Scentify Dari Enchanteur Rangkaian Semburan Penyegar Fabrik Dan Kereta Menyerikan Hidup Seharian Kita
Hi Korang,
Dalam kehidupan ini, peranan sebuah kediaman bukan hanya sekadar memberi perlindungan dari panas dan hujan. Kediaman juga turut memainkan sebuah peranan yang besar dalam institusi kekeluargaan, iaitu sebagai sebuah tali pengerat ikatan kekeluargaan: tempat di mana kebanyakan memori indah yang dialami di dalam hidup ini tercipta: dan semestinya, sebuah destinasi yang tidak sabar untuk kita tujui bagi melepaskan segala penat dan lelah serta untuk bermesra bersama seisi keluarga setelah seharian menggalas tanggungjawab dan beraktiviti.
Maka, memang benarlah kata pepatah lama turun-temurun: “Rumahku Syurgaku”
Selain aspek-aspek seperti keselesaan, kebersihan dan persekitaran, bauan juga turut berperanan besar dalam mentransformasi sesebuah kediaman menjadi sebuah syurga yang dilimpahi dengan keselesaan, menjadikan suasana kediaman lebih nyaman. Justeru, tidak hairanlah jika sesebuah kediaman yang diharumkan dengan keharuman wangian mewah itu pasti akan menerbitkan keinginan yang menebal dalam diri seseorang untuk segera pulang ke ruangan peribadi mereka untuk menikmati suasana yang nyaman, santai dan mendamaikan
Berbekalkan kepakaran serta pengalaman dalam penghasilan haruman mewah selama lebih dari 30 tahun, Enchanteur telah mengorak langkah dengan melebarkan sayap rangkaian produknya menerusi penghasilan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY yang diserikan dengan beraneka haruman premium yang turut digunakan dalam penghasilan wangian mewah
Dengan paduan kecanggihan teknologi penyahbauan OdorForce™ yang telah diuji dan terbukti keberkesanannya bersama adunan haruman dan minyak pati seperti Lavender, Kayu Cedar, Kasturi, Pic dan Raspberry, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY menyegarkan persekitaran ruangan peribadi, disamping memberikan keharuman dengan dua kali ketahanan berjangkamasa panjang. Selain itu, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY juga diformulasikan agar bersesuaian dengan keperluan serta gaya hidup para pengguna di Malaysia
“Bauan yang menyegarkan merupakan sebuah tanda aras terbaik dalam menentukan tahap kebersihan dan ketelitian persembahan. Di negara beriklim tropika yang panas dan lembap seperti Malaysia, bauan yang kurang enak sudah menjadi satu permasalahan biasa — terutama sekali bagi kediaman yang mempunyai haiwan peliharaan,” jelas Krishnamurthy Sriram, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Wipro Unza Malaysia. “Walaupun kebanyakan penyegar fabrik berupaya menyahbau dan pada satu tahap, membasmi bakteria, acapkali kesegaran itu tidak berpanjangan. Kadang kala, ada sesetengah semburan penyegar fabrik yang turut meninggalkan kesan nyata pada permukaan fabrik, walaupun cairan penyegar itu telah tersejat ke udara sepenuhnya. Dengan mengambilkira permasalahan-permasalahan tersebut, ditambah dengan kepakaran dalam menghasilkan wangian mewah bermutu selama lebih dari 30 tahun, para pengadun wangian Enchanteur telah mengadun pelbagai bauan premium lalu menciptakan beberapa haruman unik dan bekerjasama bersama para saintis Wipro Unza untuk memformulasikan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan berharuman premium yang berkesan untuk menyahbau bauan yang kurang enak disamping mengharumkan ruangan peribadi dan kenderaan anda dengan keharuman wangian mewah yang dapat bertahan lebih lama.”
Tambah Sriram lagi, “Sejak lebih tiga dekad yang lalu, Enchanteur berbangga kerana telah dikenali sebagai penghasil wangian premium ikonik dikalangan para pengguna di Malaysia. Rangkaian wangian Enchanteur seringkali dikaitkan dengan keanggunan serta gaya kemewahan Eropah. Justeru, dengan kehadiran rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY, para penggemar setia Enchanteur kini berpeluang untuk menyerikan kediaman dan kenderaan mereka dengan keharuman wangian mewah dari Enchanteur yang terkenal. Selain itu, wangian juga berupaya untuk mengilhamkan memori indah. Justeru, menerusi penggunaan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY pastinya akan mewujudkan keinginan anda untuk menghentikan segala kegiatan dan segera kembali ke ruangan peribadi mahupun kenderaan anda untuk menikmati setiap detik dan saat dalam keharuman yang sungguh menenangkan.”
Hadir dalam dua variasi – Eau de Fabric dan Eau de Car – SCENTIFY memberikan kediaman serta kenderaan anda sebuah simfoni haruman pada tahap yang lebih tinggi menerusi adunan bauan mewah yang menyengat, kaya dengan bau-bauan yang terbit dari buah-buahan, kayu-kayuan dan Kasturi — semuanya di adun secara eksklusif oleh pakar penghasilan wangian Enchanteur
Dipakej di dalam botol penyembur yang sangat mudah untuk digunakan, rangkaian semburan penyegar fabrik SCENTIFY Eau de Fabric amat sesuai untuk digunakan pada fabrik yang susah untuk dibersihkan seperti perabot, langsir, tilam, serta pelbagai jenis permukaan yang lain. Di samping itu, ia dilengkapi dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berupaya menyahbau serta membasmi 99.99% kuman dan bakteria
SCENTIFY Eau de Fabric Sparkling Fruité 370ml, RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)
Memberikan keharuman yang menyamankan pada ruangan peribadi anda, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Sparkling Fruité ini di adun dengan bau-bauan yang diperoleh daripada kesegaran buah-buahan seperti Pic, Raspberry dan kehalusan bunga-bungaan putih
SCENTIFY Eau de Fabric Magical Clouds 370ml, RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)
Di adun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang mendamaikan, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Magical Clouds menjadikan suasana di persekitaran serta deria anda lebih tenang dan nyaman dengan paduan magis bau-bauan yang menggoda deria bau anda seperti Lily of the Valley, Kasturi and Kayu Gaharu
SCENTIFY Eau de Fabric Floral Symphony 370ml, RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)
Menampilkan gabungan haruman Lavender bersama bau-bauan ringan, Semburan Penyegar Fabrik SCENTIFY Floral Symphony, seindah dan sesegar namanya, dicipta untuk mewujudkan sensasi seolah-olah anda sedang berada di sebuah taman bunga yang indah di saat bermulanya musim bunga dengan paduan haruman klasik Lavender, Melur dan Kasturi
Adakah korang tercari-cari akan penyegar kenderaan yang boleh menjadikan pengalaman pemanduan seharian anda mahupun ke destinasi berjarak jauh lebih nyaman dan menenangkan?
Jawapannya ada pada penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car.
Dengan tiga variasi wangian yang tersendiri, anda boleh menggunakan penyegar kenderaan ini dengan dua cara: Hanya klipkan pada penghawa dingin kenderaan anda atau gantungkannya pada cermin pandang belakang. Rangkaian penyegar kenderaan ini juga turut diperkuatkan dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berkesan dalam membasmi bauan yang kurang enak seperti bau peluh dan asap tembakau
SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby 14ml, RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)
Semewah namanya, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby mengharumkan kenderaan anda dengan wangian penuh aroma, menggabungkan wangian berunsurkan buah-buahan segar dan bungaan seperti Bergamot, Strawberi, Raspberry, Melur dan Kasturi
SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet 14ml, RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)
Mengetengahkan wangian berunsur sitrus yang dapat membangkitkan deria yang lesu, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet ini menampilkan bauan yang menyegarkan seperti Bergamot, Lemon, Teh Hijau, haruman bungaan dan Kayu Cedar
SCENTIFY Eau de Car Aquatic Symphony 14ml, RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)
Dengan haruman yang akan membawa anda mengimbau kenangan semasa bercuti di persisir pantai, penyegar kereta SCENTIFY Eau de Car Aquattic Symphony membawa anda menelusuri sebuah perjalanan ke dasar laut menerusi paduan bauan yang diilhamkan oleh lautan dan bungaan, diikuti dengan adunan bauan dari Amber serta kayu-kayuan
Ayuh harumkan kediaman dan kenderaan korang dengan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY dari Enchanteur hari ini dan wujudkan lebih banyak memori bersama dan perjalanan yang bermakna, sama ada di ruangan peribadi mahupun dalam kenderaan
Rangkaian SCENTIFY Eau de Fabric dan SCENTIFY Eau de Car kini boleh didapati di semua peruncit, pasaraya dan pasar hyper di seluruh negara
Ayuh check it out SCENTIFY di social media berikut :
FB Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=61551004026593
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2023/11/scentify-dari-enchanteur-rangkaian.html