Senarai Semak Sebelum Masuk Bulan Cukai



Assalamualaikum. Mulai 1 Mac 2022 kita boleh mula isi e-filing income tax untuk taksiran cukai tahun 2021 kan? Jadi pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Abam Kie ingin berkongsi senarai semak atau check list pengiraan cukai di e-filing nanti. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Ingat! Tarikh akhir untuk menghantar e-filing adalah pada 30 April 2022. Bila dah siap hantar tu, tunggu je la lebihan cukai mendarat ke akaun bank masing2 ye? Good luck

LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai
 Contoh: Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202Potongan KWSP (11%) = RM4,202Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan) Sekiranya pendapatan korang tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, insha-Allah dapat refund
 Jadi sebelum anda membuat taksiran cukai 2021 yang boleh mula diisi pada 1 Mac lalu, jika rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan: 1. Borang EA / EC / CP58 Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC. Orang kerja swasta, sediakan borang EA. Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat
Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2021. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2021
 Sila take note kalau korang makan gaji dan termasuk dalam gaji kasar tu elaun petrol, elaun perjalanan atau elaun tol atau kombinasi darinya, sila tolak sebab elaun/perkuisit ini dikecualikan cukai. Terhad kepada RM6,000 setiap tahun
 2. No kad pengenalan ibu dan/atau ayah kandung/angkat Err… Hafal tak no kad pengenalan mak ayah? Ada mak dan / atau ayah berumur 60 tahun dan ke atas yang bermastautin di Malaysia? Kalau mereka masih bekerja pastikan pendapatan tahunan mak atau ayah TIDAK melebihi RM24,000 seorang. Kalau cukup syarat ni anda boleh claim RM1,500 seorang. Kalau dua-dua masih hidup maka boleh claim RM3,000
 “Tapi mak ayah duduk kampung? “ Rileks, korang masih boleh claim walaupun tidak tinggal bersama
Individu yang LAYAK menuntut pelepasan ini merujuk kepada anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang. Tuntutan pelepasan ini TIDAK dibenarkan ke atas ibu bapa tiri
 Nota : Kalau yang ada adik beradik ramai dan masing-masing nak claim, cara pengiraan seperti di Helaian Kerja HK15
 3. Penyata Takaful/Insuran Sila minta statement tahun 2021 dekat ejen Takaful kalau penyata tu tak sampai rumah. Statement Takaful ini penting sebab dalam bayaran bulanan boleh jadi ada bahagian yang tak dibenar tolak cukai. Dekat statement tu biasa ada tulis. Jadi jangan declare semua kalau ada bahagian yang tak dibenarkan
 Yang boleh claim hanyalah Takaful/insuran nyawa, pendidikan dan perubatan. Takaful/insuran kereta tak boleh. Takaful/insuran nyawa boleh claim untuk individu, suami atau isteri / isteri-isteri. Bayaran premium atas polisi nyawa anak tidak dibenarkan. Manakala premium Takaful/insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan boleh untuk individu, pasangan atau anak
 4. Resit Gaya Hidup Silalah korek semula resit-resit dan bil kalau tahun lepas (2021) ada beli dan bayar: smartphone/komputer/laptop/tabletbuku/ subscription news onlinebil langganan internetPembelian alat sukan / yuran gym Boleh claim bawah pelepasan gaya hidup maksimum RM2,500. Belian mestilah untuk kegunaan peribadi saja, bukan untuk bisnes. Ingat, tipu dosa
 5. Resit Alatan Penyusuan Korek juga resit-resit berkaitan peralatan penyusuan (kalau ada beli). Pelepasan ini untuk pembayar cukai wanita saja atas pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan menyusukan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah.  Encik suami tak boleh claim (rasanya dalam borang dia disable ruang ini untuk lelaki)
 Amaun claim adalah terhad kepada amaun yang dibelanja dan maksimum RM1,000 walaupun ada lebih daripada seorang anak
 Peralatan penyusuan ibu yang layak mendapat potongan adalah: (i) set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack);(ii) bekas pengumpulan dan penyimpanan susu (breast milk collectionand storage equipment); serta(iii) set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set / bag)
 6. Resit Pra-Sekolah Ada anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke pra-skolah atau pusat asuhan? Simpan lagi tak resit bayaran tu
 Potongan ini terhad kepada amaun yang dibayar dan maksimum boleh claim hanya RM1,000. Tapi tahun ni (tahun 2021) masa isi borang untuk taksiran 2020 boleh claim maksimum RM2,000. Yelah, yuran pra-sekolah macam Little Caliphs, Children Islamic Centre (CIC), Brainy Bunch, Genius Aulad, Smart Reader bukan biashe-biashe
 Tapi, pastikan taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pra-sekolah kerajaan/swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
 7. Penyata SSPN-i Ada menabung untuk anak dalam SSPN-i? Baguslah. Rasanya sekarang dah boleh print penyata SSPNN-i secara online. Kalau takde boleh ke kaunter PTPTN yang berhampiran
 Ingat, boleh claim amaun bersih, bukan berapa banyak korang masukkan dalam akaun
 (Jumlah simpanan dalam tahun 2021 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2021)
 Contoh: Dalam tahun 2021,Baki Bawa Hadapan: RM4,500;Simpanan : RM2,000; danPengeluaran : RM1,500
Potongan yang layak dituntut adalah RM500 (RM2,000 – RM1,500). Untuk taksiran tahun 2021, maksimum boleh claim RM8,000, sebelum ini hanya RM6,000. LHDN mesti dah ada data pencarum SSPN-i ni, jadi berfikir panjang sebelum bertindak mengisi ruang pelepasan tu
 8. Resit bayaran zakat Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri masa buat bayaran. Kalau bayar online memang senang nak print balik
Kalau ikut FAQ LHDN, zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun tu. Maknanya termauklah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan zakat wang simpanan. Biasa yang orang claim adalah zakat fitrah dengan zakat pendapatan
 9. Dokumen lain Dokumen lain yang perlu disediakan (jika ada) adalah yuran sambung pengajian ke peringkat Ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata Skim Persaraan Swasta (PRS), resit-resit kalau ada derma dekat institusi atau organisasi yang diluluskan oleh LHDN (cari dan semak di sini)
 Paling penting selain no akaun bank untuk LHDN refund duit PCB kita, ingat lagi tak password e-filing? Kalau boleh rekodkan maklumat e-filing ni. Senang esok-esok nak login, id dengan password dah tersedia
 Ingat, TAK PERLU hantar resit-resit atau dokumen atas ni, simpan saja elok-elok mana tahu dapat surat audit dari LHDN supaya tunjuk bukti. Ingat, tipu dosa.Bersamalah kita membangunkan negara yang tercinta
 (Kredit: Faizah Salleh via semakan online 
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2022/03/senarai-semak-sebelum-masuk-bulan-cukai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Lupa Senarai Pelepasan Cukai 2021

