Semua Ini Salah Muhyiddin Masih Meniru Cara Mahathir Manjakan Azmin




Kritikan orang lama UMNO, Shahrir Samad terhadap karektor dan cara kerja Azmin Ali yang mengemudi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau MITI, sambil dalam waktu yang sama beliau turut dianugerahkan jawatan menteri kanan, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan sebenarnya.

Sejak awal lagi keberadaan beliau sebagai menteri kanan memang tidak disenangi UMNO, apatah lagi apabila Muhyiddin Yassin memaklumkan Azmin akan mempengerusikan mesyuarat kabinet sewaktu ketiadaannya.

UMNO yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak dalam kerajaan tebuk atap PN ini merasakan kouta nombor dua dalam kerajaan lebih wajar diberikan kepada mereka berbanding Azmin.

Sebab itu, UMNO langsung tidak meraikan kehadiran Azmin, malah jika beliau melakukan kesilapan, pihak sebelah UMNOlah yang ternampak ghairah menyerang dan melekehkannya.

Isu kedai gunting rambut dan kebenaran tiga sektor ekonomi meneruskan perniagaan sepanjang tempoh PKP yang melibatkan MITI membuat pengumuman dengan jelas menampakkan bagaimana pemimpin UMNO dan pemain media sosial pro parti itu yang agak ke depan membelasah Azmin.

Kritikan Shahrir barangkali yang paling keras setakat ini daripada UMNO terhadap Azmin sehingga MITI sekarang diumpamakannya sebagai “super ministry” dalam kerajaan PN yang membolehkan kementerian itu campurtangan dalam hal ehwal kementerian lain.

Malah Shahrir juga membangkitkan rasa leganya kerana bukan Azmin, sebaliknya seorang lagi menteri kanan, Ismail Sabri Yaakob daripada UMNO yang muncul setiap hari memberi sidang media berkaitan kluster keselamatan sepanjang tempoh PKP ini dikuatkuasakan.

Begitu pun, walau kritikan Shahrir diakui ada benarnya, siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini?

Secara jujur, sementara Azmin harus diakui masih junior untuk mengendali sebuah kementerian penting seperti MITI yang sewaktu PKP ini semacam diberi tanggungjawab dalam banyak soal besar yang lain, apalagi sebagai menteri kanan yang layak untuk mempengerusikan kabinet sewaktu ketiadaan Perdana Menteri, kesalahan yang sebenar adalah terletak pada Muhyiddin.

Muhyiddin tidak sepatutnya melantik Azmin sebagai menteri kanan yang dalam masa sama diberi keistimewaan mempengerusikan mesyuarat kabinet sewaktu ketiadaannya, sebaliknya kedudukan itu lebih sesuai diberikan kepada UMNO.

Berbanding UMNO yang menyumbang 39 kerusi dalam PN, kumpulan Azmin daripada bekas PKR hanyalah berjumlah 10 Ahli Parlimen saja.

Sudahlah begitu, keahlian bekas Timbalan Presiden PKR itu dalam Bersatu juga masih tidak jelas di mana walaupun Azmin dan kumpulannya diumumkan menyertai parti itu tidak lama selepas beliau dipecat daripada PKR, tetapi bilakah Bersatu pernah bermesyuarat membincangkan kemasukan mereka?

Selain itu, nama Azmin yang sudah sedia tercemar dengan isu “video Haziq” menjadikan apa juga yang dilakukannya, lebih-lebih jika melakukan kesilapan, lebih mudah dipandang serong, diragui dan tidak dipercayai.

Untuk itu, faktor masih junior, hanya mewakili kelompok minoriti, keahlian yang tidak jelas dalam Bersatu dan nama yang sudah tercemar, maka sewajarnya Azmin hanya diberi tanggungjawab menjaga kementerian yang biasa-biasa saja, jauh sekali untuk diberi kedudukan yang membolehkannya berangan-angan seumpama orang nombor dua dalam kerajaan selepas Muhyiddin.

Maka, siapa lagi yang patut dipersalahkan dalam hal ini kalau bukan Muhyiddin?

Muhyiddin seharusnya mengimbas kembali tindakan Tun Mahathir Mohamad ketika era PH yang melantik Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, seterusnya memanjakan beliau seolah-olah anak emas dalam kabinet, walau dianya hanya berpengalaman sebagai Menteri Besar Selangor sekitar tiga tahun saja.

