Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


Negeri Selangor merupakan sebuah negeri di Malaysia yang terletak di bahagian Pantai Barat Semenanjung negara ini. Negeri ini mempunyai sembilan daerah dan setiap dari daerah-daerah di Selangor ini mempunyai keunikan dan daya tarikannya yang tersendiri.
Negeri ini juga merupakan antara negeri terkaya di Malaysia. Kecanggihan teknologi dan kemudahan infrastruktur di negeri ini adalah lebih pesat berbanding di negeri-negeri lain di Malaysia. Negeri ini juga kaya dengan kehijauan alam dan kepelbagaian budaya menjadikan ia sebagai sebuah negeri yang wajib anda kunjungi jika ke Malaysia.
Untuk mengenali Selangor dan sembilan daerah di bawah negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia ini dengan lebih mendalam, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Sejarah Negeri Selangor Negeri Selangor Darul Ehsan terletak di tengah pantai barat Semenanjung Malaysia. Ia bersempadan dengan Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan, serta dibahagikan kepada sembilan daerah. Sejarah awal Selangor dipengaruhi oleh jaringan sungai yang mengairi kawasan pedalaman, memungkinkan perkembangan petempatan dan perdagangan.
Nama Selangor dipercayai berasal dari Sungai Selangor yang mengalir ke Selat Melaka. Terdapat pelbagai pendapat mengenai asal usul namanya, termasuk kisah tentang kawasan kuala sungai yang dipenuhi tumbuhan bakau. Sejarah Selangor mencatatkan bahawa ia pernah menjadi jajahan takluk Empayar Melaka, dengan Klang sebagai pusat perdagangan utama.
Kesultanan Selangor telah diasaskan pada tahun 1766 apabila Raja Lumu diiktiraf sebagai Sultan oleh Sultan Perak. Negeri ini telah terus berkembang pesat sebagai pusat perdagangan dan pengeluaran bijih timah di bawah pentadbiran Kesultanan Selangor pada ketika itu.
Pada era penjajahan British, kuasa Sultan terhad, namun Selangor tetap memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Selangor terus berkembang sebagai negeri maju dan menjadi pusat pentadbiran serta perdagangan di Malaysia. Kini, terdapat sembilan daerah di negeri Selangor dengan Shah Alam berfungsi sebagai ibu negeri, mencerminkan kemajuan dan pembangunan negeri ini.
Sumber: About Selangor Senarai Sembilan Daerah di Negeri Selangor Terdapat sembilan (9) daerah di negeri Selangor ini, berikut merupakan daerah-daerah tersebut dan sedikit penerangan berkenaan kawasan itu:
1. Daerah Petaling Daerah pertama dari sembilan daerah di bawah Selangor iailah Petaling. Ia merupakan daerah paling maju di negeri ini. Petaling ini merangkumi kawasan seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, dan juga Shah Alam, yang merupakan ibu negeri Selangor.
Disebabkan daerah Petaling ini merupakan daerah paling maju di Selangor, ia terkenal dengan pusat membeli-belah, restoran, dan pelbagai kemudahan pendidikan dan kesihatan.
Berikut merupakan senarai mukim di kawasan ini:
Mukim Bukit Raja Mukim Damansara Mukim Petaling Mukim Sungai Buloh 2. Daerah Gombak Gombak adalah daerah yang kaya dengan keindahan alam semula jadi. Ia terletak di lereng bukit dan dikelilingi oleh hutan hujan tropika. Tarikan popular di Gombak termasuk Taman Eko Rimba Kanching dan Batu Caves, yang merupakan destinasi suci bagi penganut Hindu.
Berikut merupakan senarai mukim di kawasan ini:
Mukim Batu Mukim Ulu Kelang Mukim Rawang Mukim Setapak 3. Klang Klang adalah merupakan salah sebuah daerah di antara sembilan daerah di Selangor, yang terkenal sebagai pusat perdagangan. Klang juga merupakan ibu negeri Selangor, sebelum bertukar kepada Shah Alam. Pelabuhan utama negara kita juga terletak di daerah ini.
Berikut merupakan senarai mukim di kawasan ini:
Mukim Kapar Mukim Klang The Malaysia Voice 4. Daerah Hulu Langat Daerah Hulu Langat terkenal dengan suasana yang tenang dan pemandangan yang menakjubkan. Di sini terdapat banyak kawasan perkampungan dan ladang. Tarikan pelancong utama di Hulu Langat ini antaranya ialah kawasan Air Terjun Sungai Congkak, untuk aktiviti berkelah dan mandi manda, dan Taman Eco Rimba Komanwel yang menawarkan aktiviti mendaki buat peminat aktiviti luar.
