Senarai Harga Pemain Bola Di Malaysia 2019


Senarai Harga Pemain Bola Di Malaysia 2019. Siapakah pemain bola sepak liga Malaysia yang paling mahal ketika ini? Dari pasukan manakah pemain termahal ini bermain? Segala persoalan ini akan dijawab menerusi satu laporan yang dipetik daripada BH Online. Jom kita lihat senarai tersebut. Pasti anda ingin tahu berapakah nilai sebenar Akhyar Rashid bukan?
Senarai Harga Pemain Bola Di Malaysia 2019 Penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo mendapat status sebagai pemain termahal dalam Liga Super dengan nilai pasarannya dianggarkan mencecah £900,000 (RM4.8 juta).
Nilai pemain Brazil itu diambil berdasarkan harga pasaran yang dibuat di laman web www.transfermarkt.co.uk.
Seorang lagi pemain JDT, Leandro Velazquez dan pemain Terengganu, Sanjar Shaakhmedov pula berada di kedudukan kedua selepas Diogo dengan kedua-duanya dinilai pada harga £720,000 (RM3.8 juta).
Mauricio Nascimento dan Gonzalo Cabrera melengkapkan penguasaan kelompok tiga teratas pemain import paling mahal Liga Super milik JDT selepas menduduki tempat ketiga dengan masing-masing diberikan tanda harga £675,000 (RM3.6 juta).
JDT turut memiliki pemain berdarah campuran paling mahal dengan Natxo Insa bernilai £720,000 (RM3.8 juta), manakala La’Vere Corbin-Ong pula £248,000 (RM1.3 juta).
Nilai itu mengatasi harga pasaran yang diberikan kepada pemain naturalisasi pertama negara yang juga tonggak utama Pahang, Mohamadou Sumareh yang bernilai £225,000 (RM1.2 juta).
Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah mengakui laman web berkenaan turut menjadi rujukan kepada ejen pemain atau pasukan yang sedang mengintai pemain bagi melihat anggaran harga pasaran pemain yang dicari.
Dia yang sudah lebih 15 tahun terbabit sebagai ejen pemain berkata, nilai yang diletakkan ke atas seseorang pemain berdasarkan beberapa faktor utama.
“Antara faktor utama penilaian termasuk latar belakang pemain, tempoh kontrak, usia, pengalaman (bersama kelab dan negara), tahap liga dan kelab yang disertai, prestasi serta pencapaian yang diraih termasuk di peringkat kelab dan negara,” katanya kepada BH Sukan.
Selain itu, dua pemain tengah berpengalaman, Safiq Rahim dan Baddrol Bakhtiar mengungguli dua kelompok teratas pemain tempatan apabila masing-masing dinilai pada harga £360,000 (RM1.9 juta) dan £315,000 (RM1.6 juta).
Bagi pemain muda tempatan bawah 22 (B-22) tahun pula, Syahmi Safari diletakkan sebagai paling mahal dengan nilai £90,000 (RM485,000), walaupun sebelum ini Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dilaporkan meletakkan klausa pelepasan berjumlah RM6 juta dalam kontrak tonggak pertahanan itu.
Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia musim lalu, Safawi Rasid pula berada di kedudukan kedua dengan nilai £68,000 (RM366,000).
Sementara itu, Akhyar Rashid yang sebelum ini diletakkan klausa pelepasan mencecah RM12 juta oleh JDT hanya dinilai pada harga £45,000 (RM242,000) oleh www.transfermarkt.co.uk.
Mengulas lanjut, Effendi berkata, walaupun laman web berkenaan meletakkan nilai tertentu ke atas seseorang pemain, namun kuasa meletakkan nilai sebenar tetap berada di tangan kelab mereka.
“Contohnya nilai Diogo yang hampir RM5 juta, tapi tak mustahil nilai itu boleh jadi lebih lagi atau kurang daripada jumlah yang diletakkan dalam laman web itu.
“Jadi, nilai sebenar pemain adalah berdasarkan keputusan akhir rundingan yang dibuat sebelum perpindahan seseorang pemain dimuktamadkan,” katanya.
INFO
Pemain Import
1- Diogo Luis Santo (JDT) – £900,000 (RM4.8 juta)
2 – Leandro Velazquez (JDT) – £720,000 (RM3.8 juta)
3 – Sanjar Shaakhmedov (Terengganu) – £720,000 (RM3.8 juta)
4 – Mauricio Nascimento (JDT) – £675,000 (RM3.6 juta)
5 – Gonzalo Cabrera (JDT) – £675,000 (RM3.6 juta)
6 – Ze Love (Pahang) – £630,000 (RM3.4 juta)
7 – Wander Luiz (Perak) – £495,000 (RM2.6 juta)
8 – Liridon Krasniqi (Melaka United)- £450,000 (RM2.4 juta)
9 – Dickson Nwakaeme (Pahang)- £450,000 (RM2.4 juta)
10 – Giancarlo Rodrigues (PKNP) – £405,000 (RM2.1 juta)
Naturalisasi / Berdarah Campuran
1 – Natxo Insa – £720,000 (RM3.8 juta)
2 – La’Vere Corbin-Ong – £248,000 (RM1.3 juta)
3 – Mohamadou Sumareh – £225,000 (RM1.2 juta)
Pemain Tempatan
1- Safiq Rahim – £360,000 (RM1.9 juta)
2 – Baddrol Bakhtiar – £315,000 (RM1.6 juta)
3 – Hadin Azman – £180,000 (RM970,000)
4 – Syafiq Ahmad – £158,000 (RM851,000)
5 – Hazwan Bakri – £158,000 (RM851,000)
Pemain Tempatan B-22
1 – Syahmi Safari – £90,000 (RM485,000)
2 – Safawi Rasid – £68,000 (RM366,000)
3 – Akhyar Rashid – £45,000 (RM242,000)
The post Senarai Harga Pemain Bola Di Malaysia 2019 appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaviralterkini.com/senarai-harga-pemain-bola-di-malaysia-2019/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengecas Nirwayar 20w Daripada Xiaomi Ditawarkan Pada Harga Rm129 Di Malaysia

Pengecas Nirwayar 20w Daripada Xiaomi Ditawarkan Pada Harga Rm129 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 343 hits
Bersama sama pengenalan Xiaomi Mi 9 salah satu ciri yang turut diketengahkan adalah sokongan pengecasan nirwayar secara pantas dengan sokongan sehingga 20W Ia membolehkan pengguna mengecas peranti mereka secara nirwayar dengan lebih pantas ...
Vivo Malaysia Menawarkan Vivo V11 Pada Harga Rm1399 Sehingga 7 April Ini

Vivo Malaysia Menawarkan Vivo V11 Pada Harga Rm1399 Sehingga 7 April Ini

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 1208 hits
Vivo Malaysia hari ini hadir dengan penawaran harga istimewa untuk telefon pintar siri V mereka iaitu Vivo V11 Bermula 5 April sehingga 7 April 2019 pengguna kini boleh mendapatkan Vivo V11 pada harga yang lebih rendah iaitu RM1399 Dengan i...
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan April 2019

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan April 2019

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 436 hits
Harga minyak petrol dan diesel bulan April 2019 Disini ada perkongsian mengenai harga minyak petrol RON95 RON97 dan diesel terkini bagi setiap minggu pada bulan April 2019 Untuk info harga runcit minyak petrol dan diesel akan ditetapkan sem...
Harga Gas Memasak Lpg Di Malaysia

Harga Gas Memasak Lpg Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 692 hits
Harga Gas Memasak LPG Di Malaysia rasmi yang dikeluarkan sendiri oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal ehwal Pengguna Menerusi laman facebook KPDNHEP info grafik berkaitan dengan harga gas memasak atau LPG ini mereka kongs...
Huawei Y7 Pro Hadir Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga Rm649

Huawei Y7 Pro Hadir Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga Rm649

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 333 hits
Huawei hari ini telah memperkenalkan telefon pintar mercu mereka untuk 2019 dibawah siri P iaitu Huawei P30 dan Huawei P30 Pro Menariknya bersama sama dengannya Huawei Malaysia turut melancarkan salah satu telefon berspesifikasi pertengahan...
Malaysia Genting Beli Kapal Equanimity Pada Harga Usd126 Juta

Malaysia Genting Beli Kapal Equanimity Pada Harga Usd126 Juta

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 454 hits
KUALA LUMPUR Putrajaya bersetuju untuk menjual superyacht yang dikaitkan dengan skandal berbilion dolar dana kerajaan 1MDB kepada pengendali kasino Genting Malaysia Bhd pada harga AS 126 juta maklum Peguam Negara Tommy Thomas hari ini Equan...
Liga Super Malaysia 5 April 2019 Jdt Vs Felda United

Liga Super Malaysia 5 April 2019 Jdt Vs Felda United

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 527 hits
Hanya satu perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung pada 5 April 2019 iaitu menemukan JDT dan Felda United KEPUTUSAN PENUHJDT 3 1 Felda United
Iftar Ramadan 2019 Iftar Sesama Bangi Gold Resort Harga Rm59 Jer

Iftar Ramadan 2019 Iftar Sesama Bangi Gold Resort Harga Rm59 Jer

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 531 hits
Assalamulaikum First time BBL dapat invitation majlis berbuka puasa kat Bangi Gold Resort ni Terus excited nak datang bila rakan blogger bagitau memang tak menyesal datang cuba menu bakal dihidangkan sepanjang bulan ramadan nanti Bertema If...
Karnival Kewangan Terengganu Anjuran Bank Negara Malaysia Dari 4 6 April 2019

Karnival Kewangan Terengganu Anjuran Bank Negara Malaysia Dari 4 6 April 2019

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 666 hits
Karnival Kewangan Terengganu Anjuran Bank Negara Malaysia Dari 4 6 April 2019 Berita baik buat semua warga Terengganu Bank Negara Malaysia akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centr...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Koleksi Imej Sejarah Penemuan Mayat Manusia Gergasi

Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

Syawal Tanpa Keluarga Tiga Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gulai Ayam Kelantan Terlajak Sedap

Rahsia Jurus Pemikat Jualan

Along Bakal Mati Syawal Ini

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mb Pahang Diadakan Di Dewan Dato Shahbandar Chini Pada 2 Syawal Ini

Bagaimanakah Biodiversiti Dapat Menjana Ekonomi

Blood Brothers Bara Naga Sinopsis Pelakon Trailer Filem