Semua Piem Dan Menterinya Perlu Disiasat


ADALAH MAKLUM ADA DIANTARA MENTERI YANG DIBERSIHKAN MELALUI KRONI YANG BERKUASA. ADA DIANTARA MENTERI KELIHATANNYA BERKEADAAN MARHAIN, NAMUN ANAK-ANAK MEREKA HEBAT-HEBAT.INI SEMUA MAIN SILAP MATA.ADA DIANTARA MENTERI, KONONNYA BERSIH, NAMUN DIBERI KUASA KEMBALI, MUNGKIN INGIN MENGINTAI PELUANG UNTUK KRONI.JANGAN HANYA BILA BERTUGAS BUAT ISTIHAR HARTA, BILA AKHIR TUGAS NYENYAK MEMBISU, MEREKA JUGA PERLU DI ISTIHAR HARTANYA.-Pak Karamu- 'Jadilah Najib PM bongsu Umno'Subky Latif  |  Diterbitkan Hari ini 11:10 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 11:10 tengahari     ULASAN | Najib Razak adalah perdana menteri bongsu daripada spesies Umno yang mungkin tiada lagi sambungannya hingga kiamat.
Kini mantan perdana menteri itu menghadapi lambakan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang jika satu-satu dibicarakan mungkin sekurun pun tidak habis. 
Mungkin kita perlu menunggu datangnya kiamat daripada menunggu semua kesnya selesai dibicarakan.
Mengikut sistem perundangan yang dipakai - termasuk undang-undang Islam - seseorang yang dituduh tidak bersalah hinggalah ia ditentukan begitu atau sebaliknya oleh mahkamah.
Mahathir Mohamad semasa penggal pertamanya dulu pernah berkata, seseorang itu tidak semestinya dihukum rasuah barulah kita boleh kata dia rasuah, tetapi disangsi bersihnya jika dia dilihat rasuah. 
Maka seseorang yang bersih rasuah itu bukan semata-mata bersih rasuah, tetapi mesti tidak dilihat rasuah.
Tohmah yang Najib hadapi kini sudah bertimbun, yang bakal dituduh juga bertimbun lagi. Tetapi apakah yang dilihat rasuah itu perdana menteri bongsu Umno itu saja? Tidakkah dia mewarisinya daripada sekalian perdana menteri sebelumnya?
Enggan terlibat rasuah Tiada yang sebelumnya ditakwil bersihnya kecuali Mahathir beberapa bulan sebelum menumbangkan Najib disuruhanjaya siasatan diraja dan disabitkan. Belum dikenakan hukuman.
Maka itu pun cukup untuk dikatakan tidak dilihat bersih.
Siapa di sepanjang 60 tahun merdeka tidak melihat Malaysia dan pemerintahannya negara rasuah. Cuma tiada jerung yang disebut dimahkamahkan. Semua kata, yang dimahkamahkan cuma bilis-bilis belaka.
Saya pernah diberitahu Almarhum Bahaman Samsudin, menteri dalam kabinet pertama Tunku Abdul Rahman sejak 1955. Dialah pencadang Tunku Abdul Rahman menjadi presiden Umno menggantikan Onn Jaafar dulu. 
Dia pernah jadi DO (pegawai daerah) Lumut dan Teluk Intan. Pada PRU 1955 dia bertanding di Hilir Perak yang kawasannya termasuk Bagan Datuk, Teluk Intan dan Pasir Salak sekarang. 
PRU 1959 dia balik ke tanah airnya di Negeri Sembilan. Tiada Umno menolak buntang dari ajak melainkan dia.
Awal 1960-an dia bersara politik. Saya jumpa dia di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. 
Saya tanya, mengapa dia tidak menjadi menteri lagi? Jawabnya, dia tidak mahu terlibat dengan kerajaan rasuah yang sudah bermula sejak merdeka.
Dia jarang keluar dalam surat khabar. Dia menteri yang tidak dikacau pembangkang di parlimen. Cakapnya boleh dipercayai.
Jika Bahaman boleh dijadikan saksi, siapakah dalam Umno yang dipercayai bersihnya?
Jadi bubur semua Semasa mula-mula dulu tiada badan pencegah rasuah yang khas. Mungkin rasuahnya sekadar RM10 kerana berbasikal pada waktu malam tak berlampu atau langgar lampu trafik. 
Tunku mana pernah cukup duit. Elaunnya sebagai perdana menteri tak cukup. Menteri Kewangan ketika itu, Tan Siew Sin, dikatakan selalu bingung kerana cek yang Tunku keluarkan tidak berduit.
Kita tidak tahu apa yang Razak Hussein dan menteri-menterinya buat. Lepas 13 Mei 1969 Dr Ismail Abdul Rahman jadi timbalan perdana menteri dan BPR (Badan Pencegah Rasuah) dibentuk. 
Diangkatnya Harun Hashim jadi pengarah BPR. Ditangkapnya pembesar Umno termasuk menteri mesar. Menteri MCA pun ketakutan.
Selepas Razak menggantikan Tunku, BPR mulai lembik. Jerung tidak masuk perangkap lagi. Ia seolah-olah menghadapi bilis saja.
Dari zaman Razak hingga ke zaman Dollah Badawi Malaysia dirasakan sudah di belakang Indonesia, Filipina dan Thailand. 
Rasuah dilihat sebagai sebahagian daripada budaya bangsa. Parahnya rasuah, Abdullah tukar BPR jadi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bagi membendung rasuah.
Tapi beras tidak jadi nasi. Jadi bubur semuanya. Jadilah Najib perdana menteri bongsu Umno. SPRM sudah tidak bergigi. Tinggal gusi, gigi palsu pun tidak lekat.
Sejak lahir Najib hidup di tengah budaya dilihat rasuah. Sangkanya rasuah itu sebahagian watak Melayu. Dia sambung saja legasi semua perdana menteri sebelumnya. SUBKY LATIF ialah bekas wartawan kanan dan veteran PAS. Artikel ini asalnya diterbitkan harakahdaily dengan tajuk "PM Umno hanya menyambung."Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://abnnasution.blogspot.com/2019/05/semua-piem-dan-menterinya-perlu-disiasat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi Kami Boleh Bom Semua Bandar Israel Dalam Beberapa Jam Amaran S Usaha Jihad Islam

Informasi Kami Boleh Bom Semua Bandar Israel Dalam Beberapa Jam Amaran S Usaha Jihad Islam

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 399 hits
Umat Islam Palestin mendirikan solat Tarawih di Masjid Al Aqsa di Tebing Barat semalam SEMENANJUNG GAZA 3 Ramadan 1440H Rabu Jihad Islam memberi amaran kumpulan itu boleh mengebom semua bandar Israel dalam masa beberapa jam sahaja jika reji...
Sakit Demam Dan Kanser Ini Dua Perkara Yang Semua Orang Kena Lakukan Segera

Sakit Demam Dan Kanser Ini Dua Perkara Yang Semua Orang Kena Lakukan Segera

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 279 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Isu isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat Gaya hidup yang tidak si...
Pm Yakin Mampu Capai Semua Janji Dalam 4 Tahun Sebelum Mandat Berakhir

Pm Yakin Mampu Capai Semua Janji Dalam 4 Tahun Sebelum Mandat Berakhir

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 297 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata prestasi pencapaian janji Kerajaan Pakatan Harapan bai tempoh 10 Mei 2018 hingga 30 April 2019 untuk membina negara dan memenuhi harapan ialah kira kira 39 01 peratus ketika berucap di Perutus...
Jihad Islam Beri Amaran Boleh Bom Semua Bandar Israel

Jihad Islam Beri Amaran Boleh Bom Semua Bandar Israel

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 278 hits
SEMENANJUNG GAZA Jihad Islam memberi amaran kumpulan itu boleh mengebom semua bandar Israel dalam masa beberapa jam sahaja jika rejim pengganas Zionis terus melancarkan serangan ke atas bumi Palestin Setiausaha Agungnya Ziyad Al Nakhaleh me...
Lebih Dari 300 Ekor Kucing Di Jumpai Dalam Satu Apartment Semua Sihat Sihat

Lebih Dari 300 Ekor Kucing Di Jumpai Dalam Satu Apartment Semua Sihat Sihat

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 414 hits
Lebih Dari 300 Ekor Kucing Di Jumpai Dalam Satu Apartment Semua Sihat Sihat Pihak berkuasa di Canada terkejut apabila menemui lebih daripada 300 ekor kucing dalam sebuah apartment disini minggu lalu Toronto Cat Rescue berkata proses menyela...
Perit Masuk Lokap 4 Hari Tapi Puas Hati Dapat Beri Pengajaran Kepada Semua

Perit Masuk Lokap 4 Hari Tapi Puas Hati Dapat Beri Pengajaran Kepada Semua

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 382 hits
Mohd Syukrey Adin 37 yang baru dibebaskan selepas ditahan selama empat hari di lokap susulan kejadian menampar pemandu wanita yang tidak memberi signal ketika masuk simpang menganggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya nbsp Dia disia...
Google Membawa Sokongan Kapsyen Masa Nyata Untuk Semua Media Terus Pada Telefon Anda

Google Membawa Sokongan Kapsyen Masa Nyata Untuk Semua Media Terus Pada Telefon Anda

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 255 hits
Google pada hari ini sedia menawarkan sokongan kapsyen atau sari kata pada video video YouTube sekaligus memudahkan lagi pengguna dengan masalah pendengaran menikmati kandungan berkenaan Pada acara Google I O 2019 Google berkongsi visi dala...
Semua Menteri Yordania Tiba Tiba Mengundurkan Diri

Semua Menteri Yordania Tiba Tiba Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 204 hits
Salah satu tokoh penting yang dicopot dari jabatannya oleh Raja Abdullah adalah Direktur Jenderal Departemen Intelijen Jenderal Adnan al Jundi Dia adalah tokoh yang cukup berpengaruh di Yordania
Kementerian Pendidikan Galak Semua Guru Duduki Muet Timb Menteri

Kementerian Pendidikan Galak Semua Guru Duduki Muet Timb Menteri

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 459 hits
TAIPING Guru bukan opsyen bahasa Inggeris berpeluang mengajar bahasa itu sekiranya mencapai tahap penguasaan minimum C1 dalam kelayakan Common European Framework of Reference for Languages melalui peperiksaan Ujian Bahasa Inggeris Universit...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan