Semoga Roh Gst Bersemadi Dengan Tenang


 
Pada 15  Oktober 2020

oleh Liew Chin Tong

Oleh Liew Chin Tong










(Ahli Dewan Negara, Pengarah Pendidikan Politik DAP dan Pengerusi DAP Johor)

Cakap-cakap tentang kembalinya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menjana pendapatan Kerajaan kembali kedengaran di celah-celah koridor kuasa. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya menyemadikan ‘arwah’ GST ini dengan menafikan bahawa pentadbirannya pernah mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula cukai terbabit.

Mana-mana kerajaan dengan akal sihat di Malaysia tidak akan mempersiakan sebarang modal politik terhadap sebuah persoalan yang telah dijawab dan diputuskan dengan jelas melalui peti undi. Salah satu topik penting sepanjang jalan menuju Pilihan Raya Umum ke-14 adalah soal GST.

Mana-mana kerajaan yang masih merasakan GST sebagai penjana pendapatan tidak belajar daripada sejarah dan tidak mempunyai kefahaman tentang faktor-faktor ekonomi yang menewaskan Barisan Nasional pada tahun 2018.

GST diumumkan di Parlimen pada Oktober 2013, selepas PRU ke-13 pada bulan Mei 2013, ketika Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2014. Pelaksanaan GST dijadual bermula pada 1 April 2015.

Para penyokong GST berhujah bahawa asas cukai Malaysia adalah terlalu kecil dan terlalu sedikit pula warganya – sekitar 16.5% – yang perlu membayar cukai pendapatan. Oleh yang demikian, dengan melaksanakan GST, mereka berharap untuk memperluaskan asas cukai itu, kerana semua orang perlu membayarnya setiap kali mereka membeli barang atau menggunakan perkhidmatan.

Sejak 2013, saya telah berhujah bahawa GST adalah cara yang salah untuk menangani masalah asas cukai yang kecil. Kenapa begitu sedikit rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan? Tentunya, ada antara mereka yang lari daripada membayar cukai. Namun, pihak berkuasa mempunyai perkakasan yang mencukupi untuk menangani hal tersebut.

Jadi kenapa begitu sedikit rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan? Jawapannya mudah sahaja: mereka terlalu miskin untuk membayar cukai. Pendapatan mereka tidak melayakkan mereka untuk membayar cukai.

Penyiasatan pendapatan isi-rumah Jabatan Statistik Malaysia yang terbaru menunjukkan bahawa; dengan mengambil kira potongan sedia ada, isi-rumah (bukan individu) dalam kumpulan B40 mempunyai pendapatan di bawah jumlah yang mewajibkan mereka membayar cukai.

Bagi memperkukuh hal ini, kita hanya perlu kembali kepada rasional dan pemikiran di sebalik pengenalan BR1M pada tahun 2012. Setelah Pakatan Rakyat ketika itu memberi tekanan politik, Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajukan idea tampalan untuk memberi 60% isi-rumah sedikit bantuan tunai sekali setahun.

BR1M adalah pengiktirafan bahawa 60% isi-rumah Malaysia tidak mempunyai pendapatan yang memuaskan.

BR1M adalah pengiktirafan bahawa 60% isi-rumah Malaysia tidak mempunyai pendapatan yang memuaskan.

Apabila digandingkan – hanya 16.5% rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan dan 60% isi-rumah dianggap miskin – adalah jelas bahawa GST, yang mencukai penggunaan pada kadar rata, adalah langkah yang salah untuk menangani masalah yang salah.

Pengenalan GST adalah seperti kerajaan membayar BR1M/BSH dengan tangan kanan kepada 60% isi-rumah berpendapatan rendah, dan kemudian menggunakan tangan kiri untuk mengutip kembali lebih banyak lagi, berkadaran dengan pendapatan kumpulan ini.

Pakar ekonomi Malaysia sepatutnya sudah memahami bahawa GST adalah cukai regresif. Keluarga-keluarga miskin dan berpendapatan rendah-sederhana membayar lebih banyak cukai GST berkadar dengan pendapatan mereka berbanding golongan yang lebih kaya.

GST dan cukai-cukai penggunaaan lain secara amnya telah terbukti mengakibatkan kejatuhan serius dalam konsumsi selepas ia diperkenalkan, paling tidak buat sementara waktu. Di bahawa pentadbiran mantan Perdana Menteri Shinzo Abe, Jepun menaikkan cukai penggunaannya sebanyak dua kali. Setiap kali ia dinaikkan, wujud kejatuhan teruk dalam penggunaan dan justeru peningkatan cukai penggunaan itu mengancam pertumbuhan yang sudah sedia rapuh.

GST menjadi jalan singkat politik terhadap ketiadaan empati Najib di mata pengundi disebabkan beberapa faktor ekonomi: pertama, harga minyak dan komoditi yang menjunam sejak Oktober 2014 sehingga 2016; Najib mengikut beberapa idea neo-liberal yang tidak bernas untuk memotong peruntukan belanjawaan pada 2015 dan 2016 ketika ekonomi menerima impak hebat akibat kejatuhan harga minyak, memburukkan lagi kemarahan dan penderitaan orang ramai; dan GST diperkenalkan pada April 2015. Demikian kombinasi faktor ekonomi yang membantu kekalahan Najib pada 2018. Ringkasnya, GST adalah cukai yang membunuh angsa emas penggunaan.

Apa yang patut dilakukan kerajaan? Kerajaan patut mencuba untuk menstruktur semula model ekonomi supaya dalam tempoh sepuluh tahun, sekurang-kurangnya 60% isi-rumah Malaysia akan memperoleh pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan mereka membayar cukai pendapatan.

Ini bermakna bahawa kita mesti mencipta pekerjaan dengan bayaran gaji yang lebih baik. Ini juga bermakna kita perlu mencipta sektor yang mencipta pekerjaan dengan gaji yang lebih baik. Ini bererti kita perlu mengurangkan bahagian buruh tidak terlatih dan bergerak ke arah automasi dan peningkatan tekonologi supaya dengan kadar buruh rendah tetapi lebih berkemahiran, setiap pekerja dibayar lebih tinggi.

Ini adalah soal mencipta masyarakat kelas pertengahan dengan pekerjaan dan gaji yang selayaknya.

Dari sudut pandang pendapatan kerajaan, pertamanya tahun 2020 ialah tahun yang salah untuk mana-mana kerajaan menumpukan kepada usaha meningkatkan pendapatan. Dunia sedang mendepani krisis kesihatan, politik dan ekonomi yang belum pernah disaksikan sejak kemelut Great Depression dan Perang Dunia Kedua.

Dan pada tahap ini, kadar faedah serta kos meminjam adalah rendah.

Apa yang patut dilakukan kerajaan sekarang ialah merentas lantai Parlimen dan mendapatkan konsensus dwi-partisan bagi pelaburan jangka panjang seperti infrastuktur hijau yang akan menghasilkan peluang pekerjaan, dengan jaminan tiada unsur rasuah atau ketirisan. Kerajaan kemudian boleh menaikkan defisit dengan konsensus dwi-partisan untuk meminjam bagi pelaburan-pelaburan tersebut ke arah masa depan negara yang akan mencipta pekerjaan segera bagi menangani krisis pekerjaan.

Bagi jangka masa panjang, terdapat begitu banyak alternatif kepada GST dan cukai penggunaan secara amnya. Contohnya dengan mewujudkan kadar cukai baharu yang lebih tinggi untuk golongan berpendapatan 1-2% tertinggi, supaya mereka berapa pada takat kadar marjin yang lebih tinggi berbanding profesional kelas pertengahan. Hari ini, kadar marjinal ke atas pendapatan melebihi RM100,000 setahun ialah 21%, manakala untuk pendapatan melebihi RM1,000,000 setahun pula ialah 28%. Untuk perbandingan, untuk pendapatan melebihi RM50,000 setahun, kadarnya ialah 8%. Ini menunjukkan bahawa kelas pertengahan memikul beban cukai yang tidak seimbang.

Wujud juga ramai pelabur asing di Malaysia yang menikmati pengecualian cukai bertahun-tahun lamanya, yang selalunya merugikan industri tempatan bersaiz kecil dan sederhana. Ada antaranya yang tidak lagi berhak diberi pengecualian cukai kerana tidak lagi merupakan perintis. Menteri Kewangan boleh memberitahu syarikat-syarikat asing ini bahawa untuk terus menikmati pengecualian cukai, mereka perlu mengadakan perjanjian baharu: syarikat-syarikat ini perlu melabur secara serius untuk peningkatan teknologi dan produktiviti, bagi mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia, dan membayar gaji yang lebih baik. Jika tidak, pengecualian cukai mereka akan diakhiri secara beransur-ansur.

Pada akhirnya, jika syarikat-syarikat mengaut keuntungan dan rakyat Malaysia bekerja dengan cemerlang, apabila kita mempunyai 60% kelas pertengahan yang layak membayar cukai pendapatan, akan wujud satu kitaran yang baik untuk seluruh rakyat Malaysia.

Saya benar-benar berharap supaya ‘roh’ GST ini boleh bersemadi dengan tenang dan pemikir ekonomi Malaysia akan dapat menyedari kedangkalan yang dikaitkan dengan GST sepanjang dekad lalu. Sudah terlalu banyak masa dibuang sia-sia hanya kerana mereka yang berkuasa dan ramai ahli ekonomi gagal memahami bahawa cabaran asas yang dihadapi negara ini ialah kitaran gaji rendah, kemahiran rendah, kurangnya penggunaan teknologi dan rendahnya produktiviti. 


 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/semoga-roh-gst-bersemadi-dengan-tenang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tenang Yang Penting Muhyiddin Semakin Menuju Kejatuhannya

Tenang Yang Penting Muhyiddin Semakin Menuju Kejatuhannya

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 244 hits
Segala yang dirancang nampaknya berjalan seperti yang diatur Pagi semalam Anwar Ibrahim mengadap Agong untuk mempersembahkan bukti sahih mengenai jumlah sokongan Ahli Ahli Parlimen yang dimilikinya untuk membentuk sebuah kerajaan baru Bukti...
Tarik Nafas Istighfar Tenang Pegang 3 Kunci Ni Anak Menangis Berguling Kita Ok

Tarik Nafas Istighfar Tenang Pegang 3 Kunci Ni Anak Menangis Berguling Kita Ok

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 277 hits
Pernah tak kita hadapi anak mengamuk menangis menumbuk lantai macam boboboi Berguling di shopping mall Menangis sampai tak ingat Biasa mak ayah masa anak ni mengamuk macam tu Kita punya otak bahagian emosi pun mulalah macam ada api membara ...
Pas Jelas Dan Tenang Dalam Pendirian Perkukuhkan Muafakat Nasional Dan Pertahankan Pn

Pas Jelas Dan Tenang Dalam Pendirian Perkukuhkan Muafakat Nasional Dan Pertahankan Pn

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 282 hits
Ketika situasi politik negara dilihat tidak menentu dengan pelbagai perkembangan berlaku dari semasa ke semasa PAS memberi gambaran mereka kini kekal tenang Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata buat masa ini pendirian PAS teta...
Rock Garden Camping Resort Port Percutian Yang Tenang Amp Mendamaikan Di Gopeng Perak

Rock Garden Camping Resort Port Percutian Yang Tenang Amp Mendamaikan Di Gopeng Perak

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 785 hits
Siapa yang tidak suka dengan percutian di tengah tengah kehijauan alam semulajadi sambil dapat mendengar bunyi deruan air sungai yang cukup menenangkan jiwa Jika anda antara golongan yang gemar dengan jenis percutian mesra alam begini anda ...
Didiskualifikasi Kpu Ogan Ilir Paslon Petahana Ilyas Endang Minta Pendukung Tenang

Didiskualifikasi Kpu Ogan Ilir Paslon Petahana Ilyas Endang Minta Pendukung Tenang

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 175 hits
Calon bupati dan wakil bupati Ilyas Panji Alam dan Endang Putra Utama mengajukan gugatan ke Mahkamah Agung setelah didiskualifikasi oleh KPU Ogan Ilir Mereka juga meminta pendukungnya tidak terprovokasi
Tenang Tiada Perhimpunan Esok

Tenang Tiada Perhimpunan Esok

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 153 hits
KENYATAAN MEDIA 12 Oktober 2020 TENANG TIADA PERHIMPUNAN ESOK Esok Selasa 13hb Oktober 2020 YB Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong di Istana Negara Semua anggota KEADILAN adalah diarah tidak...
Tunggu Hasil Pertemuan Anwar Agong Dengan Tenang

Tunggu Hasil Pertemuan Anwar Agong Dengan Tenang

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 358 hits
Semua pihak perlu menunggu saat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang Dipertuan Agong dengan penuh ketenangan kata Datuk A Kadir Jasin dalam tulisan di facebook beliau Bekas Penasihat Media kepada Perdana Menteri Tun Dr Maha...
Bila Isteri Kuat Membebel Di Rumah Suami Kena Tenang Bukannya Sama Naik Beremosi

Bila Isteri Kuat Membebel Di Rumah Suami Kena Tenang Bukannya Sama Naik Beremosi

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 477 hits
Setiap pasangan yang berkahwin tidak akan bahagia setiap masa ada ketikanya dilanda ujian seperti letusnya Perang Dunia Kedua Namun jauh di dasar hati seorang isteri dia inginkan yang terbaik dalam hubungan Setiap rumah tangga pasti ada pas...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah