Sempat Mengecapi Nikmat Bernikah Sebulan Pasangan Ini M4ut Dalam Kemalangan


Sempat Mengecapi Nikmat Bernikah Sebulan.. Pasangan Ini M4ut Dalam Kemalangan. Suami isteri yang ma ut dalam kemalangan di Rompin awal pagi tadi, sempat mengecapi nikmat perkahwinan genap sebulan sebelum terbabit dalam nah4s yang turut mengorbankan dua sepupu mereka.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi di Kilometer (KM) 131.20 Jalan Kuantan-Johor Bahru berdekatan Kuala Rompin menyebabkan pasangan suami isteri yang juga akauntan, Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi, 24, dan Nur Diana Afifah Hasnulhady, 24, serta adik beradik, Yasmin Afiqah Hazemi, 14, dan adiknya, Yasmin Aliah, 12, meningg4l dunia di tempat kejadian.
Menurut bapa Mohamad Syahmi Emir, Mohd Rawi Manab, 50, pasangan berkenaan bernikah pada malam 8 November lalu dan kebetulan kejadian kemalangan ma ut itu berlaku ketika genap sebulan mereka diijabkabulkan.
“Mereka berdua sebenarnya baharu lepas menghantar barang keperluan kepada adik bongsunya berusia 20 tahun di Politeknik Muadzam Shah sebelum singgah di Teluk Chempedak di Kuantan untuk bersiar-siar.
“Bagaimanapun ketika mereka mahu pulang semula ke Johor Bahru, kereta Perodua Viva yang dipandu anak saya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres. Sepatutnya saya yang perlu hantar barang berkenan, namun disebabkan ada kerja, dia yang terpaksa gantikan saya.
“Masa kejadian anak bongsu saya turut mengikuti abangnya untuk balik ke Johor Baharu tetapi menaiki kereta lain, ” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Rompin di sini hari ini.
Mohd Rawi berkata, ketika kejadian anak bongsunya ada mendengar bunyi dentuman yang kuat sebelum melihat ke cermin dan nampak kereta abangnya dilanggar oleh sebuah bas.
“Arwah yang juga anak sulung daripada tiga beradik seorang yang manja dan selalu makan bersuap walaupun sudah besar. Kami amat sedih sebab arwah baharu berkahwin dan barang perkahwinannya masih belum dikemas.
Terasa Kehilangan
“Kami sekeluarga amat merasai kehilangannya, dia adalah harapan keluarga. Sebelum kejadian dia juga tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.
Sementara itu, kakak kepada Nur Diana Afifah iaitu Nur Nadira Aifa berkata, adiknya berpesan supaya memadamkan laman sosial Facebook jika apa-apa berlaku kepada dirinya.
“Namun, kami sekeluarga tidak mensyaki apa-apa tetapi saya tidak sangka kejadian seperti ini berlaku kepadanya. Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini,” katanya.
Katanya lagi, adiknya yang juga anak ketiga daripada enam beradik itu sudah berkenalan dengan suaminya sejak 2017 sebelum melangsungkan perkahwinan sebulan lalu.
Sementara itu, ibu kepada dua kanak-kanak yang juga sepupu kepada Mohamad Syahmi Emir enggan ditemubual kerana terlalu sedih dengan kehilangan kedua-dua anaknya itu.
Semua mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Seri Pantai, Mersing dalam satu liang lahad petang tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor, berkata, pemandu bas berkenaan, Mohd Salleh bin Ghazali, 37, dan 30 penumpang tidak mengalami kecederaan.
“Siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu Mohamad Syahmi Emir dipercayai dalam perjalanan balik dari Teluk Chempedak di Kuantan untuk menghantar sepupu mereka ke Mersing, Johor sebelum balik ke Johor Bahru.
“Bagaimanapun sampai di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai bertembung dengan bas ekspres berkenaan yang menuju ke arah Kuantan,” katanya.
Sumber/Foto: Harian Metro
The post Sempat Mengecapi Nikmat Bernikah Sebulan.. Pasangan Ini M4ut Dalam Kemalangan! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/sempat-mengecapi-nikmat-bernikah-sebulan-pasangan-ini-m4ut-dalam-kemalangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Sedih Arwah Baharu Berkahwin Pasangan Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan

Kami Sedih Arwah Baharu Berkahwin Pasangan Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 603 hits
Kami sedih arwah baharu berkahwin Pasangan suami isteri maut dalam kemalanganPasangan suami isteri dan dua anak saudara mereka maut selepas Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspress hari ini Dalam kejadian jam 1...
Baru Sebulan Berkahwin Pengantin Baru Akhirnya Dijemput Illahi Bersama Sempat Titip Pesanan Terakhir

Baru Sebulan Berkahwin Pengantin Baru Akhirnya Dijemput Illahi Bersama Sempat Titip Pesanan Terakhir

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 480 hits
Ajal m ut tidak akan datang sesaat cepat ataupun lambat Segalanya telah tertulis untuk kita sebagai hamba Nya sejak kita di alam roh lagi Sepasang suami isteri hanya sempat mengecap hidup berumah tangga hanya untuk sebulan setelah Aaut dala...
7 Cara Pegangan Tangan Sama Pasangan Ini Menunjukkan Bagaimana Hubungan Kalian Berjalan Lho

7 Cara Pegangan Tangan Sama Pasangan Ini Menunjukkan Bagaimana Hubungan Kalian Berjalan Lho

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 970 hits
Pegangannya sama pasangan sendiri ya bukan sama pasangan orang lain p Kalau kamu favoritnya yang mana
Ikatan Cinta Mereka Diuji Rumah Pasangan Ini Hangus Terbakar Menjelang Resepsi Pernikahan

Ikatan Cinta Mereka Diuji Rumah Pasangan Ini Hangus Terbakar Menjelang Resepsi Pernikahan

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 372 hits
Meski semuanya hangus terbakar termasuk barang hantaran tapi harapan mereka untuk tetap membangun rumah tangga tak pupus begitu saja
Tim Jokowi Yakin Suara Pasangan Nomor 01 Meningkat 4 Bulan Mendatang

Tim Jokowi Yakin Suara Pasangan Nomor 01 Meningkat 4 Bulan Mendatang

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 241 hits
Waktu 4 bulan ini angkat 17 persen masa enggak bisa Kita memiliki banyak potensi Mulai dari kinerja Jokowi Daripada kita bicara hoaks menanggapi hoaks mereka Kami akan glorifikasi capaian kinerja kata Karding
Pasangan Kerap Bergaduh Selalunya Punyai Anak Lebih Ramai

Pasangan Kerap Bergaduh Selalunya Punyai Anak Lebih Ramai

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 344 hits
Mengapa situasi pertengkaran dikatakan perlakuan yang merapatkan hubungan hidup pasangan Selidiki tahap hubungan anda Bila kali terakhir anda bergaduh atau berselisih pendapat Tidak pernah Erm ada sesuatu yang pelik terjadi di sini Jika and...
Tak Perlu Risau Kalau Lambat Bertemu Dengan Jodoh Dari Tersalah Pilih Pasangan

Tak Perlu Risau Kalau Lambat Bertemu Dengan Jodoh Dari Tersalah Pilih Pasangan

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 389 hits
Jangan Risau Kalau Lambat Jumpa Jodoh Dari Tersalah Pilih Pasangan Memang menjadi isu yang hangat bila berbicara tentang kahwin Lebih lebih lagi melibatkan mereka yang masih belum melangsungkan perkahwinan Kita sedia maklum bahawa sebahagia...
2 Pasangan Lesbi Di Makassar Diciduk Saat Kumpul Dalam Indekos

2 Pasangan Lesbi Di Makassar Diciduk Saat Kumpul Dalam Indekos

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 249 hits
Keempat remaja perempuan itu berinisial AF masih berstatus pelajar Sm pengangguran NM juga masih pelajar dan NH pengangguran Dari pemeriksaan polisi keempatnya mengaku pasangan kekasih
Sesuaikan Diri Lepas Kahwin Dengan 10 Perkara Baru Ini Paling Penting Belajarlah Terima Pasangan Seadanya

Sesuaikan Diri Lepas Kahwin Dengan 10 Perkara Baru Ini Paling Penting Belajarlah Terima Pasangan Seadanya

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 394 hits
Sesuaikan Diri Lepas Kahwin Dengan 10 Perkara Baru Ini Paling Penting Belajarlah Terima Pasangan Seadanya Kehidupan ketika bercinta tentunya tidak sama dengan alam perkahwinan Ini kerana sebaik sahaja bergelar suami isteri pastinya banyak p...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula