Senarai 22 Atlet Malaysia Yang Akan Ke Temasya Paralimpik Tokyo 2020
Akhirnya kita sudah tahu bilangan dan siapa yang akan bertanding ke temasya Paralimpik Tokyo 2020. Malaysia berjaya menyenaraikan 22 atlet dan 4 daripadanya adalah atlet wanita untuk menggalas cabaran ke peringkat tertinggi ini.
Senarai penuh ini diumumkan oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Mega D. Shahriman Zaharudin.
22 atlet Para Malaysia ini akan bertanding dalam 9 jenis sukan di Sukan Paralimpik Tokyo 2021. Mereka akan ditemani oleh 16 jurulatih termasuk seorang caperon serta 22 pegawai perubatan dan petugas sekretariat.
Paralimpik Tokyo 2020
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan bermula pada pada 24 Ogos hingga 5 September 2021 ini di Tokyo, Jepun. Edisi kali ini melibatkan 22 jenis sukan dengan 539 acara sukan yang dipertandingkan di 21 venue berbeza seluruh Tokyo.
Untuk jadual penuh, anda boleh dapatkan menerusi laman web Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di olympics.com/tokyo-2020/en/paralympics/schedule/
Senarai atlet Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020Inilah senarai kontinjen Malaysia dengan 22 atlet untuk 9 jenis sukan
MemanahSuresh Selvatamby (Recurve Lelaki)Wiro Anak Julin (Kompoun Lelaki)OlahragaAbdul Latif Bin Romly (Lompat Jauh - T20)Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru - F20)Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100m - T36)Wong Kar Gee (Lompat Jauh - T13)Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin (400m - T20)BadmintonCheah Liek Hou (Single Lelaki SU5)Didin Bin Terasoh (Single Lelaki SH6)BocciaChew Wei Lun (Mix Individual - BC1)
BerbasikalMohamad Yusof Hafizi ShaharuddinMuhammad Hafiz JamaliZuhairie Ahmad TarmiziNur Azlia Syafinaz Mohd ZaisNurul Suhada ZainalAngkat BeratBonnie Bunyau Gustin (Lelaki 72kg)Jong Yee Khie (Lelaki 107kg)RenangBrenda Amelia LarryMuhammad Nur Syaiful Bin ZulkefliJamery Anak SigaPing PongChee Chaoming (Single - TT9)Tenis Kerusi Roda
Abu Samah Borhan (Single Lelaki)Dalam temasya Paralimpik Rio 2016 sebelum ini, Malaysia berjaya membawa 3 pingat emas dan 1 pingat gangsa. Harap kali ini, kontinjen Malaysia dapat membawa lebih banyak pingat kepada negara.
sumber : hellokerja, bernama, paralympic council
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2021/08/atlet-malaysia-ke-paralimpik-tokyo-2020.html