Senarai 84 Logo Halal Yang Diiktiraf Jakim Bagi 46 Negara Yang Terlibat


Salam semua, bagi umat islam, mencari yang halal itu adalah suatu kewajipan. Bukan saja nak cari barang keperluan makanan saja. 
Malah merangkumi semua barang. Penapis air pun ada logo halal tau bagi yang tak tahu. 
Kali ini nak berkongsi tentang Logo Halal pada negara yang terlibat.  
Walaupun tak merantau di negara orang, tapi di negara sendiri pun dah banyak barang yang diimport, apatah lagi kalau yang melibatkan bahan makanan

Selalunya di pasar raya memang ambil masa lama sebab suka pergi tengok barang jenis belek- belek apa ramuan, tengok logo HALAL, ohh itu dah memang wajib. 
Lebih lagi yang membabitkan bahan import makanan dari luar negara.

Tapi,bagi yang nak melancong atau merantau di negara orang, logo halal ini memang wajib untuk ambil tahu supaya tidak keliru. 
Sebab itu penting untuk pengguna Islam yang selalu travel luar negara. Apabila dah kenal pasti logo halal yang telah diiktiraf di seluruh negara, jadi kita tidak perlu ada rasa was - was dalam diri. 
Nak membeli barang makanan ataupun nak masuk premis - premis pun dah rasa senang hati kan.

Untuk badan Pensijilan halal luar negara ada 43 negara yang terlibat. 
Tapi kebanyakan ada juga untuk satu negara contoh negara Australia ada banyak jenis logo halal, mungkin ikut kawasan, Jepun dan negara China pun sama juga.

Nak senang korang muat turun logo - logo halal ini boleh ke SINI. Baru nampak jelas sikit. Boleh semak senarai logo - logo halal luar negara yang berkaitan. 
Apa Itu Badan Pensijilan Halal Luar Negara ? Menurut laman web jom mohon halal, mana - mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang ingin diiktiraf Jakim mestilah mematuhi garis dan panduan yang telah ditetapkan oleh Jakim. 
Badan ini juga yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil halal bagi produk - produk luar negara yang ingin masuk ke pasaran Malaysia. Bukan mudah ya. 
Dalam masa yang sama, pihak Jakim juga akan melawat dan membuat audit badan pensijilan luar negara. 
Ini adalah untuk memastikan, pihak mereka sentiasa mematuhi garis panduan dan piawaian yang telah ditetapkan. 
Untuk mengiktiraf badan pensijilan luar negara ini, banyak faktor yang perlu dipertimbangkan antaranya : 
1. Sistem pengiktirafan halal atau piawaian yang di gunakan
2. Pengauditan
3. Latihan dan kursus berkaitan halal
4. Sistem piawaian kebersihan
5. Kawal selia penggunaan logo halal
Logo Halal Yang Diiktiraf Jakim Bagi 46 Negara Yang Terlibat Dari semasa ke semasa Jakim akan mengemaskini logo - logo halal antarabangsa yang sedia ada. Jadi untuk senang nak rujuk, korang muat turun yang dah sis bagi link tadi ya. 
Dengan adanya logo -logo halal ini akan mudahkan untuk pengguna mengenal pasti logo - logo halal luar negara terutamanya pada produk import yang ada di pasaran. 



Logo Halal Korea Dan Thailand Sebagai contoh kat sini sis ada beli "garaetteok" iaitu kek beras frozen yang asalnya negara dari Korea. Mesti ramai yang dah biasa dengan kek beras ni. 
Kalau suka makan "tteokbokki" ni memang kena wajib ada kek beras ni dalam hidangan. Dimakan bersama sos pekat yang bernama "gochujang" iaitu cili pes Korea. 
Yang ni sis beli kat Shopee. Selamat sampai dalam 2 hari tak apa - apa yang rosak. Lepas sampai terus sis masuk dalam peti bawah bukan frozen ya. 
Di packaging kek beras ni dah ada logo halal Korea yang diiktiraf Jakim. Boleh tengok di gambar tu ya. 

Bila semak balik dekat senarai logo halal antarabangsa ni memang sama. 

Contoh ke dua sis ada beli pes Tom Yam jenama Kung Thai brand. Brand ni memang popular sebab ramai yang dah cuba. 
Pes Tom Yam ini dengan kata lain pes yang paling "kick" kena ada untuk nak buat tom yam. Memang sedap. Kalau korang nak masak tom yam yang sedap wajib guna pes tom yam ni ok. 

Untuk logo halal Thailand boleh rujuk gambar. Memang sama juga. 

Apapun, untuk logo - logo halal luar negara yang lain, korang boleh rujuk link yang sis bagi tu. 
3 Kegunaan Senarai Logo Halal  Luar Negara Yang Diiktiraf Oleh Jakim Sebenarnya, senarai logo halal luar negara amat penting bagi kita sebagai seorang Islam yang amat menitikberatkan terutamanya dalam soal makanan. Supaya apa yang kita makan tu dari sumber yang halal toyyiban. 
1. Dapat mengenal pasti logo halal  Pengguna boleh mengenal pasti logo - logo halal pada produk import yang dijual di pasaran. Dengan adanya logo halal ini, kerja pun jadi senang tak adalah kita selalu nak was - was.

