Semoga Cerah Masa Depan Najib


 
SEMOGA CERAH MASA DEPAN NAJIB

25 October 2024

Petang semalam, bekas Perdana Menteri yang kini dipenjarakan,  Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berhubung salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Permohonan maaf secara terbuka itu dibacakan anaknya, Mohamad Nizar Najib yang juga merupakan Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang di perkarangan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Permohonan maaf semalam itu menyusul hanya enam hari sebelum Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sama ada Najib perlu membela diri atau tidak berhubung empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, akan memutuskan pada 30 Oktober ini sama ada untuk memanggil Najib membela diri atau membebaskannya daripada pertuduhan berkenaan.

Di sebalik memohon maaf itu, Najib bagaimanapun kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

Menurut kenyataan itu, Najib memberitahu beliau berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan berlaku dalam 1MDB ketika berada bawah pengawasan beliau sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu.

“Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Najib menambah, setelah menjalani hukuman penjara selama 26 bulan yang dijalaninya ketika ini berikutan disabitkan kesalahan menyalahgunakan RM42 juta dana milik SRC International (SRC) dan susulan pelbagai perkembangan signifikan berkaitan 1MDB, beliau terpanggil untuk membuat kenyataan maaf ini.

Najib kemudian memetik artikel yang diterbitkan The Edge awal bulan ini, yang menunjukkan bagaimana Jho Low dan dua eksekutif Petrosaudi, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid berpakat untuk menyelewengkan dana 1MDB.

“Perbicaraan mahkamah baru-baru ini, sabitan kes terhadap eksekutif PetroSaudi di mahkamah Switzerland dan artikel terkini diterbitkan media (The Edge) yang berdasarkan analisis mereka terhadap kes itu serta e-mel dalaman PetroSaudi, sekali lagi membuktikan saya bukanlah dalang dan tidak bersubahat dengan Jho Low untuk menyeleweng dana 1MDB,” dakwanya dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Najib mendakwa bahawa rumusan daripada artikel diterbitkan itu menyatakan PetroSaudi serta Jho Low bersubahat untuk memperdayakan beliau.

“Saya tidak sedar PetroSaudi telah mengalihkan dana 1MDB dan saya tidak langsung mengetahui bahawa saya telah menerima wang daripada dana yang telah dihantar oleh 1MDB kepada PetroSaudi.

“Walaupun sukar bagi sesetengah pihak untuk memahami, saya telah dinasihati dan dengan jujur mempercayai pada masa itu bahawa dana yang saya terima adalah sumbangan politik daripada Kerajaan Arab Saudi sepertimana yang telah dinyatakan dalam prosiding mahkamah bahawa memang terdapat dua sumbangan besar yang disahkan pada 2010 diterima daripada Kerajaan Arab Saudi, iaitu sumbangan tersebut tidak pernah menjadi subjek dalam mana-mana prosiding jenayah ataupun sivil,” dakwanya.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu menambah, apabila berlaku kebimbangan dan pelbagai pihak mula mempersoalkan apa yang berlaku dalam 1MDB, beliau sepatutnya mengambil tindakan yang berbeza. 

“Saya telah mengarahkan pelbagai siasatan dijalankan, namun saya cenderung untuk mempercayai ulasan oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan 1MDB. 

“Apabila saya mula curiga tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam 1MDB, kebimbangan utama saya adalah kepada usaha memulihkan kedudukan kewangan dan risiko yang ditimbulkannya terhadap hubungan diplomatik dua hala pada peringkat tertinggi,” katanya.

Najib mendakwa lagi, beliau telah dihukum dari segi politik walaupun dengan jelas, dirinya bukanlah dalang pada segala penyelewengan dalam 1MDB dan tidak pernah sekali pun bersubahat dengan Jho Low.

“Justeru, saya tidak sepatutnya menjadi mangsa dari segi undang undang. 

“Saya masih lagi terkejut apabila mengetahui kepincangan dan perbuatan tidak bermoral serta pelanggaran undang-undang yang berlaku di 1MDB. 

“Saya amat kesal dengan apa yang telah berlaku di SRC International Sdn Bhd (SRC) dan juga di 1MDB.

