Sembang Ja La Selama Ini Ya Apa Punya Temberang


 


Pas kata tak boleh larang sebut perkataan AllahMarch 13, 2021 PADA dasarnya tidak boleh dilarang sesiapa sahaja untuk menyebutkan perkataan Allah, sama ada seorang Muslim atau apa sahaja anutan agama selain daripada Islam.
Termasuklah penganut agama yang melantik paling banyak Tuhan, bahkan golongan yang tidak beragama dan ateis (tidak percaya akan adanya Tuhan), juga tidak boleh dilarang menyebutkan perkataan Allah, jika ia mahu diucapkan atau ditulis.
Tidak boleh juga dilarang kepada golongan yang berpelajaran tinggi, termasuklah orang yang paling bodoh dan buta huruf. Bahkan golongan yang paling gila dan tidak siuman serta tidak mempunyai akal langsung pun, jangan sekali-kali melarang mereka daripada menyebutkan perkataan Allah.
Namun, perlu diketahui bahawa maksud perkataan Allah yang sebenar adalah mengikut asal usul daripada bahasa Arab yang menjadi bahasa asal bagi al-Quran.
Perkataan Allah asalnya tidak terdapat dalam bahasa lain, termasuklah dalam bahasa Melayu, Turki, Parsi, Urdu dan bahasa lain daripada majoriti penganut Islam. Maka, perkataan Allah juga tidak berasal daripada bahasa Inggeris, Eropah, Asia dan Afrika yang bukan daripada bahasa Arab.
Semua bangsa yang menganut Islam tidak menterjemahkan perkataan Allah dalam bahasa masing-masing, kerana tiada perkataan yang seerti dengannya. Sehingga Kamal Ataturk pun gagal memaksa Turki untuk menterjemahkan makna bagi perkataan solat dan azan ke dalam bahasa Turki.
Sekiranya dirujuk kepada perkataan asal dalam Bahasa Arab, perkataan Allah mempunyai makna bahawa sesungguhnya Dia sahaja Tuhan yang Maha Esa, Tuhan yang layak disembah dengan beribadat kepada-Nya secara ikhlas, dipatuhi hukum dan undang-undang yang telah ditetapkan-Nya, beribadat kepada-Nya sahaja dan tiada lagi Tuhan selain daripada-Nya.
Huraian tentang makna ini telah dinyatakan oleh al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab:
﴿بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ١ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ٢ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ٥﴾
“Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1); Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2); Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3); Yang Menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (Hari Akhirat). (4); Hanya engkau sahajalah (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau jualah sahaja kami memohon pertolongan. (5).” (Surah al-Fatihah: 1-5)
Semua nama dan pujian itu berada dalam satu perkataan Allah SWT bagi mengesakan-Nya dari segi ibadat (‘uluhiyyah) serta dari segi mencipta dan mentadbir alam (rububiyyah).
Al-Quran juga menghuraikan makna bagi nama Allah melalui firman-Nya:
﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ١ اللَّهُ الصَّمَدُ٢ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ٣ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ٤﴾
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa. (1); Allah yang menjadi tempat bergantung bagi sekalian makhluk. (2); Dia tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan. (3); Dan tiada seorang pun yang serupa (setara) dengan-Nya.’ (4).” (Surah al-Ikhlas: 1-4)
Maka, sebutan Allah oleh mereka yang percaya kepada adanya Tuhan selain daripada Allah SWT atau Allah SWT mempunyai anak dan sebagainya adalah tidak menepati makna yang sebenar.
Al-Quran menjelaskan tentang nama bagi Allah sebagaimana firman-Nya:
﴿وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ١٨٠﴾
“Dan hanya milik Allah segala nama-nama yang terbaik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebutkan nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam menyebutkan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-A‘raf: 180)
Perkataan Allah merangkumi nama-nama yang terbaik, bahkan semuanya terkandung dalam satu perkataan sahaja iaitu Allah. Begitu juga, segala sifat kepujian yang tiada pada makhluk terkandung dalam makna kalimah Allah.
Firman Allah SWT:
﴿فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ١١﴾
“Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kalian pasangan-pasangan daripada jenis kalian sendiri, dan menjadikan daripada jenis binatang-binatang ternak itu pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kalian semua. Tiada sesuatu apapun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (Surah al-Syura: 11)
Allah SWT juga melarang sesiapa sahaja melantik tuhan-tuhan selain daripada-Nya berdasarkan firman-Nya:
﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ٢١ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ٢٢﴾
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kalian kepada Tuhan yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang terdahulu daripada kalian, supaya kalian (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (21); Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kalian sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu pelbagai jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kalian; maka janganlah kalian mengada-adakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kalian semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan yang Maha Esa). (22).” (Surah al-Baqarah: 21-22)
Firman Allah SWT:
﴿شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ١٨ إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ١٩﴾
“Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa menegakkan keadilan, dan para malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (18); Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya (Islam); (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur dan ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya. (19).” (Surah Ali ‘Imran: 18-19)
Pada asalnya dalam semua kitab agama Allah SWT, telah ditegaskan bahawa Allah SWT sahaja Tuhan yang sebenar. Adapun kepercayaan yang muncul selepas itu telah terseleweng kerana diubah dan dipinda.
Penjelasan ini menunjukkan bahawa perkataan Allah SWT tidak mencapai maksud yang tepat, jika diterjemahkan ke dalam apa-apa sahaja bahasa di dunia ini.
Jika sebutan Allah mahu dipinjamkan kepada mana-mana penganut agama atau bangsa lain, maka ia tidak boleh mencapai maksud asal perkataan Allah kerana kepercayaan mereka bercanggah dengan perkataan Allah mengikut asal perkataan dalam Bahasa Arab.
Semua bahasa terdapat perkataan yang memberikan makna Tuhan. Mengikut bahasa Arab disebut dengan perkataan ‘Ilah’, manakala dalam bahasa Melayu dengan perkataan Tuhan atau bahasa lamanya dengan nama Dewata Mulia Raya, Sang yang Tunggal. Selain itu, bahasa Eropah dengan perkataan ‘God’, bahasa Parsi dan Urdu dengan perkataan Khuda dan perkataan lain. Namun, semua perkataan tersebut tidak mencapai maksud sebenar sebagaimana perkataan Allah dalam bahasa Arab.
Namun begitu, kita tidak boleh melarang sesiapa sahaja untuk menyebutkannya. Akan tetapi, sekiranya sebutan kalimah Allah menyalahi daripada makna yang asal, seseorang itu hendaklah menanggung kesalahannya.
Jika penganut setiap agama menyebutkan perkataan Allah mengikut kepercayaan masing-masing akan adanya Allah (Tuhan), itu adalah hak kebebasan beragama.
Terdapat juga agama selain daripada Islam yang menggunakan perkataan Allah, termasuk masyarakat Arab yang tidak beragama Islam atau bukan Arab juga mengguna pakai perkataan Allah.
Saya pernah mendengar seorang sami Hindu menyebut ‘Yalla’ di hadapan saya dalam doa dan manteranya ketika dalam suatu majlis dialog.
Al-Quran juga menyebutkan secara khusus kepada penganut agama Kitab seperti Kristian yang menggunakan perkataan Allah:
﴿قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ٦٤﴾
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimah (ketetapan) yang ada persamaan antara kami dengan kalian, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak menyekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah.’ Kemudian jika mereka (ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: ‘Saksikanlah kalian bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam (yang berserah diri kepada Allah).’” (Surah Ali ‘Imran: 64)
Begitu juga dalam kalangan penganut berbagai-bagai agama yang lain. Firman Allah SWT:
﴿وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ٦١ اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ٦٢ وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ٦٣﴾
“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?’ Sudah tentu mereka akan menjawab: ‘Allah.’ Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)? (61); Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu. (62); Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang Musyrik) itu: ‘Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?’ Sudah tentu mereka akan menjawab: ‘Allah.’ Ucapkanlah (wahai Muhammad): ‘Alhamdulillah’ (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (63).” (Surah al-‘Ankabut: 61-63)
Firman Allah SWT:
﴿وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ٨٧ وَقِيلِهِ يَا رَبِّ إِنَّ هَؤُلَاءِ قَوْمٌ لَا يُؤْمِنُونَ٨٨ فَاصْفَحْ عَنْهُمْ وَقُلْ سَلَامٌ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ٨٩﴾
“Dan sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: ‘Siapakah yang menciptakan mereka?’ Sudah tentu mereka akan menjawab: ‘Allah!’ (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan-Nya)? (87); Dan (Dialah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: ‘Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepada-Mu untuk mengadilinya)!’ (88); (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): ‘Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggal! Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk akibat keingkaran itu)!’ (89).” (Surah al-Zukhruf: 87-89)
Kadang-kadang perlu dilihat tujuan penggunaan sesuatu perkataan itu berpandukan kepada kaedah hukum:
العبرة في العقود للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني.
“Ibrah dalam sesuatu aqad perjanjian itu dilihat kepada maksud tujuan dan maknanya, bukan kepada lafaz dan ungkapannya sahaja.”
الأمور بمقاصدها.
“Semua perkara dilihat kepada tujuannya.”
Jika tujuannya untuk mengelirukan atau menghina penganut Islam, maka ada sempadan (batas-batas) dan hukumnya.
Begitulah kalau diizinkan kepada hospital sakit jiwa yang hendak menghargai dan menggembirakan bekas pesakit yang telah mendapat rawatan dengan mengurniakan ijazah yang membawa gelaran Profesor. Kita terserah apa sahaja perasaan orang Inggeris kalau menggunakan perkataan dalam bahasa mereka pada perkara yang tidak munasabah. Namun, apakah perasaan yang sebenar dalam kalangan ilmuwan, sekiranya gelaran itu diberikan kepada orang-orang yang sedemikian?
Andai kata, kalau perkataan Allah dijadikan jenama kasut yang dipijak, adakah atas nama kebebasan, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh membenarkan ia berlaku? Bagaimana pula makanan yang diharamkan terhadap penganut Islam seperti daging babi, diletakkan namanya dengan perkataan ikan halal, adakah ia boleh dibenarkan atas nama kebebasan?
Islam juga melarang penganutnya menyentuh sensitiviti penganut agama lain yang boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat majmuk. Firman Allah SWT:
﴿وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ١٠٨﴾
“Dan janganlah kalian mencerca sembahan-semabahan yang mereka sembah selain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan setiap umat akan perbuatan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan.” (Surah al-An‘am: 108)
Islam juga membawa konsep kebebasan beragama mengikut sempadannya berpandukan perintah Allah SWT melalui firman-Nya:
﴿لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ٢٥٦﴾
“Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang amat teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 256)
Firman Allah SWT:
﴿وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا٢٩﴾
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): ‘Kebenaran itu ialah yang datang daripada Tuhan kalian, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.’ Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberikan pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang bagi mereka.” (Surah al-Kahfi: 29)
Di sini semua pihak perlu meletakkan kebijaksanaan masing-masing dan menjaga sensitiviti dalam konteks masyarakat majmuk mengikut sempadannya yang sebenar dan secara saksama.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 28 Rajab 1442 / 12 Mac 2021 – HD






