Nombor Kod Daging Allana. Daging Allana dikenali kerana kualitinya yang tinggi dan mempunyai pelbagai potongan daging yang sesuai untuk pelbagai jenis masakan. Setiap potongan daging mempunyai kod tersendiri yang memudahkan pengguna untuk mengenal pasti bahagian daging yang diperlukan.
Bahagian: Daging batang pinang dalam. Paling lembut dan tiada lemak.
Masakan: Sate, Stik, Bakar / Grill.
Kod 11 – Slice
Bahagian: Daging bawah perut serta kurang lemak urat.
Masakan: Kari / Gulai, Rebus / Singgang, Masak Kicap.
Kod 42 – Nuckle
Bahagian: Daging dalam paha belakang. Pejal & liat sedikit.
Masakan: Rendang, Kari / Gulai, Rebus / Singgang.
Kod 44 – Silver Side
Bahagian: Daging paha belakang. Berotot & liat sedikit.
Masakan: Dendeng, Serunding, Kari / Gulai.
Kod 41 – Top Side
Senarai Nombor Kod Daging Allana Serta Cara Masakan dan Bahagian Daging Allana 14
Bahagian: Daging atas paha belakang. Pejal & halus.
Masakan: Sup, Rendang, Kari / Gulai.
Kod 45 – Rump Steak
Bahagian: Daging atas punggung. Pejal tetapi lembut.
Masakan: Beriani / Kurma, Kari / Gulai, Rendang.
Kod 46 – Striploin
Bahagian: Daging batang pinang luar. Lembut & berlemak.
Masakan: Sate, Stik, Bakar / Grill.
Kod 61 – Brisket
Bahagian: Daging bawah dada. Pejal & liat sedikit.
Masakan: Sup, Daging Salai, Rebus / Singgang.
Kod 64 – Chuck Tender
Bahagian: Daging bahu / Paha depan. Tebal & lembut.
Masakan: Sup, Rendang, Beriani / Kurma.
Kod 65 – Blade
Bahagian: Daging bahu depan. Berserat kasar.
Masakan: Sup, Rendang, Kari / Gulai.
Kod 66 – Trimming
Bahagian: Daging cincang/Campur. Lemak & berurat.
Masakan: Dalca, Gulai Kawah.
Kod 67 – Cube Roll
Bahagian: Daging leher / rusuk. Pejal & lembut.
Masakan: Sate / Stik, Bakar / Grill, Beriani / Kurma.
Dengan panduan ini, anda kini dapat memilih potongan daging Allana yang sesuai untuk setiap jenis masakan yang ingin disediakan. Memahami setiap kod dan bahagian daging akan membantu anda mencapai hasil masakan yang lebih baik dan enak.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |