Semua Ini Peristiwa Lalu Yang Akhirnya Dikenang Kini Bila Tiba Giliran Rafizi
*_Kredit Penulisan Dari Hamdan Taha mantan Exco Pemuda keADILan_*
_Ada juga yang tanya kenapa saya tulis dan nampak marah NIA menang, sebenarnya seperti yang selalu saya sebut saya bukan penyokong Rafizi dan saya tak peduli pun apa yang berlaku dalam PKR ni..._
_Semenjak saya tak bersama lagi dalam PKR dan kempimpinannya selama 20 tahun saya tidak mengambil sikap menyerang berlebihan PKR dan anwar Ibrahim walaupun banyak modal saya untuk menyerang, saya tak ikut Ezam, Lokman, Zahid mat Arip dan yang lain lainnya saya jadi orang yang tak mahu lagi terlibat politik_
_Apabila Anwar dah jadi PM dan bergabung pulak dengan UMNO baru lah saya ambil sikap, dan sikap saya selalunya saya menulis mempertahankan Kerajaaan Perpaduan ni dan tidak menyong mereka yang menyerang Kerajaan Perpaduan ini... Itu jelas sikap yang saya ambil... Ambil perhatian yang itu ye_
_Apabila pemilihan PKR suka hati lah PKR saya pun tak ada ambil peduli pun sehingga lah tiba tiba NIA umum bertanding jawatan baru saya ambil sikap mengkritik apa yang berlaku kerana saya pernah berhabis duit tenaga dan masa depan kerana parti PKR ni dan Kerana Percaya Anwar lebih baik dari pemimpin lain. Tapi ternyata salah dan benar semuanya pandangan sahabat sahabat saya yang pernah bersama Anwar secara rapat dan berada dalam rumah Anwar... Sebenarnya siapa Anwar Allah dah tunjukkan..._
_Pengalaman saya semua pemimpin politik tak suka orang bijak pandai dan bukan Yes Men berada bersama mereka, tapi dalam ceramah mereka kepada rakyat kononnya mereka nak pemimpin hebat sebagai penganti atau berada dalam parti.... Semua lakunan belaka..._
_Semasa saya awal awal dalam PKR timbalan Presiden ialah Chanra Muzaffar orgnya OKT pergerakan menggunakan kerusi roda tapi prinsip perjuangannya kental dan bukan orang politik, Anwar guna dia buat seketika dan kemudian buang dia, kerana dia ada pendapat dia sendiri dan tak setuju dengan banyak perkara arahan Anwar dan Azizah, maka dia Terkeluar_
_Kemudian di ganti dengan Rahman Osman sama juga, Rahman Osman ada duit dan dia di gunakan untuk menanggung kewangan parti dia juga tak lama, kerana dia juga orang pandai dan tak setuju cara parti bergerak dan arahan Anwar dan Azizah, akhirnya dia keluar parti juga, selepas tu barulah Syed Hussin bekas Presiden PRM, beliau juga sebenarnya banyak tak setuju dengan Anwar dan Azizah, tapi kerana dia agak di perlukan maka dia kekal agak lama, selepas itu Azmin Ali, Azmin pula mula jadi musuh kepada Anwar apabila Azmin dah jadi MB dan Menteri dan di lihat ancaman kerana Azmin adalah ahli politik, dah ada kuasa dan duit pun ada dia gunakan untuk kekuatan sendiri, ini bagi Anwar ancaman wajib di bunuh, bertembunglah peperangan mereka dan Rafizi di gunakan untuk membunuh Azmin..._
_Bila Azmin berjaya di singkirkan oleh Anwar (bukan Rafizi tapi Anwar dan Azizah) rafizi jadi Timbalan maka Anwar guna sepenuhnya Rafizi, tapi bila jadi Kerajaan dan Perdana Menteri Anwar tak mahu Rafizi menjadi Timbalan yang hebat dan Menteri yang hebat, itu sebab walaupun nama Menteri Ekonomi orang yang dekat dengan pentadbiran kerajaan dan parti tau Rafizi hanya Nama sahaja Menteri Ekonomi tapi peranan yang boleh di mainkan tak sama macam Menteri Ekonomi sebelum ini, kuasa telah di pindahkan ke PMO dan mOF... Maka Rafizi menteri yang terpaksa cari sesuatu untuk popular.... Ejensi tidak bersama beliau..._
_Rafizi pula budak pandai keras kepada, dan ada pandangan sendiri, pengalaman saya Anwar suka masa dia tak ada kuasa, tapi bila dah berkuasa dia cukup tak suka jenis watak watak ni, dalam ucapan rafizi dia panggil Presiden dengan nama saudara Anwar sahaja itu dalam hati Anwar sangat Geram dan marah dia tak suka Rafizi buat begitu, kami sangat faham itu, Azmin pun dalam ucapan ada berbuat begitu sebanarnya Anwar cukup tidak selesa.... Anwar ketika berkuasa ni dia nak semua Yes Yes man dan hanya ikut arahan dia sahaja..._
_Maka Timbalan perlu di tukar terjadi lah seperti sekarang Rafizi kalah dan memang di buat untuk kalah, Naib Naib presiden tu Semua dah di atur, Anwar dan teamnya bagi arahan jelas nak Ramanan menang sebab nak kan wakil India supaya PRU india kekal dan saya jangka dia akan di angkat jadi Menteri dalam masa terdekat, MB Negeri 9 Anwar benci tu kerana sokong rafizi tapi tak boleh di buang wajib kena menang juga kerana jika di buang N9 dan NIA susah kerana tak dapat tarik penyong Rafizi, begitu juga naib seorang lagi wakil Cina dan Dia menteri tak boleh di kalahkan.... Itu sebab keputusan undian begitu dua orang Rafizi menang, hakikatnya mereka menang kerana di arahkan menang supaya nampak kenyataan Rafizi itu Fitnah dan salah tentang sistem yang telah di atur.... Maka parti dapat menyelamatkan keadaan... Nik Nazmi memang kena buang seperti Rafizi kerana dia memang setianya pada Rafizi bukan Anwar maka wajib di bunuh bersama sama...._
_Jadi saya menulis dan mengkritik PKR dan Anwar kerana mereka parti Kerajaaan dan mereka setelah berkuasa menipu ahli mereka dan cuba menaikkan NIA sebagai PM akan datang. Malaysia ni bukan milik keluarga dan cara politik begini wajib di tegur dan di kritik...._
🫣🫣🫣
_*makin terserLah anwar's true coLour*_
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/05/semua-ini-peristiwa-lalu-yang-akhirnya.html