Daerah ini juga terkenal sebagai pusat pengeluaran durian dan pelbagai jenis buah-buahan tropika. Dengan suasana yang tenang dan dikelilingi alam, Hulu Langat ini merupakan satu destinasi ideal bagi pencinta alam dan penggemar aktiviti luar.
Berikut merupakan senarai mukim di kawasan ini:
Mukim Beranang Mukim Cheras Mukim Ampang Mukim Ulu Langat Mukim Ulu Semenyih Mukim Kajang Mukim Semenyih Gunung Nuang, Ulu Langat 5. Sabak Bernam Sabak Bernam adalah sebuah daerah di Negeri Selangor, Malaysia, yang terletak di utara negeri ini, bersempadan dengan Perak. Daerah ini terkenal dengan pertanian, terutamanya penanaman padi, dan merupakan salah satu pengeluar utama beras di Malaysia.
Tarikan pelancong di Sabak Bernam termasuk Pantai Redang, yang menawarkan pemandangan indah dan aktiviti pantai. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat Taman Pertanian Sabak Bernam yang menampilkan pelbagai jenis tanaman. Keindahan alam semula jadi dan suasana kampung yang tenang menjadikan Sabak Bernam destinasi menarik bagi mereka yang mencari pengalaman luar bandar.
Berikut merupakan senarai mukim di kawasan ini:
Mukim Bagan Nakhoda Omar Mukim Panchang Bedena Mukim Pasir Panjang Mukim Sabak Mukim Sungai Panjang Bagan Nakhoda Omar 6. Kuala Langat Kuala Langat juga merupakan antara sembilan daerah di negeri Selangor yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, seperti hutan paya bakau dan kawasan lagun. Tarikan pelancongan utama di daerah ini ialah Pantai Morib.
Berikut merupakan senarai mukim di kawasan ini:
Mukim Bandar Mukim Batu Mukim Jugra Mukim Kelanang Mukim Morib Mukim Tanjong Duabelas Mukim Telok Panglima Garang
7. Daerah Sepang Sepang juga merupakan antara sembilan daerah dalam negeri Selangor. Daerah ini merupakan satu daerah yang sangat penting kerana di sini terdapatnya lapangan terbang utama Malaysia, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sepang juga mempunyai keunikan yang tiada di daerah atau di negeri lain, iaitu Litar Antarabangsa Sepang. Litar ini masih digunakan untuk sukan permotoran, dan sebelum ini pernah digunakan bagi Formula 1.
Berikut merupakan senarai mukim di kawasan ini:
Mukim Dengkil Mukim Labu Mukim Sepang Baca juga:Asam Pedas Melaka : Makanan Tradisional Negeri Bersejarah
8. Daerah Hulu Selangor Hulu Selangor ini terletak di sebelah utara negeri ini, ia terkenal dengan keindahan alam semula jadi, termasuk hutan hujan dan sungai yang jernih. Daerah ini kaya dengan sejarah dan budaya pelbagai kaum.
Antara tarikan pelancongan utama di kawasan ini ialah Taman Negara Selangor dan air terjun. Selain itu, daerah ini memainkan peranan penting dalam sektor pertanian dan pelancongan, menjadikannya destinasi menarik bagi pengunjung yang mencari pengalaman luar bandar.
Berikut merupakan senarai mukim di kawasan ini:
Mukim Batang Kali Mukim Buloh Telor Mukim Ampang Pechah Mukim Ulu Bernam Mukim Ulu Yam Mukim Kalumpang Mukim Kerling Mukim Kuala Kalumpang Mukim Peretak Mukim Rasa Mukim Serendah Mukim Sungai Gumut Mukim Sungai Tinggi 9. Kuala Selangor Kuala Selangor adalah daerah yang kaya dengan sejarah dan keindahan alam. Daerah ini merupakan lokasi penting bagi pertanian dan penternakan makanan laut seperti udang dan ikan. Dengan kombinasi warisan budaya dan keindahan alam, Kuala Selangor ini semestinya dapat menarik ramai pelancong.
Antara aktiviti yang boleh dilakuakan di daerah Kuala Selangor ini adalah pengunjung dapat melihat pemandangan indah di Taman Alam Kuala Selangor dan kelip-kelip di Sungai Selangor.
Berikut merupakan senarai mukim di kawasan ini:
Mukim Api-Api Mukim Ujong Permatang Mukim Ulu Tinggi Mukim Ijok Mukim Jeram Mukim Kuala Selangor Mukim Pasangan Mukim Tanjong Karang Mukim Bestari Jaya Setiap kawasan di Selangor menawarkan keunikan tersendiri, dari kemajuan bandar hingga keindahan alam semula jadi. Dengan pelbagai tarikan dan aktiviti yang tersedia, Selangor telah menjadi satu destinasi pelancongan yang wajib anda kunjungi jika anda ke Malaysia.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sembilan-daerah-selangor/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sembilan-daerah-selangor

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wisata Kediri Populer Dan Wajib Dikunjungi

Wisata Kediri Populer Dan Wajib Dikunjungi

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 95 hits
Nah setelah kalian melihat beberapa rekomendasi wisata di Kediri adakah objek wisata yang sangat ingin kalian kunjungi Jika kalian bosan berlibur hanya mengunjungi pusat belanja atau cafe wisata alam tersebut dapat menjadi alternatif piliha...
2025 Taska Perlu Papar Perkara Wajib Ni Antara Perkara Baharu Berkuat Kuasa Esok

2025 Taska Perlu Papar Perkara Wajib Ni Antara Perkara Baharu Berkuat Kuasa Esok

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 176 hits
Dalam tempoh kurang 24 jam bukan sahaja kalendar yang akan berubah tetapi Malaysia juga akan menyaksikan pelaksanaan beberapa perkembangan penting yang memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada kehidupan peribadi dan negara Selain pe...
Lezatnya Kuliner Ambon Yang Wajib Kalian Coba

Lezatnya Kuliner Ambon Yang Wajib Kalian Coba

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 139 hits
Bagi kalian yang tidak sabar lagi untuk mencicipi kuliner khas Indonesia bagian Timur terutama Ambon ini silahkan untuk segera merencanakan liburan Petualangan kuliner yang ada di sana dijamin tidak kalah menarik dengan kota lainnya yang ad...
Kalendar Islam 2025 Tarikh Tarikh Yang Wajib Anda Tandakan

Kalendar Islam 2025 Tarikh Tarikh Yang Wajib Anda Tandakan

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 294 hits
Pernah tak rasa macam Eh bila nak mula puasa tahun ni atau Hari Raya jatuh hari apa sebenarnya Jangan risau eh kalendar Islam 2025 dah ready untuk bantu awak orang keep track tarikh tarikh penting dalam setahun Kalau nak lebih mudah save po...
Benarkah Anwar Melobi Tengku Zafrul Sebagai Mb Selangor Jumiah Jonid

Benarkah Anwar Melobi Tengku Zafrul Sebagai Mb Selangor Jumiah Jonid

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 296 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Selangor meluahkan rasa hairan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba melobi Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Selangor jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Negeri ...
I Ll Stay Until The End Of My Term Says Selangor Mb

I Ll Stay Until The End Of My Term Says Selangor Mb

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 147 hits
Selangor menteri besar Amirudin Shari said there had been numerous speculations about his position that have gone viral in the past two to three days with a decision expected within the next two days Earlier today Umno president Ahmad Zahid...
15 Khasiat Buah Delima Yang Wajib Anda Tahu

15 Khasiat Buah Delima Yang Wajib Anda Tahu

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 95 hits
Buah delima atau dikenali sebagai Punica granatum merupakan salah satu buah yang kaya dengan sejarah dan manfaat kesihatan Dipercayai berasal dari Timur Tengah buah ini telah menjadi simbol kesuburan kehidupan dan kelimpahan dalam pelbagai ...
Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 166 hits
BloggerBorneo com Pernahkah Anda membayangkan menikmati sore hari Artikel pertama kali tampil pada
7 Perlengkapan Camping Esensial Yang Wajib Dibawa

7 Perlengkapan Camping Esensial Yang Wajib Dibawa

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 114 hits
Apa aja perlengkapan camping esensial yang wajib kamu bawa ketika mau naik gunung dan berkemah Mendaki gunung jadi kegiatan seru karena kamu bisa menikmati keindahan alam sambil bercanda bersama teman maupun keluarga Kesempatan bersatu deng...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Cybersecurity For Small Businesses

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact

Padi Farmers Welcome New Padi Floor Price Announcement


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Buasir Otak Tv Mak Apa Paling Susah Be Like

10 Kereta Elektrik Terbaik Tahun 2025

Usia 40an 50an Masa Untuk Berubah Demi Ketenangan Hidup

Teknik Brain Dump Untuk Pengurusan Minda

Avoiding Unnecessary Pressure In Your Life

Resepi Kek Pilih Kasih