Senarai Bantuan Perniagaan Untuk Usahawan 2020


Ramai orang mempunyai impian untuk membina empayar perniagaan sendiri. Lihat saja di negara kita ini, saban hari kita mendengar usahawan baru muncul dengan pelbagai jenis perniagaan samada pertanian, perkhidmatan, perlancongan, dan produk.


Apabila bercakap mengenai perniagaan, perkara pertama yang terlintas difikiran kita adalah “modal” memulakan perniagaan. Tidak dinafikan, ramai yang mahu berniaga tetapi mempunyai kekangan daripada segi kewangan.

Senarai Pinjaman Perniagaan Bagi Tahun 2020Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa senarai bantuan perniagaan untuk usahawan mohon. Bagi usahawan atau pemilik bisnes yang mencari pinjaman perniagaan (business loan) berikut dikongsikan antara organisasi kerajaan yang menawarkan pinjaman perniagaan sehingga RM5 juta.

1. TEKUN Nasional

TEKUN Nasional atau dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani yang menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.
Terdapat beberapa skim pinjaman perniagaan yang disediakan TEKUN antaranya:

Skim Pembiayaan TEKUN NasionalSkim Pembiayaan Teman TEKUNSkim Pembiayaan Program TemanNitaSkim Pembiayaan Kontra-iAR-RAHNU TEKUN
Pinjaman yang disediakan bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000 bagi tempoh 5-10 tahun. Untuk info lanjut layari portal rasmi TEKUN Nasional.

2. PROSPER PUNB

PROSPER adalah produk pembiayaan berasaskan syari’ah dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Jumlah pembiayaan yang ditawarkan sehingga RM100,000 bagi tempoh bayaran balik 7 tahun. Dalam masa sama PUNB juga menyediakan program pembangunan korporat dan latihan pembangunan usahawan.

Sila layari Portal Rasmi PUNB untuk maklumat lanjut.

3. SUPERB TERAJU

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ialah unit strategik di Jabatan Perdana Menteri bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.

Melalui Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), TERAJU menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat memulakan perniagaan (start-up) dengan dana sebanyak RM100 juta.

Semak syarat kelayakan anda di portal rasmi TERAJU.

4. Dana TERAS TERAJU

Dana Teras bertujuan memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras). Pembiayaan di bawah Dana Teras adalah untuk modal kerja dan pembelian aset. Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic.

Sehingga Disember 2017, sebanyak 908 syarikat telah menyertai program Teras manakala RM1.42 bilion pembiayaan telah diluluskan. Dana Teras hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).

5. Pinjaman Perniagaan MARA

Majlis Amanah Rakyat atau MARA menyediakan skim pembiayaan perniagaan sehingga RM5 juta. MARA menyediakan beberapa skim mengikut kesesuaian sesuatu bisnes yang dijalankan. Antaranya:

Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKUSkim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)
Sila rujuk Portal Rasmi MARA untuk maklumat lanjut dan huraian setiap skim yang ditawarkan,

6. Program Peningkatan  Kapasiti Dan Keupayaan PKS(BAP)

SME Corp. Malaysia menyediakan Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) yang merupakan skim bantuan bersepadu bagi meningkatkan keupayaan PKS, termasuk perusahaan mikro, menerusi khidmat nasihat perniagaan dan bantuan kewangan. Program ini menyokong pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. BAP menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersamaan dan skim pinjaman mudah bagi membantu PKS meraih peluang pertumbuhan perniagaan baharu. SME Corp.

Malaysia bekerjasama dengan SME Bank dan Bank Rakyat untuk menyediakan pinjaman mudah yang ditawarkan di bawah BAP. Manakala, geran bersamaan pula disediakan oleh SME Corp. Malaysia.

Sila layari Laman Web Rasmi SME Corp. Malaysia untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda bercadang untuk mengeluarkan Produk Kosmetik Jenama Sendiri, anda boleh melayari laman web www.produkjenamasendiri.com

Semoga perkongsian Senarai Bantuan Perniagaan Untuk Usahawan 2020 ini membantu anda dalam mencari agensi atau badan untuk membuat permohonan bantuan perniagaan nanti.

