Semoga Bulan Julai Lebih Bermakna
kredit https://www.miszrockers.com/
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Agar lama Naim tak menulis dalam blog tersayang ini. Kerana ada hal-hal sangat mustahak hendak di selesaikan. Alhamduillah Jumaat yang berkah ini kita bertemu kembali.
Terasa cepat kan , Baru minggu lepas kita baru menyambut Hari Raya Aidil Adha. Yang mana sahabat-sahabat yang melakukan ibadah Qurban. Kita berdoa kepada Allah menerima segala amalan qurban ini. Insha Allah.
Naim berharap, pada bulan Julai ini dapat kembali aktif di dalam blog tersayang ini. Agar lama blog ini tidak kemas kini dengan entri-entri terbaharu daripada Naim sendiri. Dan tidak lama lagi , Kedah bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri. Dan situasi ini pasti menarik jika ada isu-isu semasa dapat di utarakan di dalam blog tercinta ini. Insha Allah.
Naim melihat keadaan sekarang dan suasana masyarakat di luar sana lebih mencabar . Macam hendak menyendiri daripada dunia fana ini dan duduk kawasan pendalaman yang tiada hubungan dengan manusia. Hidup di sini ibarat asap toksik merebak dan menyebabkan kita terasa sakit. Asbab lama Naim tidak menulis di dalam blog tercinta ini. Hidup kena di teruskan agar kehidupan kita tidak tersesat dan halai akibat dunia sedang mengejar kita di belakang.
Hanya doa dan solat adalah 'healing' terbaik bagi diri Naim sendiri. Kerana setipa ujian yang mendatang adalah tarbiyyah daripada Allah kepada HambaNYA. Sesungguhnya Naim redha kepada semua ini. Tidak boleh meragui Qada dan Qadar Allah sendiri. Di luar sana, ramai manusia bermuka-muka persis mengkarung , kerana mengkarung boleh merubah warna di badannya sendiri.
Semoga kita bertemu lagi pada entri yang mendatang, Jangan lupa banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad, agar Nabi Muhammad mengenali kita di akhirat kelak. Insha Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pemudattbc.blogspot.com/2023/07/semoga-bulan-julai-lebih-bermakna.html