Senang Begini Suntik Dulu Baru Daftar Lebih 5 000 Penduduk Kunak Divaksin Secara Walk In


Oleh UtusanTV ANTARA penduduk Kunak, Tawau Sabah yang telah menerima vaksin. - Gambar FB Pejabat Kesihatan Daerah Kunak KETIKA masih ramai penduduk negara ini yang telah mendaftar masih tertunggu-tunggu tarikh untuk mendapat vaksinasi COVID-19, penduduk di Kunak, Tawau, Sabah sangat beruntung kerana mereka boleh terus ‘walk-in’ untuk mendapatkan suntikan tersebut.
Program vaksinasi secara ‘walk-in’ yang dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kunak sejak 8 Jun lepas mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk kawasan tersebut dan sehingga semalam sebanyak 5,670 penduduk telah menerima suntikan vaksin Pfizer-BionNTech.
Menurut salah seorang penerima vaksin, Mohd Nazri Rashid, 32, inisiatif dilaksanakan Pejabat Kesihatan Daerah Kunak itu wajar dipuji kerana dapat mempercepat proses vaksinasi kerana ia mempercepatkan kadar penduduk mendapat suntikan tersebut.
Katanya, tawaran suntikan secara ‘walk-in’ tersebut mampu menangani masalah pendaftaran di MySejahtera bagi penduduk di kawasan tersebut yang mempunyai liputan Internet kurang baik.
“Senang lagi begini (walk-in), suntik dulu baru pasukan kesihatan di sini bantu daftarkan kami. Kawasan rumah saya capaian internet agak lemah, kadang panggilan telefon pun tidak masuk.
“Inisiatif ini sangat bagus dan hari ini saya, ibu bapa serta isteri datang mendapatkan suntikan vaksin untuk dos pertama,” katanya seperti dilaporkan Bernama.com.

Pegawai Kesihatan Daerah Kunan, Dr Izaidi Salman Yazid, berkata jumlah suntikan vaksin yang diberikan menerusi program vaksinasi tanpa pendaftaran awal di Dewan Masyarakat Sri Kunak itu menghampiri sasaran 6,000 daripada 12,142 pendudukan kawasan berkenaan.
“Kita menerima sambutan positif daripada penduduk. Pada hari pertama program ini dilaksanakan, jumlah yang datang untuk mendapatkan vaksinasi hanya 200 individu.
“Bagaimanapun, setiap hari angka itu meningkat, contohnya semalam sebanyak 804 penduduk hadir untuk menerima suntikan berikutan program tersebut akan berakhir hari ini,” katanya.
Katanya, hampir 80 peratus daripada penduduk yang hadir mendapatkan vaksinasi tidak mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.
Menurut Dr Izaidi Salman, pihaknya juga merancang untuk mengendalikan vaksinasi bagi penduduk di kawasan pedalaman yang berdepan isu pengangkutan untuk ke pusat pemberian vaksin (PPV).
“Pada satu tahap nanti, kita akan masuk ke kampung yang jauh di pedalaman dan kita sudah pun mengenal pasti beberapa dewan untuk dijadikan PPV sementara misalnya di Mukim Madai, di Mukim Pangi dan kawasan Tawau ada, selain Semporna,” katanya.
Selain itu, pihaknya turut berterima kasih dengan Pejabat Daerah Kunak, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat melalui Agen Kesihatan Komuniti dan Jabatan Penerangan dalam membantu membuat hebahan memastikan penduduk hadir untuk untuk mendapat suntikan.

Sementara itu, seorang warga emas Maimunah Akih, 60, walaupun sukar bergerak akibat lumpuh, namun ia bukan penghalang untuknya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 seperti disarankan kerajaan, apatah lagi berasa golongan warga emas berisiko dan mudah dijangkiti.
“Menantu perempuan memaklumkan boleh terus mendapatkan vaksin di sini tanpa perlu daftar MySejahtera, jadi makcik terus setuju kerana memikirkan sebelum ini ramai datang ke rumah untuk beri bantuan. Apabila sudah divaksin, ia dapat mengurangkan risiko dijangkiti,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/senang-begini-suntik-dulu-baru-daftar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kembali Meningkat Lebih 6 000 Kes Baru Covid 19

Kembali Meningkat Lebih 6 000 Kes Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 276 hits
MALAYSIAKINI Jumlah jangkitan harian Covid 19 di negara ini kembali menunjukkan peningkatan dengan sebanyak 6 440 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan menerusi akaun media sosialnya...
Lebih 30 000 Individu Dengan Anafilaksis Dipelawa Daftar Bagi Vaksin Covid 19

Lebih 30 000 Individu Dengan Anafilaksis Dipelawa Daftar Bagi Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 333 hits
SINGAPURA Lebih 30 000 penduduk yang pernah mengalami anafilaksis disebabkan oleh makanan atau ubat ubatan akan dipelawa untuk mendaftar bagi vaksin COVID 19 menurut Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Selasa Kementerian Kesihatan menya
Awani Borneo 07 06 2021 Suntik Dulu Daftar Kemudian Keliru Sop Peniaga Rugi

Awani Borneo 07 06 2021 Suntik Dulu Daftar Kemudian Keliru Sop Peniaga Rugi

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 249 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo malam ini Suntik dahulu daftar kemudian Pendekatan baharu bagi elak keciciran mendapatkan vaksin COVID 19 Peniaga...
3 Lelaki Dicekup Polis Rampas Dadah Lebih Rm80 000

3 Lelaki Dicekup Polis Rampas Dadah Lebih Rm80 000

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 178 hits
Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari berkata ketiga tiga lelaki direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B 39A dan 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 ALOR SETAR Polis menahan tiga lelaki dan merampas dad...
Kalau Benar Mahu Agong Campurtangan Jatuhkanlah Mahiaddin Lebih Dulu

Kalau Benar Mahu Agong Campurtangan Jatuhkanlah Mahiaddin Lebih Dulu

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 209 hits
Rasa meluat rakyat kepada kegagalan PN sebagai kerajaan seterusnya disertai keinginan untuk mendapat kerajaan dan Perdana Menteri baharu kini boleh dikata sudah berada di tahap paling maksima yang tidak pernah berlaku sebelum ini Ia sehingg...
Beasiswa Lintasarta Digischool 2021 Diperebutkan Lebih 17 000 Peserta

Beasiswa Lintasarta Digischool 2021 Diperebutkan Lebih 17 000 Peserta

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 180 hits
Sukes dengan program CSR Beasiswa Lintasarta Digischool 2020 Lintasarta kembali meluncurkan program beasiswa Lintasarta Digischool pada tahun ini Pendaftarannya dibuka mulai 5 April bertepatan dengan perayaan HUT ke 33 Lintasarta
Kpm Perlu Bantu Lebih 1 000 Pengusaha Kantin Sekolah Terjejas

Kpm Perlu Bantu Lebih 1 000 Pengusaha Kantin Sekolah Terjejas

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 222 hits
Kecualikan sewa premis lanjutkan kontrak untuk tempoh 2 tahun BANGI Lebih 1 000 pengusaha kantin sekolah di seluruh negara terjejas ekoran penutupan sesi persekolahan akibat wabak pandemik COVID 19 Ini kerana sektor persekolahan akan terus ...
Cili Kisar Tahan Lebih Lama Nak Masak Pun Senang Ini Cara Mudah Simpan Cili Kisar

Cili Kisar Tahan Lebih Lama Nak Masak Pun Senang Ini Cara Mudah Simpan Cili Kisar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 451 hits
Berbanding bahan memasak lain cili kisar antara bahan wajib ada di dalam peti ais di rumah kita Semua ini bagi menjadikan masa memasak terutama masakan bersambal jadi lebih pantas dan menjimatkan masa Pun begitu stok cili kisar yang selalu ...
60 Peratus Penduduk Divaksin Menjelang Akhir September Kj

60 Peratus Penduduk Divaksin Menjelang Akhir September Kj

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 180 hits
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada masyarakat Orang Asli pada Program Vaksinasi Bergerak Orang Asli di Kampung Panchor Jempol Foto NSTP Azrul Edham Mohd Aminuddin KUALA LUMPUR Kerajaan menyasarkan 60 peratus penduduk di Malays...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda