Sempena Bulan Kemerdekaan Jom Tabik Hormat Frontliner Malaysia


Sempena bulan kemerdekaan, Riss nak buat kelainan sedikit. Nak menghargai pengorbanan frontliner yang bertukus lumus dalam memakmurkan negara kita

Untuk Entry Tabik Fronliner Malaysia kali ini, Riss akan bahagi kepada 4 Edisi, iaitu
- Tabik Hormat Frontliner Malaysia : edisi Bomba (Disiarkan pada 28.08.20)- Tabik Hormat Frontliner Malaysia : edisi KKM (Disiarkan pada 29.08.20)- Tabik Hormat Frontliner Malaysia : edisi Polis (Disiarkan pada 30.08.20)- Tabik Hormat Frontliner Malaysia : edisi Askar (Disiarkan pada 31.08.20)
Pada post tersebut, Riss akan cerita kan tugas-tugas mereka, bagaimana mereka mengawal keamanan Malaysia sehingga merdekanya kita, bagaimana bendung pengularan Covid-19 dan sebagainya. Tapi sebelum itu, Jom kita imbas detik-detik kemerdekaan Malaysia yang menjadikan Malaysia Aman Damai & Harmoni

Hari Merdeka, Hari Kebangsaan
Hari Merdeka dikenali sebagai Hari Kebangsaan. Ia merupakan hari kemerdekaan rasmi Malaysia. Ia juga sebagai memperingati Deklarasi Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

Ringkasan Sejarah Malaysia
Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada zaman kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana pemimpin yang berwibawa, sistem pentadbiran dan pemerintahan yang cekap di samping kedudukannya yang strategik berada di titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut


Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. British telah campur tangan dalam semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah antaranya di beberapa buah negeri seperti Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dhoby dan beberapa tokoh yang lain

Pada era 1920-an dan 1930-an, kebanyakan nasionalisme, kesedaran politik dan pembangunan negara penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media cetak seperti akhbar, majalah, cerpen dan novel untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri. Kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 hingga 15 Februari 1942 menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, Jepun yang menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 menyerah kalah ekoran pengeboman bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki

Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah melancarkan serangan menguasai Tanah Melayu melalui kekerasan, pembunuhan tiga orang pengurus peladang getah Eropah di Sungai Siput, Perak. Lantaran itu, pada bulan Jun 1948, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) atau BMA adalah antara akhir Perang Dunia II dan Penubuhan Malayan Union. Pada 1 April 1946, British menubuhkan Malayan Union. Walau bagaimanapun, gagasan ini mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana penghapusan institusi diraja dan hak keistimewaan orang-orang Melayu

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaikkan semangat perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan pada 1952 mula membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir
sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Sekembalinya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari London, Tunku telah membuat pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan penggabungan lima buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei untuk membentuk sebuah negara yang baharu. 
Pada 9 Julai 1963, wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak dan Singapura kecuali Brunei disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963

Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)
Apa Erti Kemerdekaan Pada Riss Aziela?
Erti kemerdekaan pada Riss ialah ia bukan sahaja bebas dari penjajahan  secara fizikal tetapi juga dari segi mental. 
Riss bersyukur, kerana masih hidup dalam keadaan aman tanpa peperangan seperti yang belaku di Palastin. Terima Kasih Abang Kakak Frontliner yang menjaga Keselamatan dan kedaulatan negara sepenuh hati

Tingkatkan jati diri kita sebagai Rakyat Malaysia. Jangan terikut-ikut budaya luar yang boleh mengakibatkan hilangnya jati diri sebagai Rakyat Malaysia. Inilah yang dinamakan penjajahan secara mental. Bagi Riss, tak salah anda nak ambil budaya barat @ budaya luar dalam kehidupan harian. Namun, ambil sahaja budaya yang positif dan buangkan budaya yang negatif

Jika penjajahan secara fisikal dan mental dapat kita bendung, Insyaallah, Dengan izin Allah, Negara kita akan sentiasa aman damai sampai bila-bila

Selamat menyambut bulan Kemerdekaan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kisahrissaziela.com/2020/08/sempena-bulan-kemerdekaan-jom-tabik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Beli Barangan Malaysia Sempena Jualan Akhir Tahun Di Pg Mall