Tetapi, akhirnya Tun Mahathir sendiri pun sanggup dikhianatinya sehingga bekas Perdana Menteri ada menyebut kepada beberapa orang yang menemuinya bahawa Azmin adalah antara orang yang paling membuatkannya berasa sedih dan kecewa.

Mengapakah Muhyiddin tidak mengambil iktibar daripada semua yang berlaku kepada Tun Mahathir itu, malah terus meniru dan memanjakan lagi Azmin selepas beliau menjadi Perdana Menteri?

Masih tidak sedarkah Muhyiddin, sepertimana ketika era Tun Mahathir juga, sebahagian punca masalah dan kemerosotan sokongan kepada kerajaan sekarang adalah berpunca daripada Azmin?

Adakah sepertimana Tun Mahathir menggunakan Azmin untuk meremehkan Anwar, Muhyiddin juga sedang mempergunakan Azmin untuk memperlekehkan UMNO? (ShahbudinHusin 16/04/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/semua-ini-salah-muhyiddin-masih-meniru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Pihak Perlu Bantah New Normal Kerajaan Muhyiddin Wajibkan Ahli Parlimen Terajui Glc

Semua Pihak Perlu Bantah New Normal Kerajaan Muhyiddin Wajibkan Ahli Parlimen Terajui Glc

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 416 hits
Apabila Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Muhyiddin Yassin untuk melantik semua Ahli Parlimen penyokong PN yang tiada jawatan dalam kerajaan sebagai pengerusi GLC sebagai suatu perbuatan jenayah ia adalah isyarat paling jelas...
Hampir Semua Pengikut Azmin Akan Terima Surat Pemecatan P La Cari Wadah Lain

Hampir Semua Pengikut Azmin Akan Terima Surat Pemecatan P La Cari Wadah Lain

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 276 hits
PKR gantung keahlian ketua Wanita Haniza Talha kerana jumpa Azmin Zuraida April 15 2020 12 30 PMHaniza Talha menerima surat penggantungan keahliannya pada 13 April lalu PETALING JAYA PKR menggantung keahlian Ketua Wanita PKR Haniza Mohd Tal...
Cara Pemandu Yang Geram Balas Dendam Terhadap Pemilik Kereta Yang Salah Parking

Cara Pemandu Yang Geram Balas Dendam Terhadap Pemilik Kereta Yang Salah Parking

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 375 hits
Seorang pemandu geram dengan sikap seorang pemandu yang meletakkan keretanya di dalam dua bilik tempat letak kereta Ini apa yang dia buat Dia telah memecahkan cermin kereta dan memasukkan simen ke dalam kereta tersebut tabekpuang
Ppbm Kini Sudah Terbelah Dua Mahathir Dan Muhyiddin

Ppbm Kini Sudah Terbelah Dua Mahathir Dan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 268 hits
NURIA FAHMIYang salah memang lah salah Semua orang tau Parti PPBM sudah terbelah dua kalau dah terbelah bererti bagai ada dua parti yang kita pun xtau nama nya tapi masih lagi PPBM kita andaikan PPBM 1 bagi Tok Din dan PPBM2 bagi Tok Det 1 ...
Masih Tiada I Akaun Kwsp Cara Daftar I Akaun Kwsp Melalui Email

Masih Tiada I Akaun Kwsp Cara Daftar I Akaun Kwsp Melalui Email

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 2206 hits
Cara Daftar i Akaun KWSP Melalui Email Hai Ramai juga yang dah dapat daftar dan mohon pengeluaran i Lestari Akaun 2 KWSP kan Cara nak mohon i Lestari pun mudah sangat Ada dah update dalam blogpost sebelum ini Berapa banyak korang keluarkan ...
Covid 19 Jangan Salahkan China Rakyat Perlu Berkorban Ubah Cara Hidup Dr Mahathir

Covid 19 Jangan Salahkan China Rakyat Perlu Berkorban Ubah Cara Hidup Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 344 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat mengubah cara hidup dan membuat pengorbanan dengan tidak lagi mengharapkan imbuhan pada nilai sama kerana penularan Covid 19 akan membawa impak kepada ekonomi negara Bekas perdana menteri itu...
Saya Yakin Tuhan Tidak Menguji Kita Lebih Batasan Kemampuan Semua Muhyiddin Yassin

Saya Yakin Tuhan Tidak Menguji Kita Lebih Batasan Kemampuan Semua Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 222 hits
Menerusi sidang media Perutusan Khas pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana yang disampaikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaassin sebentar tadi Dalam bait akhir kata beliau dalam persidangan media sebentar tadi beliau ada t...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza