Semenyih Antara Malaysia Baru Dan Penyatuan Ummah


Haspaizi Zain 
   
ULASAN | Kehangatan cuaca masih belum mampu menghangatkan lagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berbaki kira-kira seminggu saja lagi sebelum 54,471 pengundi berdaftar membuat keputusan siapa wakil rakyat baru mereka

Tumpuan pastinya kepada dua parti dominan membabitkan Pakatan Harapan (PH) yang mempertaruhkan Muhammad Aiman Zainali bagi mempertahankan kerusi berkenaan, manakala Zakaria Hanafi dipertaruhkan BN bagi merebut kembali kerusi tersebut,
Secara asasnya, Semenyih menggambarkan "wajah Malaysia" yang mana pengundi DUN berkenaan membabitkan tiga kaum utama iaitu pengundi Melayu 69.2 peratus, Cina 16.8 peratus, dan India 13.3 peratus serta lain-lain, 0.7 peratus

Statistik ini menunjukkan bahawa Melayu menjadi undi penentu kepada kemenangan calon yang bertanding dalam PRK DUN Semenyih kali ini

Meskipun PH sebelum ini melalui Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 8,964 undi, namun ia bukan jaminan untuk parti kerajaan itu kembali menguasai kerusi berkenaan

Sebaliknya, peluang 50-50 antara PH dan BN untuk memenangi kerusi itu, dan tidak keterlaluan jika dikatakan BN mempunyai sedikit kelebihan jika dibandingkan PH

Faktor calon antara indikator pertama yang menjadi tarikan kepada pengundi di Semenyih, calon BN Zakaria dengan latar belakang sebagai anak tempatan, apatah lagi datang daripada keluarga yang cukup dikenali masyarakat di Semenyih, khususnya Beranang

Zakaria sememangnya cukup dikenali dalam masyarakat, bagi golongan yang berusia calon BN itu yang aktif di surau bukan asing bagi mereka

Berbanding Muhammad Aiman, anak muda yang masih ketandusan pengalaman dalam dunia politik dan bersandarkan sokongan yang dibawa bekas wakil rakyat kawasan itu sebelum ini

PRK DUN Semenyih amat penting bagi PH dan BN khususnya Umno. PH mahu menjadikan Semenyih sebagai bukti bahawa mereka masih lagi relevan dan "disayangi" rakyat

Umno pula mahu meneruskan rentak kemenangan untuk terus mencipta momentum kebangkitan parti itu

PH sedar langkahnya di Semenyih tidak semegah beberapa siri PRK yang dimenangi parti itu sebelum ini, malah kemenangan di Semenyih juga amat penting kerana calon yang bertanding mewakili parti yang dipengerusikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad

Menyedari kesukaran untuk memenangi kerusi DUN Semenyih dalam PRK yang cukup penting itu, Mahathir terus melancarkan perang psikologi apabila mendakwa PAS tidak menyokong Umno di Semenyih dan PAS terperangkap dengan permainan politik Mahathir

Memecahkan tembok kerjasama Umno-PAS adalah penting untuk PH jika ingin menguasai DUN Semenyih, ketika sentimen masyarakat Melayu, Islam tidak memihak kepada PH sebaliknya teruja kepada usaha penyatuan ummah yang digerakkan parti pembangkang itu

Cameron hasil sulung kerjasama Umno-PAS

Kemenangan BN pada PRK Parlimen Cameron Highlands sebelum ini membuktikan, kerjasama Umno-PAS telah membuahkan hasil sulung dan ia perlu disekat PH jika ingin terus menguasai negara

Bagaimanapun tempo BN di Semenyih sedikit tempang selepas PAS terperangkap dengan permainan politik Mahathir, meskipun parti Islam itu menggerakkan jenteranya di peringkat akar umbi

Di Semenyih, khususnya orang Melayu masih meragui keupayaan PH untuk membela nasib mereka dan Islam. Apatah lagi beberapa insiden dan bantuan yang disediakan kerajaan BN sebelum ini ditarik balik di bawah pentadbiran PH

Kegagalan kerajaan PH menunaikan janji-janji manifestonya seperti diharapkan masih "menghantui" pengundi di Semenyih termasuk anak muda

Kos sara hidup masih belum dapat diturunkan dan ditambah lagu dengan beberapa keputusan dan tindakan kurang bijak dilakukan menteri

Kemelut dalaman PH dengan krisis kepemimpinan yang bertiup kencang dalam masa terdekat ini, ia "diakui" dengan beberapa tindakan Mahathir mengurangkan lagi keyakinan rakyat terhadap keupayaan parti pemerintah itu

Jadi, tidak mustahillah apabila kehadiran bekas Perdana Menteri, Najib Razak mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Melayu khususnya. PH tidak boleh beranggapan bahawa kehadiran Najib tidak mempengaruhi pengundi di Semenyih

Semenyih walaupun dianggap sebagai kawasan kampung, namun harus diingat di dalamnya ada banyak pusat pengajian tinggi yang sekali gus menjadikan masyarakatnya juga turut berilmu dan bermaklumat

Dijangkakan lebih 80 peratus pengundi Melayu memihak kepada BN, dan 90 peratus pengundi bukan Melayu masih bersama PH

Berdasarkan ramalan awal dengan jangkaan 74 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab 2 Mac nanti, BN dijangka akan memperoleh kemenangan tipis dengan majoriti lebih 200 undi

Bagaimanapun, parti-parti yang bertanding masih mempunyai masa yang cukup untuk meraih dan mempengaruhi pengundi agar menyokong calon mereka

Di pihak BN pula, jika calon mereka berjaya merampas kembali kerusi DUN berkenaan, ia satu petanda cukup baik bahawa rakyat khususnya pengundi Melayu bersama dengan mereka

Ia juga memberi isyarat jelas bahawa penyatuan ummah melalui kerjasama Umno-PAS adalah satu keputusan tepat

Di pihak PH, jika tewas dalam PRK kali ini ia menandakan protes jelas rakyat menolak "Malaysia Baru" yang gagal menunaikan segala janji yang ditaburkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu

*HASPAIZI ZAIN ialah wartawan portal ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/semenyih-antara-malaysia-baru-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Penyatuan Umat Dan Malaysia Baru

Antara Penyatuan Umat Dan Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 515 hits
YANG MANA SATU PILIHAN DIHATI PENDUDUK SEMENYIH MALAYSIA BARU ATAU PERPADUAN UAMAT DI SEMENYIH JIKA BN MENANG TU TANDA MELAYU ISLAM SUDAH BERSATU JIKA P H MENANG TU TANDA MELAYU ISLAM DAH BERPECAH DAN MELINGKUP MALAYSIA BARU MANA BOLEH CERA...
Airport Baru Sanggup Dibina Hanya Untuk Semenyih

Airport Baru Sanggup Dibina Hanya Untuk Semenyih

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 324 hits
Mungkin Airport tidak boleh di janji sebab sudah bertuan punyakan Mukhriz MB yang hanya setahun lepas SPM boleh graduate dari Sophia University memang hebat Tambah lagi degree yang sama dari Boston University 5 tahun kemudian Memang dia pan...
Malaysia Bakal Tukar Igp Baru Malaysiabaru Prksemenyih

Malaysia Bakal Tukar Igp Baru Malaysiabaru Prksemenyih

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 608 hits
Kredibiti PDRM dicalar adalah salah satu agenda halus DAP HANGAT dan hebat diperkatakan semua rakyat jelata kisahnya beberapa YB dari Pakatan Harapan yang mana didedahkan tidak mempunyai kelulusan dalam pelajaran malah ada yang mendakwa dia...
Calon Ph Lancar Lima Janji Baru Untuk Pengundi Semenyih

Calon Ph Lancar Lima Janji Baru Untuk Pengundi Semenyih

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 323 hits
HULU LANGAT Calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali mengumumkan empat agenda dan tekadnya untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih Kelima lima agenda berkenaan dinamakan Aiman4Semenyih Agenda Muhammad Aiman mel...
Bandar Jaringan Malaysia Ditangkap Ribuan Narkoba Jenis Baru Ditemukan

Bandar Jaringan Malaysia Ditangkap Ribuan Narkoba Jenis Baru Ditemukan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 263 hits
Keduanya diamankan bersama barang bukti berupa 9 000 butir narkoba jenis baru metoksitamen kafein sama ketamin berbentuk diamond narkoba jenis sabu seberat 1 2 Kilogram 54 butir ekstasi dan 135 butir happy five katanya di Polda Metro Jaya S...
Calon Ph Semenyih Baru Tahu Namanya Terpilih Sebagai Calon Pada Pagi Khamis Viralhancing

Calon Ph Semenyih Baru Tahu Namanya Terpilih Sebagai Calon Pada Pagi Khamis Viralhancing

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 378 hits
Pemilihan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia mewakili Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih adalah di luar jangkaan Muhammad Aiman Zainali Foto BernamaMenurut Bendahari Bahagian Hulu Langat itu walaupun dir...
Prk Semenyih Antara Kempen Ayam Tanpa Kepala Dan Bossku

Prk Semenyih Antara Kempen Ayam Tanpa Kepala Dan Bossku

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 454 hits
ISMA WEB Sentimen Islam Melayu dan kehidupan rakyat senjata untuk menang PENILAIAN seorang pengulas terhadap Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands jelas menunjukkan perbezaan antara gaya kempen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional K...
Yoursay No Malaysia Baru In Sight Without Change And Reform

Yoursay No Malaysia Baru In Sight Without Change And Reform

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 250 hits
YOURSAY It s not rocket science to realise that you will reach the same destination if you use the same road map Kangkung There is nothing new under the sun as the Pakatan Harapan government mirrors the Umno government in more ways than one...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner