Senarai Tugas Pembantu Antidadah Gred S19 Dan Tips Menghadapi Temuduga Aadk


Senarai Tugas Pembantu Antidadah Gred  S19 dan Tips Menghadapi Temuduga AADK | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mungkin masih ramai yang memerlukan maklumat ini kerana mungkin ada antara pembaca blog ini adalah calon yang akan menghadapi peperiksaan atau temuduga untuk jawatan sebagai Pembantu Antidadah Gred S 19. Jawatan Pembantu Antidadah Gred S19 merupakan salah satu jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil. Berikut dikongsikan Deskripsi Tugas  Pembantu Antidadah Gred S19 beserta dengan jadual gaji minimum/ maksimum. Pada masa yang sama, syarat lantikan dan kelayakan yang boleh dirujuk di bawah ini. Sha juga akan kongsikan beberapa tips menghadapi temuduga AADK dan juga panduan sebagai point-point yang korang boleh study sebelum menghadapi soalan panel penemuduga. Tidak lupa juga Sha kongsikan pengalaman Sha sendiri semasa menghadapi temuduga untuk jawatan ini.

Mereka yang berkeinginan untuk mengisi jawatan kosong Pembantu Antidadah Gred S19 perlu membuat pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i di Portal SPA. Bagi yang berminat, pendaftaran jawatan kerajaan ini perlu dibuat secara atas talian/ online dan dibuka sepanjang masa.

Deskripsi Tugas Pembantu Antidadah Gred S19 (Skop Kerja Dan Gaji)
Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Antidadah Gred S19 di Agensi Antidadah Kebangsaan
•Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Untuk lebih jelas tentang tugas setiap unit iaitu Unit Rawatan, Perubatan & Pemulihan (RPP), Unit Pencegahan dan Unit Penguatkuasaan korang boleh rujuk fungsi-fungsi AADK.

Kumpulan: Pelaksana

Kementerian/ Jabatan: Kementerian Dalam Negeri (KDN) / Agensi Antidadah Kebangsaan


Jadual Gaji Pembantu Antidadah Gred S19
Berikut merupakan jadual gaji minimum/maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pembantu Antidadah Gred S19
•GAJI MINIMUM : RM 1,352.00
•GAJI MAKSIMUM : RM 4003.00
•KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00

Syarat Lantikan


Berikut merupakan syarat lantikan/kelayakan bagi jawatan Pembantu Antidadah Gred S19:

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
•a. warganegara Malaysia;
•b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
•c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
•Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
•Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80)


ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Sumber SPA

Tips Menghadapi Temuduga Pembantu Antidadah Gred S191. Kebiasaannya penemuduga adalah terdiri daripada panel SPA dan wakil daripada AADK sendiri.

2. Panel SPA biasanya akan bertanya soalan berkaitan kerajaan

3. Panel AADK akan lebih menjurus kepada perkara berkaitan dadah dan fungsi aadk.

4. Pastikan anda BEBAS DADAH.

5. Jangan lupa layari laman web rasmi www.adk.gov.my

6. Ketahui perkhidmatan yang disediakan dalam Agensi Antidadah Kebangsaan ( Cth : apa itu PUSPEN, CCSC, CCH)

7. Pelajari kesan penagihan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

8. Ketahui program pemulihan yang sesuai dijalankan ke atas klien yang terlibat dengan dadah.

9. Kenalpasti faktor-faktor penagihan.

10. Cara memberi pendidikan kepada masyarakat bagi menghilangkan stigma negatif kepada penagih.

11. Kenali ciri-ciri fizikal seorang penagih.

12. Kenalpasti kenapa anda memilih untuk menjawat jawatan pembantu antidadah.

13. Pengetahuan Am berkaitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan organisasi atasan AADK.

Pengalaman Temuduga Sebagai Pembantu Antidadah Gred S19
Pengalaman Sha semasa temuduga jawatan Pembantu Antidadah. Siap sedia dengan sedikit sebanyak bacaan tentang AADK. Sebelum menghadapi temuduga, calon temuduga akan dijalankan saringan ujian air kencing terlebih dahulu. Soalan-soalan tidak banyak tentang AADK, tetapi kepada persediaan mental untuk memasuki dunia pekerjaan dan melakukan beberapa aktiviti berdasarkan arahan penemuduga berdasarkan pencapaian kokurikulum.

Semoga dengan sedikit perkongsian deskripsi skop tugas jawatan Pembantu Antidadah Gred S19  , tips dan sedikit perkongsian pengalaman ini dapat dijadikan panduan buat para bakal pemohon. Selamat maju jaya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2020/02/senarai-tugas-pembantu-antidadah-gred.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tips Temuduga Yang Kerap Diabaikan

5 Tips Temuduga Yang Kerap Diabaikan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 517 hits
AssalamulaikumBismillahKesalahan kecil dalam proses menemuduga akan menyumbang kepada kegagalan untuk mendapatkan pekerjaan Dalam pasaran kerja semasa kita perlu bijak untuk mengambil peluang dalam persaingan kerja salah satunya adalah keti...
Tips Travel Cara Mohon Refund Tiket Airasia Guna Website

Tips Travel Cara Mohon Refund Tiket Airasia Guna Website

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 738 hits
Mungkin ada antara kita yang ada beberapa kali terpaksa membatalkan rancangan untuk terbang dengan AirAsia di saat saat akhir Seperti waktu Wabak Virus dari Wuhan China ini ramai yang sudah beli tiket ke sana pasti akan pilih untuk tunda at...
Tips In Choosing Kitchen Pendant Lights

Tips In Choosing Kitchen Pendant Lights

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 294 hits
If you re looking for a hardworking lighting solution that offers both form and function you should definitely consider pendant lights Pendant fixtures boast of beauty and practicality with many style options and a variety of The post appea...
5 Effective Tips And Ways On How To Organize Your Things At Home

5 Effective Tips And Ways On How To Organize Your Things At Home

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 303 hits
It can be difficult to find the time or energy to keep the house clean along with our other daily responsibilities especially if you are working full time or have little children to take care of The post appeared first on
7 Tips Awesome Untuk Solo Travellers

7 Tips Awesome Untuk Solo Travellers

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 287 hits
Assalamualaikum Hai Lama dah kan CikSha tak membebel kat blog ni Dah berderet entri postpone tau dalam draft tu Tulis sikit tinggal Lepas tu duduk la dendiam entri tu kat situ Konon azam tahun 2020 nak membebel hari hari kat blog Tapi azam ...
Top 5 Interior Design Tips For A Successful Remodel Of Your Home

Top 5 Interior Design Tips For A Successful Remodel Of Your Home

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 290 hits
If the time has come for a remodel of your home you ve come to the right place Deciding to redesign your home whether it s because your tastes have changed or your home is in need The post appeared first on
Cuaca Panas Tnb Kongsi Tips Jimat Guna Penghawa Dingin

Cuaca Panas Tnb Kongsi Tips Jimat Guna Penghawa Dingin

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 342 hits
TNB menasihati pengguna agar jimatkan tenaga elektrik semasa menggunakan pendingin hawa Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR 31 Jan Ekoran cuaca panas dan kering ketika ini Tenaga Nasional Berhad menasihati pengguna mengambil langkah mengopt...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Crisis Management 101

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Hiburan Saya Perlu Langsaikan Hutang Rm7 Juta Hasil Untung Niaga Sebulan Rm30k Datuk Red Tak Culas Bayar Hutang

Elak Label Anak Dengan Kata Negatif Cakap Yang Baik Baik Saja

Lari Dari Standard Kecantikan Korea Netizen Puji Kesungguhan Claudia Kim Dalam The Atypical Family

Takat Mat Jargon Mmmmm Otak Letak Sebelah

Pesawat Hornet Tudm Hantar Pasukan Ke Kuwait

Kesan Kehadiran Belalang Pelesit