Semakin Ramai Mangsa Banjir Di Pantai Timur Johor Ditempatkan Di Pps




KUALA LUMPUR – Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala di Perak semakin pulih dan di Melaka pula pulih sepenuhnya.
Di TERENGGANU, dua daerah menyaksikan peningkatan mangsa kepada 5,198 orang daripada 1,273 keluarga yang ditempatkan di 28 PPS setakat 8 malam berbanding 4,904 orang petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan daerah Kemaman paling terjejas dengan 4,850 orang daripada 1,184 keluarga terpaksa berpindah ke 20 PPS manakala di daerah Dungun, seramai 348 mangsa daripada 89 keluarga berlindung di lapan PPS yang mula beroperasi pada 10 pagi tadi.
Menurut portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman melepasi tahap bahaya manakala Sungai Dungun di Kuala Jengal, Dungun dan Sungai Kemaman masing-masing di Jambatan Air Putih serta Rumah Pam Paya Paman dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman melebihi paras amaran.
Di KELANTAN, jumlah mangsa meningkat kepada 288 orang daripada 71 keluarga yang berlindung di tiga PPS di jajahan Gua Musang berbanding 180 orang petang tadi.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, tiga PPS terbabit ialah Dewan Semak Bakti Felda Chiku 7 yang menempatkan 219 orang daripada 54 keluarga, Dewan Orang Ramai Batu 6 (31 orang/lapan keluarga) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1 (38 orang/sembilan keluarga).
Di PAHANG, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 160 orang daripada 46 keluarga yang ditempatkan di enam PPS di daerah Maran berbanding 150 orang petang tadi.
Di JOHOR, situasi sama dicatat dengan jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 155 orang daripada 41 keluarga berbanding 150 petang tadi.
Pengerusi JPBN Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan di Segamat, dua PPS iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak menempatkan 40 mangsa dan Dewan Komuniti Kampung Tasek seramai 45 orang manakala di Tangkak, PPS SK Simpang Lima Darat menempatkan 70 mangsa.
Di PERAK, situasi banjir semakin pulih apabila hanya satu PPS masih beroperasi di daerah Perak Tengah iaitu Dewan Orang Ramai Teluk Kepayang yang menempatkan 34 mangsa daripada 11 keluarga.
Sekretariat JPBN Perak memaklumkan di daerah Kinta pula, kesemua lima mangsa daripada satu keluarga yang berlindung di PPS SK St Paul dibenarkan pulang ke kediaman mereka petang tadi.
Di MELAKA, situasi banjir pulih sepenuhnya apabila satu-satunya PPS di daerah Jasin iaitu SK Seri Mendapat yang sebelum ini menempatkan enam mangsa daripada dua keluarga ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang. – Bernama


Source link
The post Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/semakin-ramai-mangsa-banjir-di-pantai-timur-johor-ditempatkan-di-pps/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Terus Meningkat 1 152 Orang Babitkan 389 Keluarga Berlindung Di 25 Pps

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Terus Meningkat 1 152 Orang Babitkan 389 Keluarga Berlindung Di 25 Pps

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 148 hits
KUANTAN Jerantut menjadi daerah ketiga terjejas banjir di Pahang selepas Raub dan Lipis Ini menyebabkan seramai 1 152 penduduk daripada 389 keluarga dipindahkan ke 25 PPS setakat pukul 4 00 petang tadi Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan...
Jumlah Mangsa Banjir Naik Kepada 140 107 Di 715 Pps

Jumlah Mangsa Banjir Naik Kepada 140 107 Di 715 Pps

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 155 hits
FMT ReportersMenurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat 38 daerah di Kelantan Terengganu Kedah Perlis Perak Negeri Sembilan Selangor Melaka dan Johor terjejas PETALING JAYA Seramai 140 107 mangsa banjir daripada 42 214 keluarg...
Mangsa Banjir Terus Menurun Lebih Banyak Pps Ditutup Malam Ini

Mangsa Banjir Terus Menurun Lebih Banyak Pps Ditutup Malam Ini

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 213 hits
Sukarelawan terdiri daripada penuntut IPT pelajar sekolah dan guru guru bergotong royong membersihkan SMK Seri Gunong yang terjejas banjir hari ini Foto Bernama KUALA LUMPUR Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus berkurangan ...
700 Mangsa Bergelap Di Pps Kerana Turut Dilanda Banjir

700 Mangsa Bergelap Di Pps Kerana Turut Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 148 hits
PPS pula dilanda banjir 700 mangsa bergelapNor Fazlina Abdul Rahimam hmetro com myPusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Gual To Deh dilanda banjir dan bergelap FOTO Ihsan pendudukRantau Panjang Bagaikan jatuh ditimpa tangga Itu situ...
Kadar Hujan Melebihi Jangkaan Antara Punca Banjir Besar Pantai Timur

Kadar Hujan Melebihi Jangkaan Antara Punca Banjir Besar Pantai Timur

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 183 hits
Foto fail NSTP KUALA LUMPUR Kadar taburan hujan di Kelantan dan Terengganu dalam tempoh lima hari dari 26 hingga 30 November lalu adalah jauh daripada jangkaan melebihi kadar hujan yang lazimnya diterima selama enam bulan sehingga membawa k...
Banjir Mangsa Dipindahkan Meningkat Lebih 142 000

Banjir Mangsa Dipindahkan Meningkat Lebih 142 000

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 179 hits
BernamaKUALA LUMPUR Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 146 611 orang malam ini berbanding 142 684 petang tadi dengan Kelantan terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi Situasi banjir di tiga...
Hiburan Fattah Amin Tak Lupa Doakan Mangsa Banjir Buka Ruang Untuk Peminat Kirim Doa

Hiburan Fattah Amin Tak Lupa Doakan Mangsa Banjir Buka Ruang Untuk Peminat Kirim Doa

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 116 hits
Pelakon Fattah Amin yang sedang mengerjakan umrah tidak lupa untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di Malaysia Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin telah membuat satu hantaran di dengan memberitahu dia membuka ruang kepada p...
Hiburan Mua Bellaz Akui Terharu Suami Guna Atv Hadiah Hari Lahir Bantu Mangsa Banjir Mat Nuart Nak Ambil Warga Emas

Hiburan Mua Bellaz Akui Terharu Suami Guna Atv Hadiah Hari Lahir Bantu Mangsa Banjir Mat Nuart Nak Ambil Warga Emas

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 188 hits
Usahawan dan jurusolek terkenal MUA Bellaz antara yang turut terkesan dengan bencana banjir yang sedang melanda negara Menerusi hantaran di milik jurusolek itu Bellaz memuat naik video yang memaparkan suaminya Anuar Ahmad atau lebih dikenal...
Raub Kembali Dilanda Banjir 473 Mangsa Telah Dipindahkan Ke 15 Pusat Pemindahan Sementara

Raub Kembali Dilanda Banjir 473 Mangsa Telah Dipindahkan Ke 15 Pusat Pemindahan Sementara

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 117 hits
RAUB Raub kembali dilanda banjir apabila 473 mangsa di daerah itu dipindahkan ke 15 pusat pemindahan sementara pada Sabtu Menerusi portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat jam 8 15 pagi pada Ahad jumlah tersebut memba...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Stop Mistreatment Of Sosma Detainees

Breaking Down Dap S Artificially Created Barriers Between Non Muslims And Pas In Malaysia

Jeruk Kedondong Asam Boi Delicioussooo