni sale memang untuk member dan boleh beli kat outlet dan online. Kalau dulu diorang buat sale kat HQ je rasanya.
Tapi kali ni semua dapat merasa jualan murah diorang. Baguihla takdela berebut dan kata tak dapat nak beli produk sale.
Kalau buat kat HQ je memang tak sampailah saya ke sana tu. Jem lagi, beratur pulak, barang habis. Dapat penat je kan. Tapi duit jimatlah taklah habis kat make up hahaha.
Inilah produk yang saya laburkan duit gaji tu. Labur ke lebur?? Hahaha.
ST brightening series
Bau dia lembut dan tak melekit
Cleanser ni pakai sikit je dah boleh cuci seluruh wajah
Serum ni pun best, pakai serum then baru apply moisturiser
Saya suka make up nipis dan tak tebal. Tapi boleh tutup jeragat kat muka. Saya kulit putih kan, so memang nampakla segala tompok hitam tu.
Kali ni saya beli apa yang saya tak pernah pakai pun sebelum ni. Kat atas ni adalah set Brightening Series harganya RM86.00. Untuk lembapkan muka, anjalkan kulit dan anti ageing.
Suka bau dia lembut je dan memang lepas pakai ketiga-tiga produk ni muka rasa anjal dan fresh. Tapi kena rajinlah pakai siang dan malam.
Cara pakai dia?
Biasa saya cuci muka dulu. Pakai serum dan ratakan. Letak pula moisturiser. Pakai uv sunscreen dan baru letak foundation so on.
Dan itu juga salah satu cara supaya make up tak crack terutama kat mata. Memang kena apply moisturiser supaya kulit lembab je.
Oklah itu sahaja review untuk kali ni. Tapi memang terbaik dan saya suka brightening series tu.
The post Sendayu Tinggi Raya Haji Sale haul appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2020/08/sendayu-tinggi-raya-haji-sales-haul.html