2. Penting kepada pengimport  Kepada pengimport yang nak bawa masuk produk dari luar negara ke Malaysia, memudahkan kerja mereka bagi mengelakkan kerugian.

3. Memudahkan untuk travel di luar negara  Rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara, boleh memuat turun di telefon gambar logo - logo halal yang telah diiktiraf di negara yang akan mereka kunjungi



Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Diantara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.” – Hadis Riwayat Tarmizi No.1205Semoga lebih ramai pemilik premis atau pengusaha makanan yang lebih peka tentang kepentingan logo halal sama ada di dalam atau luar negara. 
Dengan adanya logo halal ini, secara tidak langsung pelanggan akan jadi lebih yakin dan tidak berasa ragu - ragu terhadap produk tersebut. 
Untuk maklumat terkini berkenaan dengan Halal, boleh ke Portal Rasmi Halal Malaysia  























Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2018/11/kenali-badan-pensijilan-halal-luar-negara-yang-diiktiraf-bagi-43-negara-yang-terlibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarat Diiktiraf Sebagai Sebuah Negara

Syarat Diiktiraf Sebagai Sebuah Negara

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 256 hits
Dalam perkataan Inggeris terdapat tiga istilah merujuk kepada negara iaitu country nation dan state Dalam undang undang antarabangsa istilah state sentiasa dipakai State yang dimaksudkan sentiasa merujuk kepada sovereign state Sesebuah enti...
Senarai 5 Restoren Halal Di Myeongdong Seoul Korea

Senarai 5 Restoren Halal Di Myeongdong Seoul Korea

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 245 hits
Antara lokasi paling famous kalau orang Malaysia datang ke Korea adalah di Myeongdong Dia macam jadi pusat segala aktiviti kat sini nak shopping cari skin care lawat tempat menarik dan of course nak cari makan Biasa kalau sebut Myeongdong n...
Saya Nak Chungha Nyatakan Hasrat Ingin Sambung Belajar Di Luar Negara

Saya Nak Chungha Nyatakan Hasrat Ingin Sambung Belajar Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 126 hits
Eh betul ke ni ARTIKEL BERKAITAN Penyanyi Kim Chung ha telah muncul sebagai tetamu di dalam rancangan YouTube milik penari serta pereka tari Gabee pada 29 Oktober Penyanyi itu telah berkata bahawa dia telah berehat selama setahun dan dia me...
Maklumat Pengambilan Kerja Personal Mystep Pusat Sains Negara Bulan 10

Maklumat Pengambilan Kerja Personal Mystep Pusat Sains Negara Bulan 10

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 226 hits
Dimaklumkan bahawasanya pengambilan kerja personal mystep pusat sains negara kini telah dibuka suka admin sharekan satu info kerjaya yang sepatutnya anda perlu cuba memohon kerana pekerjaan ini merupakan adalah pekerjaan di bawah sektor awa...
Dap Mahu Paksa Pas Terima Malaysia Negara Sekular

Dap Mahu Paksa Pas Terima Malaysia Negara Sekular

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 154 hits
Harakah Ketika menyampaikan Ucapan Dasar bertema Adil Prihatin dan Berkebajikan sempena Muktamar Tahunan PAS ke 69 di IDCC Shah Alam baru baru ini Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada menyebut Islam yang menjadi dasar pe...
Malaysia Negara Eksport Pertama Bagi Sistem Atgw Karaok Buatan Roketsan Turkiye

Malaysia Negara Eksport Pertama Bagi Sistem Atgw Karaok Buatan Roketsan Turkiye

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 281 hits
BERITAINTERNATIONALMALAYSIA Kementerian Pertahanan Malaysia disahkan telah memilih sistem peluru berpandu anti kereta kebal KARAOK buatan syarikat Roketsan daripada Turkiye untuk memenuhi keperluan Tentera Darat bagi sistem peluru berpandu ...
Khawarij Tak Boleh Perintah Negara

Khawarij Tak Boleh Perintah Negara

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 230 hits
PAS memerintah Malaysia PM dari PAS Wana u zubillah Minta dijauhkan Baca tajuk je serta merta aku teringat zaman dulu masa pemerintah ada isteri ramai dan gundik Itu perkara pertama bermain dalam kepala aku Kemudian terbayang betapa kezalim...
9 Negara Arab Gesa Pbb Kuat Kuasa Gencatan Senjata Di Gaza

9 Negara Arab Gesa Pbb Kuat Kuasa Gencatan Senjata Di Gaza

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 150 hits
SEMBILAN negara Arab pada Khamis menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu segera menguatkuasakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh menteri luar Mesi...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian