Sembang Pasal The Fourth Estate Dan The Fifth Column Mp Pn Ini Dihujani Meme 26
HarapandailyFebruary 27, 2025Sembang Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyebut ‘the Fourth Estate’ dan ‘the Fifth Column’ hanya dihujani sindiran meme memaparkan angka 26.
“Media bukan sekadar “the Fourth Estate” tapi juga dapat dijadikan sebagai “the Fifth Column”.
“Perbahasan RUU Majlis Media Malaysia oleh Ahli Parlimen Machang,” menurut kapsyen di akaun X Wan Ahmad Fayhsal.
Jargon “the Fourth Estate” merujuk kepada media atau kewartawanan sebagai kuasa keempat dalam sesebuah negara, selain tiga cabang utama kerajaan iaitu eksekutif, legislatif, dan kehakiman.
Sementara itu, “the Fifth Column” merujuk kepada kumpulan atau individu dalam sesebuah negara atau organisasi yang berkhianat atau bekerjasama dengan musuh dari dalam.
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata meninggalkan sindiran dan meme tertera angka 26 yang difahamkan merujuk kepada hanya 26 undi diperoleh Wan Fayhsal dalam pemilihan bagi merebut jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Machang pada 22 Februari lalu.
Dalam pemilihan pada 22 Februari lalu, Wan Fayhsal menerima tamparan hebat apabila tewas kepada penyandang jawatan itu Kamaruddin Ab Kadir atau lebih dikenali sebagai Cikgu Din yang mengaut sebanyak 103 undi.
“Tak habis-habis nak tunjuk seolah-olah kamu pandai, kamu hebat! Kalau kamu pandai/hebat tak kan kalah dgn Cikgu Din? 26/103? Satu Malaysia kutuk kamu, masih boleh buat muka selamba badak?
“Malu weii angka 26 kena kutuk berjemaah di peringkat akar umbi Bersatu.
“Lagak saja lebih tong kosong dapat 26 undi saja rakyat tahu dia penipu,” demikian antara kata warganet.

Turut tersebar meme angka 26 di atas logo Pas serta suntingan menyerupai wang kertas versi “Bank Negara Machang”.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/02/sembang-pasal-fourth-estate-dan-fifth.html