Senarai Exco Melaka Termasuk Adun Bersatu Pkr Dan Bekas Dap


MALAYSIAKINI




Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali hari ini mengumumkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Melaka dibarisi 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menyokong gabungan Perikatan Nasional dalam pembentukan kerajaan negeri.

Sulaiman berkata, daripada 17 Adun yang menyatakan sokongan kepada gabungan itu, Adun yang dilantik sebagai exco itu terdiri daripada enam Adun Barisan Nasional, dua Adun Bersatu, satu Adun PKR dan seorang lagi Adun Bebas.

Beliau berkata senarai anggota exco kerajaan negeri Melaka itu telah dibentang dan dipersetujui Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob pada pertemuan pagi ini.

"Pelantikan dan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka akan diadakan di hadapan Tuan Yang Terutama (Mohd Khalil) pada 2.30 petang ini," katanya pada sidang media di Seri Negeri di Melaka, hari ini.
Isnin lepas, Sulaiman, yang juga Adun Lendu daripada BN, mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 di hadapan Mohd Khalil.

Sulaiman berkata, beliau akan menerajui sendiri portfolio Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Pantai dan Sungai, Pengurusan Air, Hal Ehwal Agama, Perindustrian, Pelaburan, Teknologi, Komunikasi, Multimedia dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dalam barisan exco itu.

Katanya, Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia-PKR) dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan; manakala Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu-Bebas) dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Kedua-duanya dilihat kekal memegang portfolio sama seperti dalam kerajaan negeri Melaka ditadbir Pakatan Harapan sebelum ini. Dilaporkan Selasa lepas (10 Mac) Lembaga Disiplin DAP telah memecat Norhizam daripada parti itu.

Sulaiman berkata, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput-Bersatu) dilantik Pengerusi Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan, Pembangunan Belia dan Sukan; manakala Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas-Bersatu) dilantik Pengerusi Jawatankuasa Negeri di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional, Sains dan Inovasi).
Katanya, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang-BN) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah Luar Bandar dan Pengurusan Banjir.

Beliau berkata jawatan untuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna tidak akan dilantik dan dikosongkan buat masa ini.

Berikut senarai penuh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka:

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Pantai dan Sungai, Pengurusan Air, Hal Ehwal Agama, Perindustrian, Pelaburan, Teknologi, Komunikasi, Multimedia dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) Datuk Sulaiman Md Ali (Ketua Menteri/Lendu-BN)

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Datuk Seri Abdul Ghafar Atan (Asahan-BN)

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang-BN)

Pengerusi Jawatankuasa Negeri NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput-Bersatu)

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Datuk Muhamad Jailani Khamis (Rembia-PKR)

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Datuk Latifah Omar (Taboh Naning-BN)

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur Datuk Roslan Ahmad (Merlimau-BN)

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu-Bebas)

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kesihatan dan Antidadah Rahmad Mariman (Ayer Molek-BN)

Pengerusi Jawatankuasa Negeri di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional, Sains dan Inovasi) Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas-Bersatu)

Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Perpaduan, Perhubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna (Masih kosong)- Bernama

 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/senarai-exco-melaka-termasuk-adun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Melaka Tarik Balik Kerjasama Dengan Adun Bersatu

Pn Melaka Tarik Balik Kerjasama Dengan Adun Bersatu

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 306 hits
PERIKATAN Nasional Melaka menarik balik kerjasama dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia di negeri ini Ia membabitkan ADUN Paya Rumput Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan ADUN Telok Mas Datuk Noor E
Tindakan Adun Rembia Ibarat Keluar Parti Pengerusi Pkr Melaka

Tindakan Adun Rembia Ibarat Keluar Parti Pengerusi Pkr Melaka

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 430 hits
Astro Awani Abdul Halim Bachik pada sidang media mendakwa tindakan ADUN Rembia dari PKR Datuk Muhammad Jailani Khamis yang menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di negeri Melaka disifatkan sebagai mengkhianati parti BUKIT KATIL ...
Ph Melaka Tumbang Walau Adun Ph 13 Bersatu 2 Dari 28

Ph Melaka Tumbang Walau Adun Ph 13 Bersatu 2 Dari 28

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 403 hits
Kerajaan PH Melaka tumbangPENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan kerajaan Pakatan Harapan Melaka tumbang Dalam sidang media sebenar tadi beliau berkata pihaknya akan menyerah kepada kepimpinan pusat unt...
Dilantik Exco Melaka Bukan Turun Pangkat Kata Bekas Km

Dilantik Exco Melaka Bukan Turun Pangkat Kata Bekas Km

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 394 hits
Idris Haron mengangkat sumpah sebagai exco Melaka di depan Yang Dipertua Negeri Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri semalam MELAKA Bekas ketua menteri Melaka Idris Haron tidak menganggap pelantikannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemb...
Melaka Dap Pkr Reps Switch Camps

Melaka Dap Pkr Reps Switch Camps

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 326 hits
MELAKA Melaka DAP s Datuk Norhizam Hassan Baktee and PKR s Datuk Muhammad Jailani Khamis say they now support Perikatan Nasional Norhizam the Pengkalan Batu assemblyman made a surprising appearance at a press conference held by Melaka Umno ...
Yb Hulk Retains Exco Post Other Dap Rep Saminathan Rumoured To Be Defecting

Yb Hulk Retains Exco Post Other Dap Rep Saminathan Rumoured To Be Defecting

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 319 hits
Pengkalan Batu assemblyman Datuk Norhizam Hassan Baktee who defected from Pakatan Harapan is retaining his executive councillor position under the new Perikatan Nasional led state government Melaka Chief Minister Datuk Datuk Sulaiman Md Ali...
Semua Adun Ph Sokong Mukhriz Jadi Mb Kata Ketua Pkr Kedah

Semua Adun Ph Sokong Mukhriz Jadi Mb Kata Ketua Pkr Kedah

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 436 hits
Johari Abdul berkata semua wakil rakyat PH komited menjaga kestabilan politik di Kedah SUNGAI PETANI Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Kedah Johari Abdul mengulangi komitmen parti itu dan semua Adun Pakatan Harapan menyokong kepimpinan Muk...
Ph Akan Putuskan Nasib 4 Adun Bersatu Selangor

Ph Akan Putuskan Nasib 4 Adun Bersatu Selangor

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 355 hits
SHAH ALAM Nasib empat Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia Selangor yang mengisytiharkan kekal menyokong Pakatan Harapan negeri akan diputuskan selepas mesyuarat pimpinan PH Pengerusi PH Selangor Datuk Seri A
Pertimbang Lantik Semula Exco Ph Km Melaka

Pertimbang Lantik Semula Exco Ph Km Melaka

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 297 hits
KEDUDUKAN empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang memberi sokongan kepada gabungan Perikatan Nasional negeri akan ditentukan selepas bertemu dengan ketua parti masing masing dalam tempoh terdekat Ketua Menteri Melaka yang baharu Da...
Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Autoimmune Disease

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch

Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Kreativitas Ke Cuan Pelatihan Literasi Digital Yang Mendorong Munculnya Konten Kreator Kalbar Profesional

Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid