Semoga Allah Lapangkan Kubur Pak Cik Lelaki Tua Pernah Tular Tinggal Di Reban Ayam Meninggal Dunia
Kisah sedih seorang warga emas yang tinggal di reban ayam pada bulan Ramadan lalu, pernah tular dan mendapat perhatian ramai.
Dalam keadaan ruang yang rendah dan sempit, di situlah tempat tinggalnya, berpanas dan berhujan tanpa pernah merungut.
Namun, menerusi perkongsian terbaharu oleh aktivitis kebajikan, Puan Natipah Abu, Pak Cik berkenaan telah pulang menghadap Pencipta setelah dua bulan diselamatkan.
Tiba-tiba pergi buat selamanya
Genap dua bulan kita menyantuni dia … Pak Cik yang selama ini sihat walafiat , tiba-tiba pergi buat selamanya petang tadi setelah terjatuh dan tidak sedarkan diri di kedai di kawasan flatnya.
Selama dua bulan tinggal di sana, Pak Cik sangat disayangi penduduk flat. Sifat penyayang dan pembersihnya menyebabkan Pak Cik disenangi semua pihak.
Selama ini juga, kita memberi izin untuk Pak Cik makan apa saja di sebuah restoran berhampiran dengan bilnya ditanggung kita dan dibayar terus kepada restoran selain menyediakan barang-barang kering dapur.
Sedih sekali bila Pak Cik pergi secara tiba-tiba sedangkan kita belum puas menyantuni arwah. Apapun .. semoga apa yang kita usahakan utk Pak Cik selama ini, sedikit sebanyak membawa sinar kebahagiaan di saat-saat terakhir penghujung usia arwah hendaknya.
Sehingga malam ini .. jenazah Pak Cik masih di hospital kerana masalah dokumen peribadi. InshaAllah esok, jenazah akan dibawa keluar untuk urusan pengkebumian setelah dokumen disediakan.
Di pihak kita .. telah memutuskan agar jenazah Pak Cik diuruskan oleh pihak masjid di tempat Pak Cik pernah tinggal sebelum kita bawa berpindah dulu. Alhamdulillah. .. pihak masjid juga setuju membantu.
Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa Pak Cik dan tempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman…
Pak Cik dalam kenangan
Selamat berpulang ke alam abadi Pak Cik … Semoga Allah ampuni segala dosa Pak Cik … Semoga Allah lapangkan kubur Pak Cik … Semoga Allah tempatkan Pak Cik di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnnn …
”Inilah sahaja yang termampu dari kami semua Pak Cik. Maafkan segala salah-silap kami andai ada yang terlebih dan terkurang selama kami menyantuni Pak Cik dan untuk perjalanan terakhir Pak Cik hari ini, ya Pak Cik..”
AlFatihah.
The post “Semoga Allah Lapangkan Kubur Pak Cik,” Lelaki Tua Pernah Tular Tinggal Di Reban Ayam Meninggal Dunia appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/semoga-allah-lapangkan-kubur-pak-cik-lelaki-tua-pernah-tular-tinggal-di-reban-ayam-meninggal-dunia/