Kempen Beli Barangan Malaysia Sempena Jualan Akhir Tahun Di Pg Mall

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 247 hits
Kempen Beli Barangan Malaysia Sempena Jualan Akhir Tahun Di PG Mall Woot Woot Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut tahun baru Dan seperti satu kelaziman setiap tahun mesti ada jualan besar besaran seperti jualan akhir tahun B...
Mcdonald S Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara

Mcdonald S Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 263 hits
hai assalammualaikum McDonald s Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara Saban hari kes covid makin hari makin meningkat dan sebagai rakyat yang prihatin kita perlulah mengikut SOP yang dit...
Design Poster Jom Zikir Bersama Ittihad An Nur Malaysia

Design Poster Jom Zikir Bersama Ittihad An Nur Malaysia

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 309 hits
Design PosterJom Zikir Bersama Ittihad An Nur MalaysiaPertubuhan Kebajikan An Nur Malaysia Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat fotografi dan videografi website hosting domain atau lain lain ...
Malaysia Terlalu Kerdil Untuk Membuat Bantahan Siapa Yang Akan Pandang Hormat Utama Dan Tinggi

Malaysia Terlalu Kerdil Untuk Membuat Bantahan Siapa Yang Akan Pandang Hormat Utama Dan Tinggi

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 171 hits
KUALA LUMPUR Akaun Instagram milik pengadil perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 antara Harimau Malaya dan Vietnam Ryuji Sato dihujani komen negatif daripada netizen tanah air Dalam APA jua isu antarabangsa siapa pemimpin a...
5694 Mgnews 125 Ngo Desak Kerajaan Beri Moratorium Enam Bulan Kepada Rakyat Malaysia Gazette Tv 11 06 2021

5694 Mgnews 125 Ngo Desak Kerajaan Beri Moratorium Enam Bulan Kepada Rakyat Malaysia Gazette Tv 11 06 2021

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 386 hits
Kerajaan Perikatan Nasional didesak untuk memberikan moratorium selama enam bulan kepada semua rakyat Desakan itu diberikan 125 buah badan bukan kerajaan memandangkan kepada tekanan ekonomi yang kian menghimpit rakyat negara ini Artikel ole...
Mcdonald S Malaysia Hargai Warga Frontliner Perubatan

Mcdonald S Malaysia Hargai Warga Frontliner Perubatan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 289 hits
McDonald s Malaysia Hargai Warga Frontliner Perubatan Assalamualaikum dan hi semua Diharap semuanya sihat sihat dan ceria selalu ya Sebenarnya Sejak mco ni kan zaza dah lama juga tak makan McD sebab dekat bandar yang zaza tinggal sekarang i...
Senarai Penuh Bantuan Tambahan Kerajaan Sempena Lockdown Malaysia

Senarai Penuh Bantuan Tambahan Kerajaan Sempena Lockdown Malaysia

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 346 hits
Senarai penuh bantuan tambahan kerajaan sempena Lockdown Malaysia Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini merupakan hari pertama lockdown Malaysia Perintah kawalan pergerakan lebih ketat ini adalah selama 14 hari bermula 1 Jun 2021 seh...
5693 125 Ngo Desak Kerajaan Beri Moratorium Enam Bulan Kepada Rakyat Malaysia Gazette 11 06 2021

5693 125 Ngo Desak Kerajaan Beri Moratorium Enam Bulan Kepada Rakyat Malaysia Gazette 11 06 2021

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Perikatan Nasional didesak untuk memberikan moratorium automatik selama enam bulan kepada semua rakyat di negara ini Desakan itu diberikan 125 buah badan bukan kerajaan memandangkan kepada kesukaran meneruskan perniaga...
Setengah Juta Gay Di Malaysia

Setengah Juta Gay Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 160 hits
Dari Twitter BEBERAPA tahun yang lalu ketika saya bertugas membuat liputan di Zurich Switzerland terdapat perhimpunan sejuta umat gay berlangsung di ibu negara berkenaan Tarikh berkenaan juga bersamaan dengan tarikh wukuf di Padang Arafah b...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Lunch Di Kedai Makan Os Gerik Perak

Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi