Semoga Anak Ini Tabah Menghadapi Ujian Dari Nya
Bukan mudah untuk menghadapi saat-saat pemergian orang yang disayangi namun itu yang harus ditempuhi seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru di Kuala Kangsar
Rakaman video Muhamad Haikal Iskandar, yang menatap wajah arwah ayahnya buat kali terakhir sebelum menduduki peperiksaan Sejarah Kertas Dua yang tular hari ini, nyata meruntun hati netizen.
Dia dilihat menangis menatap jenazah bapanya yang tiba di pekarangan dewan peperiksaan sebelum menduduki SPM.
Situasi itu dikongsi pengguna Facebook yang juga guru kaunseling di sekolah tersebut Cikgu Badariah Mohd Mohaidin.
“Menghampiri pukul 10 pagi untuk peperiksaan Sejarah Kertas 2. Van jenazah singgah ke sekolah. Seorang ayah yang sudah tidak bernyawa dibawa berjumpa anak buat kali terakhir.
“Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Muhammad Haikal Iskandar untuk menjawab SPM (SMK Simpang Beluru),” tulis Cikgu Badariah dalam hantarannya.
Kuala Kangsar: Suasana hiba menyelubungi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru, di sini, apabila van jenazah yang membawa jasad bapa kepada seorang Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah itu memasuki perkarangan sekolah, hari ini.
Video detik itu sempat dirakam guru bimbingan dan kaunseling sekolah Badariah Mohd Mohaidin yang memaparkan pelajar berkenaan diberi kesempatan menatap wajah bapanya yang sudah tidak bernyawa buat kali terakhir sebelum tular di media sosial.
Badariah berkata, jenazah bapa kepada Muhammad Haikal Iskandar Zamry, 18, itu dibawa ke sekolah atas cadangan ibu pelajar terbabit memandangkan peperiksaan kertas mata pelajaran Sejarah yang dihadapi tidak memungkinkan Muhammad Haikal Iskandar menatap jenazah bapanya itu.
Katanya, bapa pelajar itu pada mulanya koma ketika dirawat di Hospital Taiping sejak kelmarin akibat komplikasi buah pinggang, hati selain jangkitan kuman dalam darah namun pelajar terbabit tidak berpeluang menziarahi arwah disebabkan prosedur operasi standard (SOP) mengekang wabak Covid-19.
"Arwah meninggal dunia semalam namun baru hari ini jenazah dibenarkan keluar dari hospital untuk dikebumikan. Bagaimanapun Haikal (Muhammad Haikal Iskandar) tetap ingin menduduki kertas hari ini walaupun sedia tahu ayahnya sudah tiada.
"Ketibaan van jenazah ke sekolah sememangnya untuk beri peluang kepada Haikal menatap wajah arwah buat kali terakhir memandangkan peperiksaan yang didudukinya sehingga petang.
"Jika Haikal balik rumah untuk menghadiri pengebumian ayahnya memang tidak sempat, bahkan Haikal terlewat 20 minit berbanding calon lain yang sudah masuk menduduki kertas Sejarah 2 ketika menghabiskan masa menatap arwah bapanya itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, sebelum ketibaan van jenazah itu, Haikal ditenangkan guru-gurunya yang melihat dia menangis tanpa henti pada waktu rehat selain menyediakan bilik khas bagi dia bertenang dan melepaskan emosinya yang tidak begitu stabil.
Beliau berkata, Haikal yang mengikuti aliran Sains Kemanusiaan adalah anak sulung dari tiga beradik dengan latar belakang keluarganya adalah dari keluarga kurang berkemampuan ~ MyMetro
Video berdurasi selama 58 saat menggunakan lagu ‘Salam Terakhir’ nyanyian Allahyarham Sudirman itu sememangnya mengundang reaksi sedih netizen.
Video berkenaan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/semoga-anak-ini-tabah-menghadapi-ujian.html