“Adalah tidak adil kepada saya dan saya berharap serta berdoa agar proses keadilan akan memihak kepada saya dan membuktikan saya tidak bersalah,” katanya.

Semoga Najib diberi keadilan yang sewajarnya pada 30 Oktober ini. – ShahbudinHusin 25Oktober2024.

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/semoga-cerah-masa-depan-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azlan Komeng Mungkin Lumpuh Risau Fikir Masa Depan Isteri Anak Anak

Azlan Komeng Mungkin Lumpuh Risau Fikir Masa Depan Isteri Anak Anak

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 105 hits
Pelakon Azlan Komeng berkata dirinya berisiko lumpuh sekiranya kaki kirinya tidak menerima rawatan dengan baik Memetik portal Kosmo pelakon berusia 45 tahun itu berkata kakinya juga memerlukan masa sehingga enam bulan untuk sempuh serta bim...
Jenayah Tetap Jenayah Permohonan Maaf Najib Tiada Makna

Jenayah Tetap Jenayah Permohonan Maaf Najib Tiada Makna

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 109 hits
Permohonan maaf Najib Razak dalam isu skandal 1MDB tidak memberikan sebarang makna kerana ia telah diputuskan oleh mahkamah kata DAP Ini bukan soal terima apa apa permohonan maaf Dengannya atau tidak jenayah tetap jenayah dia telah pun disa...
I Accept Najib S 1mdb Apology Says Anwar

I Accept Najib S 1mdb Apology Says Anwar

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 260 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim has appeared to welcome the apology issued by former prime minister Najib Razak over the 1MDB scandal I accept it he told reporters here after Friday prayers when asked to comment on the apology issued by Najib ...
Why The Middle And Working Class Should Support Anwar S Decision On Najib S Fate Either Way

Why The Middle And Working Class Should Support Anwar S Decision On Najib S Fate Either Way

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 157 hits
Considering that Anwar himself is willing to release his main competitor likely for the sake of preserving a reign that looks quite determined to institute significant economic reforms I don t see why we should have a problem consenting to ...
Najib S Apology The Confession Of A Third World Boss

Najib S Apology The Confession Of A Third World Boss

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 135 hits
That many of his supporters want him to be released despite knowing that Najib treated his personal wealth the wealth of the nation and the wealth of the people like they were all one and the same is also an indication that they likely see ...
Anwar Dan Permohonan Maaf Najib

Anwar Dan Permohonan Maaf Najib

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 111 hits
Mohsin AbdullahApa yang dimaksudkan Anwar dengan berkata demikian dan mengapa berkata demikian dengan cara demikian Macam nilah senang cerita Ramai orang syak RUU yang bakal dibentangkan di Parlimen tahun depan ialah bagi meringankan lagi h...
Negara Tetap Tanggung Kerugian Walau Najib Mohon Maaf Amk

Negara Tetap Tanggung Kerugian Walau Najib Mohon Maaf Amk

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 85 hits
Pemuda PKR menegaskan tindakan tegas berlandaskan prinsip undang undang perlu terus diambil walaupun dengan permohonan maaf bekas perdana menteri Najib Razak atas skandal 1MDB Pemuda PKR berkata permohonan maaf itu tidak akan memulihkan ker...
Terbaru Bukti Najib Razak Bukan Dalang Kepada Penyelewengan 1mdb

Terbaru Bukti Najib Razak Bukan Dalang Kepada Penyelewengan 1mdb

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 168 hits
KENYATAAN DATO SRI NAJIB RAZAK1 Sepanjang saya menjalani hukuman penjara selama 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan terkini yang signifikan berkaitan dengan 1MDB saya terpanggil untuk membuat kenyataan berikut 2 Pertama sekali setiap...
Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Pizza Kuali Simple Mudah Dan Sedap

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Rezeki Pagi Jumaat Yang Indah

Jovita Pearl Duri Di Hati Chord

Dilaa Asri Sia Sia Chord

Sibuk Kerja Tetap Tak Cukup

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

H Rsk Ldpaddan Och Den F Rlorade Skatten En Mystisk Saga Om Gl Dje Beg R Och Det