Jangan Lupa Senarai Pelepasan Cukai 2021

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 300 hits
Jangan Lupa Senarai Pelepasan Cukai 2021 Pejam celik pejam celik dah tiba masa untuk submit submission cukai LHDN Kena susun susun semula resit resit perbelanjaan yang boleh dikecualikan cukan Akak sejenis simpan resit resit satu tempat so ...
Bayi Setahun 11 Bulan Maut Akibat Didera Ibu Kandung Yang Tertekan Dengan Suara Tangisannya

Bayi Setahun 11 Bulan Maut Akibat Didera Ibu Kandung Yang Tertekan Dengan Suara Tangisannya

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 290 hits
Polis menahan seorang wanita yang disyaki mendera anak kandungnya berusia setahun 11 bulan sehingga mati pada 9 Mac lalu Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata suspek berusia 33 tahun tampil menyerah dir...
Soal Usulan Tarif Terintegrasi Transportasi Jakarta Akan Diputuskan Bulan Ini

Soal Usulan Tarif Terintegrasi Transportasi Jakarta Akan Diputuskan Bulan Ini

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 149 hits
Karena beberapa pimpinan BUMD absen Komisi B akhirnya sepakat hanya akan mendengarkan paparan baru yakni hasil kajian tarif integrasi dari Dewan Transportasi Kota Jakarta
Ketua Balai Bomba Peramu Pekan Di Hukum Penjara 18 Bulan Dan Denda Rm194 062 10

Ketua Balai Bomba Peramu Pekan Di Hukum Penjara 18 Bulan Dan Denda Rm194 062 10

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 148 hits
KUANTAN Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu di Pekan dihukum penjara selama 18 bulan dan denda RM194 062 10 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan pada Rabu selepas didapati bersalah atas 10 pertuduhan memberi kontrak pembekalan makanan bernilai ...
Usia Kandungan Cecah 5 Bulan Fazeera Rancang Buat Modul Motivasi Sambung Master Lepas Bersalin

Usia Kandungan Cecah 5 Bulan Fazeera Rancang Buat Modul Motivasi Sambung Master Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 264 hits
Diam tak diam dah lima bulan usia kandungan Fazeera Nazri Azrai yang juga isteri kepada selebriti popular Fizo Omar ini Mula menyesuaikan diri dengan tempias dunia glamor selepas bergelar isteri Fizo penampilan dan kehidupan Fazeera atau me...
Dah Besar Dah Setelah 7 Bulan Ini Keadaan Terkini Anak Bongsu Shuib Dan Arwah Siti Sarah

Dah Besar Dah Setelah 7 Bulan Ini Keadaan Terkini Anak Bongsu Shuib Dan Arwah Siti Sarah

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 188 hits
Nampaknya cabaran lagu Gatal daripada pelakon dan penyanyi Janna Nick tidak henti henti mendapat perhatian di media sosial terutama menerusi aplikasi TikTok sehinggakan pengguna daripada negara lain juga turut sertai
Hiburan Dah Macam Syarat Sah Solat Pulak Masjid Tetapkan Syarat Lengkap Booster Baru Boleh Masuk

Hiburan Dah Macam Syarat Sah Solat Pulak Masjid Tetapkan Syarat Lengkap Booster Baru Boleh Masuk

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 195 hits
Semalam tular video memaparkan beberapa jemaah Masjid yang kecewa kerana niat mereka untuk solat jumaat secara berjemaah di masjid terhalang Menerusi video yang dimuat naik di laman ramai yang mempersoalkan syarat baru yang dikuatkuasakan p...
Resepi Puding Buih Kembali Lagi Desert Popular Di Bulan Ramadhan

Resepi Puding Buih Kembali Lagi Desert Popular Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 940 hits
Resepi Puding Buih Kembali Lagi Desert Popular Di Bulan RamadhanPuding Buih ni memang popular terutama bulan puasa makan dengan kuah kastard memang sedap cair dalam mulut gitu
Persiapan Bulan Puasa

Persiapan Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 222 hits
Alhamdulillah some of my kids dah start bayar puasa hari ni jadi InshaAllah ramadhan nanti mereka tak terkejut sangat Aritu ada yg bertanya bagaimana untuk mengajar anak kecil berpuasa di negara omputeh ni Harapnya Allah permudahkan saudara...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It