Sumber: Malaysia.gov.my



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rujukanniaga.com/2020/03/senarai-bantuan-perniagaan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Bantuan Untuk Rakyat Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

Senarai Bantuan Untuk Rakyat Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 437 hits
Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Memperkukuh Keyakinan Merangsang Pertumbuhan Melindungi Pekerjaan bagi meningkatkan semula ekonomi dalam negara yang terjejas akibat penularan...
5771 Aktiviti Klinik Bantuan Usahawan Ppim 02 03 2020

5771 Aktiviti Klinik Bantuan Usahawan Ppim 02 03 2020

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 285 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menyampaikan ceramah di Klinik Bantuan Usahawan anjuran bersama Persatuan Alumni Pusat Pembelajaran Usahawan Bumiputera Maju Malaysia Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa dan Pertubuhan Anak Watan Setiawa...
Senarai Ranking Mrsm 2020 Berpandukan Keputusan Spm 2019

Senarai Ranking Mrsm 2020 Berpandukan Keputusan Spm 2019

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 809 hits
Maktab Rendah Sains Mara adalah antara sekolah menengah kategori elit kerana menempatkan ramai pelajar yang hebat dalam akademik Untuk keputusan SPM 2019 Maktab Rendah Sains MARA telah melakar prestasi memberangsangkan apabila seramai 938 o...
Senarai 50 Orangterkaya Malaysia 2020

Senarai 50 Orangterkaya Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 455 hits
Berikut adalah senarai terkini 50 orang paling kaya di Malaysia menurut laporan majalah Forbes Ranking disusun berdasarkan nilai bersih mereka pada permulaan bulan Mac 2020 Senarai tahun 2020 menyaksikan penyusutan jumlah kekayaan sebanyak ...
5776 Notis Senarai Terkini Aktivis Individu Yang Tidak Lagi Bernaung Di Bawah Ppim Ppim 03 03 2020

5776 Notis Senarai Terkini Aktivis Individu Yang Tidak Lagi Bernaung Di Bawah Ppim Ppim 03 03 2020

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 585 hits
Dimaklumkan bahawa individu berikut tidak lagi mempunyai kaitan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM MENAFIKAN kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan mereka berkuat kuasa serta merta Sila hubungi talian hotline PPIM di 0...
Senarai Harga Helmet Kyt 2020 Original Murah

Senarai Harga Helmet Kyt 2020 Original Murah

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 581 hits
Terdpt byk pengeluar helmet local yg menawarkan helmet bertaraf dunia dan salah satunya adalah KYT KYT telah lama menjadi pilihan utama pencinta automotif yg mencari
Senarai Pertandingan Menulis Puisi Cerpen Dan Novel 2020

Senarai Pertandingan Menulis Puisi Cerpen Dan Novel 2020

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 2173 hits
Berikut adalah senarai pertandingan puisi cerpen dan novel sepanjang tahun 2020 Di kesempatan ini saya ingin berterima kasih buat rakan twitter saya Khadijah Hamdi dan RinnRamianz yang banyak berkongsi tentang pertandingan berkaitan di lama...
Senarai Buffet Ramadan 2020 Sekitar Kuala Lumpur Selangor Dan Putrajaya

Senarai Buffet Ramadan 2020 Sekitar Kuala Lumpur Selangor Dan Putrajaya

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 662 hits
Senarai Buffet Ramadan 2020 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Ramadan akan menjelang tidak lama lagi Mesti ramai yang sedang mencari tempat makan yang menarik untuk berbuka bersama keluarga dan rakan rakan Kebanyakkan restoran dan hotel ...
Senarai Harga Proton X70 2020 Malaysia Terkini

Senarai Harga Proton X70 2020 Malaysia Terkini

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 454 hits
Pengilang Malaysia Proton baru sahaja memperkenalkan SUV pertama yg juga merupakan projek kerjasama pertama antara Proton dan Geely Proton mempunyai beberapa gaya reka bentuk yg
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke