Semua Sudah Selesai Saya Harap Jadi Pengajaran Untuk Majikan Lain
“Semua Sudah Selesai, Saya Harap Jadi Pengajaran Untuk Majikan Lain..” Muhammad Riduan, bekas pemandu Rozita Che Wan yang mendakwa tidak menerima gaji telah memuat naik status di Facebook menyatakan semua gajinya sudah dibayar. Menurutnya, dengan bayaran tersebut dia menganggap kesnya itu sudah selesai.
Gaji saya dah dibayar
Menurut postingnya, pihak Che Ta sudah membayar semua gajinya sebanyak RM2000 dan kes saman nombor pendaftaran juga telah selesai. Pada mulanya pihak Che Ta mahu Muhammad Riduan tampil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, namun dia enggan kerana bukan kesalahannya.
Dia juga berpesan kepada majikan lain di luar sana supaya tidak memperlakukan pekerja seperti yang dialaminya. Muhammad Riduan juga meminta kepada netizan supaya berhenti daripada terus mengecam Che Ta kerana semuanya sudah selesai.
Dia juga berterima kasih kepada pihak yang bermurah hati memberi duit sumbangan untuk membayar hutang yang perlu diselesaikannya.
Slip pembayaran
Resit pembayaran saman
‘Kami akan ambil tindakan tegas’
Walau bagaimanapun, menurut laporan Berita Harian, dakwaan Muhammad Riduan dianiaya dan tidak dibayar gaji adalah tidak benar.
Saya sudah bayar gajinya, hari ini, tetapi apa yang dia lakukan dengan mengada-adakan cerita tidak benar dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas.
Kami sudah berhubung dengan peguam dan mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka, selain saman malu kerana perbuatannya itu menjatuhkan air muka kami.
Menurut Che Ta lagi, dia tidak membayar gaji pekerjanya itu disebabkan tidak sempat masuk ke pejabat kerana sibuk dengan urusan kerja yang lain.
Gajinya pada bulan pertama dibayar seperti biasa, cuma untuk bulan lalu, saya terlambat bayar memandangkan tidak sempat masuk ke pejabat. Kebiasaannya, saya akan bayar gaji setiap hujung bulan atau selewat-lewatnya sebelum hari ketujuh bulan seterusnya.
Cuma, bulan lalu, saya banyak urusan kerja luar dan tidak sempat masuk pejabat. Baru semalam saya masuk pejabat untuk menyelesaikan semua urusan, termasuk bayaran gaji. Tidak sangka, tiba-tiba dia tularkan isu ini.
Tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik
Che Ta juga menyatakan bahawa pekerjanya itu tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik, malah kerap tidur disebabkan kurang rehat kerana telah membuat kerja part time yang lain. Dia menyatakan sepanjang bulan Febuari, pekerjanya itu hanya bekerja 16 hari sahaja.
Saya masih mahu bayar gaji penuh iaitu RM2,000, walaupun dia hanya bekerja 16 hari. Zain ada memberitahu, dengan jumlah hari kerjanya dia patut dibayar RM1,000, tetapi selepas mempertimbangkan, saya sedia bayar RM1,500.
Saya tidak halang dia membuat kerja lain untuk menambah pendapatan, tetapi jangan sampai mengganggu tugas sebenar. Ada ketika, dia tidak menepati masa, haruskah saya bagi muka dengan orang seperti ini?
Sumber: Muhammad Ridhuan II, Berita Harian
The post “Semua Sudah Selesai, Saya Harap Jadi Pengajaran Untuk Majikan Lain..” appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/semua-sudah-selesai-saya-harap-jadi-pengajaran-untuk-majikan-lain/