Senangnya Nak Book Malaysia Airlines
Siapa yang tak kenal Malaysia Airlines, syarikat Ailines yang melambangkan negara kita, membawa nama ke seluruh dunia. Pernah menang award sebagai servis terbaik dunia. Hab utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijadikan sebagai hab kedua.
Program Enrich oleh Malaysia Airlines ni memang banyak keistimewaannya. Bagi pemegang kad Silver, korang boleh dapat keutamaan bila check-in dan semasa memasuki pesawat, boleh masuk ke lounge khas, boleh dapat ekstra berat untuk beg, dan laluan pemeriksaan keselamatan yang lebih cepat. Kalau korang terlambat nak check ini dan nampak ada kekosongan di ruangan check-in business class tu korang keluarkan kad Enrich korang dan check-in kat situ. Walaupun tak naik business class namun inshaAllah, diorang akan tolong korang check-in segera.
Jadi ceritanya kat sini, macam mana korang boleh book cheap Malaysia Airlines flights kat online. Aku nak share dengan korang supaya korang try Traveloka, tak kisah pakai web atau apps. Firstly korang bukak Traveloka, kemudian korang click flights. Nanti kat page flights tu akan ada logo airlines seluruh dunia, dan confirm korang tau camne logo MAS kan? Kalau tak tau google la yer, hehe tapi kalau korang tau korang click logo MAS. Nanti akan keluar page untuk cari flight MAS sahaja. Kat situ korang boleh pilih dari mana korang punya flight dan destination korang. Lepas tu korang pilih berapa adults yang nak naik, suggestion aku korang letak 1 je dulu. Lepas tu korang pilih seating class ikut bajet korang. Then pilih tarikh yang korang plan pergi, then last sekali click Search. Nanti akan keluar list of flights yang available dan biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas. Senang giler kan??? Hehehe.
Bila aku duk sembang banyak camni aku rasa macam lapar lak, teringin nak pekena nasi kandar. Lagi best kalau dapat nasi kandar Penang. Bila ada Traveloka ni senang kalau nak book flights from kuala lumpur to penang secepat mungkin. Hurrmmm macam terpikir lak nak book skang. Eh sorry lupa korang tengah baca lagi ni. Hahaha. Aku nak citer ngan korang apa yang korang boleh buat kat Penang.
Kepada meraka yang selalu datang ke Pulau Pinang korang pasti setuju bahawa Pantai Batu Ferringhi ini merupakan pantai yang paling popular di Pulau Pinang. Kat sini korang dapat berjalan di atas pantai pasir yang luas sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Selain daripada itu korang juga boleh melakukan dengan aktiviti sukan air macam jetski dan parasailing.
Chulia Street adalah lokasi di mana terletaknya banyak sekali penginapan-penginapan bajet bagi korang yang ingin meneroka Penang tanpa berbelanja besar untuk penginapan. Bukan sahaja kaya dengan tempat penginapan, ia juga menjadi lokasi bagi banyak kafe, restoran, kafe siber, dobi, agensi pelancongan dan banyak lagi yang memberikan kemudahan kepada para pelancong. Untuk pengetahuan korang, Chulia Street adalah salah satu daripada jalan yang tertua di George Town. Dianggarkan nama Chulia Street atau asalnya Chulier Street telah wujud sejak tahun 1798 lagi! Wow! Classicnyaa!
Ya, di Penang bukan hanya ada Pulau Pinang, tapi juga Pulau Aman yang sebenarnya masih ramai tak tahu kewujudannya. Pulau ini adalah salah satu daripada pulau kecil yang dijadikan tempat penempatan di negeri ini. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan sekiranya korang ke pulau ini adalah menikmati pemandangan dan suasana kampung yang ‘pekat’ yang kaya dengan rumah-rumah kayu dan penduduk yang rancak melakukan aktiviti perikanan, menyalai ikan, udang dan lain-lain lagi, korang juga boleh mencuba nasib memancing di pulau ini
Tarikan lain yang boleh dilihat kat sini adalah Telaga Emas, melihat ternakan rusa dan kambing, menikmati makanan laut yang segar, stargazing dan banyak lagi! Untuk menuju ke sini, korang boleh ke Jeti Batu Musang yang beroperasi setiap hari dari 8.00 pagi ke 8.00 malam. Masa yang diambil untuk sampai ke Jeti Pulau Aman dengan menaiki bot dari sini hanyalah 10 minit
Sangat puas hatiii
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.annursyuhadah.com/2019/10/senangnya-nak-book-malaysia-airlines.html