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/sembang-ja-la-selama-ini-yaapa-punya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Baru Sembang Punya La Kecoh

Anwar Baru Sembang Punya La Kecoh

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 143 hits
MUHD MUFIZ II Madey punggah Kleptokrat MASUK BERSATU puok proksi proksi Atoksaka di dlm Amanah dan DAP xbising plak Mereka yg duduk dlm Majlis Presiden PH dan Kabinet diam membisu cam org bisu sekarang baru bak bising bila DSAI BARU BERBINC...
Bantah Enggan Hamil Karena Takut Tubuh Rusak Dewi Perssik Punya Anak Nggak Semudah Yang Dipikir

Bantah Enggan Hamil Karena Takut Tubuh Rusak Dewi Perssik Punya Anak Nggak Semudah Yang Dipikir

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 377 hits
Tiga kali menikah dan belum dikaruniai momongan Depe menyayangkan tudingan seperti itu justru datang dari sesama perempuan
Kasih Manusia Dan Kucing Berpisah Tiada Bertemu Selepas Hilang Selama 15 Tahun

Kasih Manusia Dan Kucing Berpisah Tiada Bertemu Selepas Hilang Selama 15 Tahun

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 341 hits
LOS ANGELES PEMINAT kucing tentunya sukar untuk menggambarkan dengan kata kata apabila kucing tersayang yang hilang sejak kira kira 15 tahun lalu kembali bersatu dengan tuannya Itulah yang terjadi pada seekor kucing dari jenis tabby bernama...
Muslim Harus Punya Motivasi Tinggi Dalam Belajar Agama

Muslim Harus Punya Motivasi Tinggi Dalam Belajar Agama

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 323 hits
Kita harus punya motivasi tinggi dalam belajar agama Bagaimana kita bisa termotivasi dalam hal ini Coba baca baik baik tulisan berikut
Lelaki Diperintah Bayar Pampasan Rm31 300 Sebelum Ceraikan Isterinya Yang Selama Ini Hanya Jadi Suri Rumah Tangga

Lelaki Diperintah Bayar Pampasan Rm31 300 Sebelum Ceraikan Isterinya Yang Selama Ini Hanya Jadi Suri Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 224 hits
Lelaki diperintah bayar pampasan RM31 300 sebelum ceraikan isterinya yang selama ini hanya jadi suri rumah tanggaSeorang lelaki yang baru bercerai dengan isterinya diperintah oleh mahkamah untuk membayar 50 000 yuan kepada bekas isterinya s...
Darurat Bukan Untuk Pm Kekal Berkuasa Selama Lamanya

Darurat Bukan Untuk Pm Kekal Berkuasa Selama Lamanya

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 224 hits
PETALING JAYA Tidak ada satu pun ordinan yang diperkenalkan sepanjang darurat sekarang bertujuan untuk membolehkan seorang perdana menteri berkuasa selama lamanya kata Muhyiddin Yassin Saya sedar dan saya faham maksud demokrasi kata perdana...
Selama Ppkm Mikro Mrt Jakarta Sesuaikan Keberangkatan Kereta

Selama Ppkm Mikro Mrt Jakarta Sesuaikan Keberangkatan Kereta

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 183 hits
Effendi mengimbau masyarakat tetap disiplin menerapkan protokol kesehatan di lingkungan MRT Jakarta seperti memakai masker menjaga jarak rajin mencuci tangan serta tidak berbicara baik satu atau dua arah selama di dalam kereta dan area pero...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Sarat Hamil 8 Bulan Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa