Semoga Kita Mendapat Tempat Terpuji
Kajian Ustaz Adi Hidayat
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا.وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا.وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
Yang bermaksud: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku”,Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
(Al-Isra’ 17: 79-81)
4 Kelebihan Tahajud Berdsarkan Dalil di Atas:
1. Allah S.W.T. akan memudahkan pekerjaannya.
Yang bermakna, dia akan dimudahkan dalam melakukan kerja seharian. Sebagai contoh, dia akan mudah untuk dinaikkan pangkat di jabatannya sementara orang lain pula akan bersetuju dan suka untuk menjadi pekerja bawahannya. Iaitu dia diangkat kedudukannya dengan disukai bukannya dengan dibenci dan iri hati oleh sesetengah orang. Kelebihan ini adalah berdasarkan maksud ayat:
مَقَامًا مَحْمُودًا(Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji)
2. Dibimbing oleh Allah Ta’ala di dalam urusannya.
Sebagai contoh, dibimbing Allah semasa bekerja, dibimbing Allah semasa berumah tangga, dibimbing semasa menghadapi masalah dan juga dalam kehidupan seharian. Kelebihan ini pula berdasarkan terjemahan ayat:
رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ
(Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia)
3. Diberikan jalan penyelesaian yang terbaik ketika menghadapi masalah.
Iaitu apabila ditimpa masalah, Allah akan membimbing anda ke jalan penyelesaian yang terbaik. Tetapi hanya didaptkan oleh para hamba-Nya yang solat tahajjud sahaja. Kelebihan ini adalah berdasarkan terjemahan ayat
وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
(Keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia)
4. Jika diganggu dalam hidupnya, Allah akan menolong tanpa perantaraan.
Kerana kelebihan keempat bagi orang yang bangun tahajjud adalah:
وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
(Dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku)
Contoh yang terbaik adalah, jika anda hendak mengelakkan diri anda daripada disihir oleh orang lain, bangun di akhir malam untuk tahajud adalah cara yang terbaik untuk mendapat perlindungan-Nya. Kerana Allah adalah sebaik-baik pelindung. Sebagaimana firman Allah:
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
“Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Dialah sebaik-baik pelindung “.
copy sedikit daripada (http://malayajournal.com)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ustazcyber.com/2018/11/semoga-kita-mendapat-tempat-terpuji.html