Semua Banduan Di Penjara Seberang Perai Jalani Ujian Saringan Covid19




Semua banduan di Penjara Seberang Perai di Jawi dekat sini akan menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah awal membendung penularan selepas tiga banduan di situ disahkan positif semalam.
Pengarah Penjara Pulau Pinang Roslan Mohamed berkata walaupun tiga lelaki itu diletakkan di blok yang berasingan dengan kira-kira 2,000 banduan lama namun pihaknya mengambil langkah segera bagi memastikan mereka yang dijangkiti menerima rawatan awal.
"Selain banduan lama, semua banduan yang baru dibawa masuk ke Penjara Seberang Perai juga akan menjalani saringan awal COVID-19 dan kakitangan penjara juga mengikut prosedur operasi standard (SOP)  yang ketat dalam pengendalian banduan.
"Malah, banduan-banduan baharu juga diasingkan serta ditempatkan di blok berasingan daripada banduan telah lama di situ selama 14 hari dan jika selepas itu mereka negatif COVID-19 baru dipindahkan ke sel blok yang sama dengan banduan lama," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya, proses ujian saringan COVID-19 yang dijalankan oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) membabitkan banduan lama di penjara itu mungkin mengambil masa beberapa hari.
Roslan berkata sejak tiga hari lepas sehingga semalam, kira-kira 200 banduan baharu dan kakitangan penjara telah disaring COVID-19 dan setakat ini tiada petugas di situ yang disahkan positif jangkitan tersebut.

Katanya, tiga banduan yang positif COVID-19 itu kini ditempatkan di blok transit yang jauh daripada blok-blok banduan lain dan sedang menerima rawatan daripada petugas KKM di situ manakala 15 banduan lain yang berada di dalam sel sama dengan mereka juga telah dikuarantin.
"Blok transit itu memang telah lama kosong dan banduan yang didapati positif COVID-19 kita tempatkan di situ bagi menjalani rawatan, mereka berada dalam keadaan stabil serta keadaan dalam penjara juga terkawal," katanya.
Tinjauan di penjara itu mendapati terdapat pergerakan masuk dan keluar kenderaan KKM yang membawa petugas kesihatan dipercayai untuk membuat ujian saringan COVID-19 ke atas banduan di Penjara Seberang Perai.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat satu kluster baharu iaitu Kluster Penjara Jawi selepas tiga banduan di situ dikesan positif COVID-19.
Sementara itu, berhubung perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Reman Pulau Pinang yang bermula pukul 12 tengah malam ini, Roslan berkata pihak penjara telah bersiap sedia dan tidak menolak kemungkinan ahli keluarga petugas penjara di situ juga akan menjalani ujian saringan COVID-19.
"Kemungkinan ahli keluarga kakitangan mempunyai kontak rapat dengan banduan disahkan positif COVID-19 akan menjalani ujian saringan (COVID-19), kami tunggu arahan selanjutnya daripada KKM," katanya.
Beliau berkata sehingga semalam, seramai 177 banduan di Penjara Reman Pulau Pinang disahkan positif COVID-19 dan ketika ini kesemua mereka menerima rawatan di dalam penjara serta dalam keadaan stabil.
Sejak 5 Okt, Kluster Penjara Reman Pulau Pinang merekodkan 178 kes positif yang hanya melibatkan banduan termasuk seorang warga emas berusia 85 tahun yang meninggal dunia.


-- BERNAMA 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/semua-banduan-di-penjara-seberang-perai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Banduan Baharu Penjara Seberang Perai Positif Covid 19

Tiga Banduan Baharu Penjara Seberang Perai Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 361 hits
GEORGE TOWN Tiga individu yang disahkan positif COVID 19 di Penjara Seberang Perai di Jawi di sini adalah banduan yang baru dimasukkan ke penjara itu dua minggu lepas setelah mereka dijatuhi hukuman oleh mahkamah Pengarah Penjara Pulau Pina...
Nabil Ahmad Jalani Ujian Saringan Covid 19 Memang Muka Swab Test Macam Ni Eh

Nabil Ahmad Jalani Ujian Saringan Covid 19 Memang Muka Swab Test Macam Ni Eh

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 343 hits
Pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad menjalani ujian saringan COVID 19 sebagai langkah awal pencegahan pandemik tersebut Menerusi laman sosial Instagram Nabil berkongsi sebuah video ketika mengambil ujian saringan tersebut untuk tatap...
Semua Pemandu Bas Mini Di Sandakan Dikehendaki Jalani Saringan Covid 19 Esok

Semua Pemandu Bas Mini Di Sandakan Dikehendaki Jalani Saringan Covid 19 Esok

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 316 hits
Pemandu yang belum mendaftar untuk Kod Respon Pantas MySejahtera perlu mendaftar segera supaya mereka dapat memantau penumpang mereka
Hiburan Ambil Langkah Pencegahan Awal Nabil Ahmad Jalani Ujian Saringan Covid 19

Hiburan Ambil Langkah Pencegahan Awal Nabil Ahmad Jalani Ujian Saringan Covid 19

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 270 hits
Pelawak dan juga pengacara terkenal Nabil Ahmad dilaporkan telah menjalani ujian saringan COVID 19 sebagai usaha mencegah penularan pandemik itu Dia yang memuat naik video sepanjang menjalani swab test itu menerusi ruangan Instagram milikny...
Covid 19 Seorang Penumpang Mh2608 Kl Labuan Disah Positif 99 Penumpang Lagi Digesa Jalani Ujian Saringan

Covid 19 Seorang Penumpang Mh2608 Kl Labuan Disah Positif 99 Penumpang Lagi Digesa Jalani Ujian Saringan

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 357 hits
Kesemua 99 orang penumpang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH2608 ke Labuan dari Kuala Lumpur dikehendaki untuk menjalani ujian saringan COVID 19 Ia berikutan salah seorang penumpang pesawat yang berlepas pada jam 8 35 pagi 11 Oktobe...
Pulau Pinang Hasrat Mohon Putrajaya Laksana Pkpd Sekitar Penjara Seberang Perai

Pulau Pinang Hasrat Mohon Putrajaya Laksana Pkpd Sekitar Penjara Seberang Perai

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 464 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Negeri berhasrat memohon Kerajaan Persekutuan di Putrajaya mempertimbangkan syor pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bagi Penjara Seberang Perai dan kawasan kuarters kakitangan penjara berkenaan ekoran...
Pelajar Ipt Dari Semenanjung Sabah Labuan Wajib Jalani Saringan Covid 19 Jpbn Sarawak

Pelajar Ipt Dari Semenanjung Sabah Labuan Wajib Jalani Saringan Covid 19 Jpbn Sarawak

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 335 hits
M Update 6 10 2020 Semua pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta dari Semenanjung Malaysia Sabah dan Labuan yang telah melapor diri di Sarawak diwajibkan menjalani ujian saringan COVID 19 menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Ne...
11018 Banduan Bakal Di Lepaskan Berikutan Mengurangkan Kes Covid Dalam Penjara

11018 Banduan Bakal Di Lepaskan Berikutan Mengurangkan Kes Covid Dalam Penjara

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 343 hits
SHAH ALAM Jabatan Penjara mencatatkan peningkatan kes aktif pandemik koronavirus berjumlah 1 126 kes dalam kalangan banduan dan kakitangan di seluruh negara sehingga semalam Sehubungan itu Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Seri Zulkifli ...
Semua Sekolah Di Daerah Klang Selangor Ditutup Mulai Esok Khamis 8 Oktober 2020 Kerana Zon Merah Covid19

Semua Sekolah Di Daerah Klang Selangor Ditutup Mulai Esok Khamis 8 Oktober 2020 Kerana Zon Merah Covid19

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 533 hits
Semua sekolah yang telah disahkan Zon Merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia diarahkan ditutup mulai esok 8 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober 2020 iaitu selama 16 hari Ini berdasarkan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia yang t...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi