Kementerian Pendidikan Galak Semua Guru Duduki Muet Timb Menteri


TAIPING - Guru bukan opsyen bahasa Inggeris berpeluang mengajar bahasa itu sekiranya mencapai tahap penguasaan minimum C1 dalam kelayakan "Common European Framework of Reference for Languages" (CEFR) melalui peperiksaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET).
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, kementeriannya menggalakkan mana-mana guru bukan opsyen bahasa Inggeris mengambil peperiksaan MUET bersama-sama guru bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka menukar opsyen mengajar sekiranya berkelayakan.

Menurutnya, kerajaan berhasrat memastikan tahap penguasaan bahasa Inggeris di antara guru bahasa Inggeris cukup baik dan sekiranya ada dalam kalangan guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang berkelayakan, ia memberi nilai tambah kepada sekolah.

"Kalau kita menggunakan kelayakan CEFR, guru-guru bahasa Inggeris yang mengajar di sekolah rendah dan menengah diwajibkan mencapai tahap penguasaan minimum C1, manakala bagi pensyarah institusi pengajian tinggi perlu mencapai C2.

"Inisiatif ini turut membolehkan kementerian mengenal pasti guru bahasa Inggeris yang benar-benar berkelayakan dan memiliki tahap penguasaan bahasa itu amat baik walaupun mereka sebelum ini mengajar opsyen," katanya kepada media dalam lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Darul Ridwan, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Speaker Parlimen, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Taiping, Teh Kok Lim.
Nie Ching berkata, setakat ini, kementerian hanya menggalakkan guru-guru bahasa Inggeris untuk mengambil peperiksaan MUET dan belum mewajibkannya.

Menurutnya, mana-mana guru bahasa Inggeris didapati mencapai tahap penguasaan bahasa Inggeris kurang memuaskan, kerajaan bersedia memberikan pelbagai kursus dan latihan secara praktikal atau atas talian bagi meningkatkan tahap penguasaan mereka.

"Inisiatif ini juga merupakan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam memastikan generasi pelajar masa hadapan mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris amat memuaskan," katanya.

Terdahulu, arahan supaya guru mengajar bahasa Inggeris menduduki peperiksaan MUET itu dikeluarkan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin dalam satu pekeliling pada 14 April lalu, bagi melihat semula tahap penguasaan bahasa Inggeris yang selari dengan keperluan termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Menurut arahan pekeliling itu, semua guru opsyen bahasa Inggeris juga perlu berada pada tahap penguasaan minimum C1 dalam kelayakan CEFR.

Peperiksaan MUET itu juga perlu dilakukan sebelum hujung Disember tahun ini dan dibuat dengan pembiayaan sendiri.

Bagaimana, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) semalam tidak bersetuju dengan arahan pekeliling itu atas alasan menekan dan membebankan guru bahasa Inggeris.

Sementara itu, Nie Ching turut meluluskan peruntukan RM80,000 kepada SMK Ridwan untuk membaik pulih dua blok bangunan dan sebuah kantin.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/05/kementerian-pendidikan-galak-semua-guru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcdonald S Dan Kementerian Pendidikan Hargai Golongan Pendidik Menerusi Anugerah Guru Inspirasi 2019

Mcdonald S Dan Kementerian Pendidikan Hargai Golongan Pendidik Menerusi Anugerah Guru Inspirasi 2019

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 617 hits
McDonald s dan Kementerian Pendidikan Hargai Golongan Pendidik Menerusi Anugerah Guru Inspirasi 2019Kementerian Pendidikan puji inisiatif awam swasta yang memacu transformasi sistem pendidikan MalaysiaPULAU PINANG 13 Mei 2019 McDonald s Mal...
Penjelasan Surat Arahan Guru Opsyen Bahasa Inggeris Perlu Duduki Muet

Penjelasan Surat Arahan Guru Opsyen Bahasa Inggeris Perlu Duduki Muet

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 446 hits
Viral dua pucuk surat bertanda tangan Ketua Pengarah Pelajaran Dr Amin Senin berkenaan TAHAP PENGUASAN BAHASA INGGERIS GURU OPSYEN BAHASA INGGERIS BERLANDASKAN COMMON EUROPEAN FRAMEWORK OF REFERENCE dan PELAKSANAAN KURSUS PROFESIONAL UP SKI...
Teks Perutusan Hari Guru 2019 Menteri Pendidikan

Teks Perutusan Hari Guru 2019 Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 1606 hits
Teks Perutusan Hari Guru 2019 Menteri Pendidikan Assalamualaikum dan selamat sejahtera Teks perutusan Hari Guru 2019 telah tersedia Sehubungan dengan itu anda boleh memuat trun dokumen ini pada pautan muat turun yang disediakan di bawah TEK...
Kpm Jawab Isu Viral Surat Arahan Duduki Muet Guru Guru Bahasa Inggeris

Kpm Jawab Isu Viral Surat Arahan Duduki Muet Guru Guru Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 503 hits
Keliru dengan dua pucuk surat arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia guru guru Bahasa Inggeris seluruh Malaysia mula panik dan bertindak membuat laporan kepada NUTP Susulan dengan itu pihak KPM telah mengeluarkan satu kenyataan bag...
Semua Menteri Yordania Tiba Tiba Mengundurkan Diri

Semua Menteri Yordania Tiba Tiba Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 207 hits
Salah satu tokoh penting yang dicopot dari jabatannya oleh Raja Abdullah adalah Direktur Jenderal Departemen Intelijen Jenderal Adnan al Jundi Dia adalah tokoh yang cukup berpengaruh di Yordania
Ppd Kerja Sambil Lewa Akan Diambil Tindakan Tegas Menteri Pendidikan

Ppd Kerja Sambil Lewa Akan Diambil Tindakan Tegas Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 381 hits
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melalui ruangan soal jawab mingguannya di laman Youtube beliau telah memberi amaran kepada mana mana Pejabat Pendidikan Daerah yang tidak efisien menjankan tugas Menurut beliau ratusan aduan yang ada beli...
Mengapa Muet Untuk Guru Guru Bahasa Inggeris Jadi Satu Polemik Besar

Mengapa Muet Untuk Guru Guru Bahasa Inggeris Jadi Satu Polemik Besar

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 345 hits
Bulan Ramadan tahun ini kecoh pula di media sosial berkenaan keperluan untuk guru guru Opsyen Bahasa Inggeris perlu duduki ujian MUET Kesilapan media yang quote kata kata menteri pun satu hal Mula mula katanya kemudia timbul pula berita yan...
Menteri Pendidikan Berjaya Selesaikan 18 Masalah Nutp

Menteri Pendidikan Berjaya Selesaikan 18 Masalah Nutp

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 329 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 18 isu berkenaan masalah di bidang pendidikan termasuk beban tugas guru yang dikemukakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan telah mendapat komitmen penuh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik serta sudah dis...
Ujian Muet Hanya Terpakai Kepada Guru Opsyen Bahasa Inggeris Kpm

Ujian Muet Hanya Terpakai Kepada Guru Opsyen Bahasa Inggeris Kpm

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 292 hits
PUTRAJAYA Arahan Kementerian Pendidikan supaya guru mengajar bahasa Inggeris menduduki Malaysian University English Test hanya terpakai kepada guru opsyen bahasa Inggeris Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Dasar dan Pembangunan Pendi
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu