Semburan Penyegar Fabrik Dan Penyegar Kereta Terbaharu Scentify Dari Enchanteur
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau korang pernah dengar pasal satu pepatah Arab kalau tak silap Maha lah. Ia berbunyi bergini "Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wanginya". Sebab itu kita nak terus wangi kena sentiasa jaga pesekitaran kita wangi bukan sahaja kawan tapi rumah dan juga dalam kereta pun kena wangi tau
Rumah atau kediaman juga turut memainkan sebuah peranan yang besar dalam institusi kekeluargaan, iaitu sebagai sebuah tali pengerat ikatan kekeluargaan: tempat di mana kebanyakan memori indah yang dialami di dalam hidup ini tercipta: dan semestinya, sebuah destinasi yang tidak sabar untuk kita tujui bagi melepaskan segala penat dan lelah serta untuk bermesra bersama seisi keluarga setelah seharian menggalas tanggungjawab dan beraktiviti. Maka, memang benarlah kata pepatah lama turun-temurun: “Rumahku Syurgaku”.
Maha bukan apa suka kalau datang rumah orang wangi dan bersih termasuk rumah sendiri. Jadi nak terus kekalkan kewangian dan kesegaran rumah sekarang ni ada satu produk exclusive keluaran Enchanteur. Kita tahu Enchanteur adalah pengeluar minyak wangi yang popular untuk wanita dan lelaki sejak berzaman lamanya. Kini telah keluarkan dua produk baharu mereka yang dipanggil SCENTIFY
Berbekalkan kepakaran serta pengalaman dalam penghasilan haruman mewah selama lebih dari 30 tahun, Enchanteur telah mengorak langkah dengan melebarkan sayap rangkaian produknya menerusi penghasilan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY yang diserikan dengan beraneka haruman premium yang turut digunakan dalam penghasilan wangian mewah
Dengan paduan kecanggihan teknologi penyahbauan OdorForce yang telah diuji dan terbukti keberkesanannya bersama adunan haruman dan minyak pati seperti Lavender, Kayu Cedar, Kasturi, Pic dan Raspberry, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY menyegarkan persekitaran ruangan peribadi, disamping memberikan keharuman dengan dua kali ketahanan berjangkamasa panjang. Selain itu, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY juga diformulasikan agar bersesuaian dengan keperluan serta gaya hidup para pengguna di Malaysia.
Maha sendiri telah mencuba produk baharu ini kat rumah dan juga dalam kereta Maha sendiri. Kalau yang penggunaan dalam rumah ia dipanggil SCENTIFY Eau de Fabric. Ia dipakej di dalam botol penyembur yang sangat mudah untuk digunakan dan amat sesuai untuk digunakan pada fabrik yang susah untuk dibersihkan seperti sofa, perabot, langsir, tilam, serta pelbagai jenis permukaan yang lain. Di samping itu, ia dilengkapi dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berupaya menyahbau serta membasmi 99.99% kuman dan bakteria.
1) SCENTIFY Eau de Fabric Sparkling Fruité 370ml - RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak) Memberikan keharuman yang menyamankan pada ruangan peribadi, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Sparkling Fruité ini di adun dengan bau-bauan yang diperoleh daripada kesegaran buah-buahan seperti Pic, Raspberry dan kehalusan bunga-bungaan putih.
2) SCENTIFY Eau de Fabric Magical Clouds 370ml - RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak) Di adun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang mendamaikan, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Magical Clouds menjadikan suasana di persekitaran serta deria lebih tenang dan nyaman dengan paduan magis bau-bauan yang menggoda deria bau seperti Lily of the Valley, Kasturi and Kayu Gaharu.
3) SCENTIFY Eau de Fabric Floral Symphony 370ml - RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak) Menampilkan gabungan haruman Lavender bersama bau-bauan ringan, Semburan Penyegar Fabrik SCENTIFY Floral Symphony, seindah dan sesegar namanya, dicipta untuk mewujudkan sensasi seolah-olah sedang berada di sebuah taman bunga yang indah di saat bermulanya musim bunga dengan paduan haruman klasik Lavender, Melur dan Kasturi
Kesemua semburan ini Maha suka memang wangi gilerrr dan juga sangat segar. Produk kedua mereka pula adalah SCENTIFY Eau de Car. Tiga variasi wangian yang tersendiri, boleh menggunakan penyegar kenderaan ini dengan dua cara: Hanya klipkan pada penghawa dingin kenderaan atau gantungkannya pada cermin pandang belakang. Rangkaian penyegar kenderaan ini juga turut diperkuatkan dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berkesan dalam membasmi bauan yang kurang enak seperti bau peluh dan asap tembakau.
1) SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby 14ml - RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak) Semewah namanya, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby mengharumkan kenderaan dengan wangian penuh aroma, menggabungkan wangian berunsurkan buah-buahan segar dan bungaan seperti Bergamot, Strawberi, Raspberry, Melur dan Kasturi
2) SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet 14ml - RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak) Mengetengahkan wangian berunsur sitrus yang dapat membangkitkan deria yang lesu, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet ini menampilkan bauan yang menyegarkan seperti Bergamot, Lemon, Teh Hijau, haruman bungaan dan Kayu Cedar.
3) SCENTIFY Eau de Car Aquatic Symphony 14ml - RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak) Dengan haruman yang akan membawa korang mengimbau kenangan semasa bercuti di persisir pantai, penyegar kereta SCENTIFY Eau de Car Aquattic Symphony membawa menelusuri sebuah perjalanan ke dasar laut menerusi paduan bauan yang diilhamkan oleh lautan dan bungaan, diikuti dengan adunan bauan dari Amber serta kayu-kayuan.
SCENTIFY Eau de Car ni ia datang dengan dua cara untuk pemasangan dalam kenderaan. Kalau nak sangkut kat aircornd boleh atau nak gantung pun boleh kat cermin pandang belakang. Sangat mudah dan pasang dan juga flexible. Sekali letak harum semerbak dalam kenderaan tiada bau yang tidak menyenangkan dalam kenderaan.
Kalau korang tanya Maha yang mana paling Maha suka semua wangian kerana memang sangat-sangat wangi gilerrr. Kalau sembur sekali dua sahaja dah cukup tak perlu banyak-banyak. Harum satu rumah tu.Jadi korang kena harumkan kediaman dan kenderaan korang dengan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY dari Enchanteur hari ini dan wujudkan lebih banyak memori bersama dan perjalanan yang bermakna, sama ada di ruangan peribadi mahupun dalam kenderaan.
Rangkaian SCENTIFY Eau de Fabric dan SCENTIFY Eau de Car kini boleh didapati di semua peruncit, pasaraya dan pasar hyper di seluruh negara. Layari laman sosial media Scentify Malaysia untuk maklumat dan info lanjut
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2023/11/semburan-penyegar-fabrik-dan-penyegar-kereta-terbaharu-scentify-dari-enchanteur.html