Kadar Hujan Melebihi Jangkaan Antara Punca Banjir Besar Pantai Timur




Foto fail NSTP KUALA LUMPUR: Kadar taburan hujan di Kelantan dan Terengganu dalam tempoh lima hari, dari 26 hingga 30 November lalu adalah jauh daripada jangkaan, melebihi kadar hujan yang lazimnya diterima selama enam bulan, sehingga membawa kepada banjir besar di negeri itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di Kelantan, dalam tempoh berkenaan, bacaan di stesen hujan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mencecah lebih 1,167 milimeter (mm), manakala berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), bacaan adalah pada kadar 1,442 mm.
“Itu adalah rekod hujan yang terlalu tinggi. Di Terengganu umpamanya, METMalaysia rekod di Besut, mencatatkan jumlah hujan sebanyak 1,761 mm, itu dalam tempoh lima hari dan secara umumnya mencatatkan 1,439 mm.
Foto fail “Jadi memang jauh luar daripada jangkaan. Maknanya lima hari kadar hujannya itu lebih daripada enam bulan biasa,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai sama ada Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (DRR) akan dipercepat bagi membolehkan semua fasiliti besar mitigasi banjir disegerakan, termasuk Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) ke Pantai Timur, susulan banjir dalam skala luar biasa kini yang melanda seluruh negara, yang akan menempuh beberapa gelombang.
Perdana Menteri berkata, DRR diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan gerak kerja pada kali ini disifatkan beliau sangat memuaskan.
“Saya juga menghargai kerana persiapannya berbulan-bulan sebelum itu. Mesyuarat di Persekutuan, kerajaan negeri dan wakil daerah, dan ini menyebabkan langkah diambil seperti yang saya saksikan sendiri di Terengganu dan daripada rakan lain saksikan di Kelantan sangat memuaskan,” katanya.
Foto fail NSTP Memperincikan kemajuan projek tebatan banjir di Pantai Timur, Perdana Menteri, berkata di Kelantan, Fasa Satu, meliputi jajahan Tumpat dan sebahagian Pasir Mas sudah siap 70 peratus dan dijangka siap pada awal 2026.
Fasa Dua, meliputi jajahan Rantau Panjang dan sebahagian Pasir Mas diminta dipercepat, manakala Fasa Tiga, meliputi jajahan Tumpat, Tanah Merah, Pasir Mas dan Jeli sudah siap empat peratus.
“Bagaimanapun, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan sudah hampir siap, iaitu Fasa Satu, meliputi jajahan Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai, sudah 98 peratus siap dan dijangka siap pada Januari atau Februari 2025), manakala Fasa Dua, meliputi jajahan Kota Bharu, baru dimulakan pada tahun ini dan empat peratus siap.
“Di Terengganu, Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kemasik, sudah 91.8 peratus siap dan dijangka beroperasi penuh pada akhir Januari 2025, manakala RTB Sungai Tepoh dan Benggol Air Lilih yang baru dimulakan, termasuk di Bukit Puteri dan lain-lain di Bukit payung.
“Tiga projek RTB yang sudah siap di Terengganu iaitu, RTB Sg Besut Fasa Satu, RTB Gong Kiat dan RTB Guntung Luar, Setiu,” katanya.
Foto fail NSTP Di Pahang, Perdana Menteri berkata, sebanyak 14 projek utama dilaksanakan termasuk lapan sedang dalam pelaksanaan termasuk Pekan, Kuantan, Sungai Yeh, Sungai Maran, Sungai Jelai dan Sungai Pahang.
Selain itu katanya, Program Ramalan Dan Amaran Banjir (PRAB) juga canggih, dengan sistem model ramalan banjir itu menggunakan pendekatan hidrodinamik dan simulasi banjir dihasilkan dengan gabungan pelbagai input, termasuk data hidrologi dari stesen telemetri PRAB dan data ramalan hujan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang menggunakan model ramalan cuaca berangka, menggunakan teknologi satelit dan radar.
“Itu untuk mengenal pasti dan sebab. Sekarang ini kalau diberitahu oleh Ketua Pengarah MET bahawa untuk minggu depan, sekitar 8 atau 9 Disember, kita harus lebih berwaspada.
“Doa insya-Allah lebih terkawal tetapi ada gambaran hujan akan lebat,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.




Source link
The post Kadar hujan melebihi jangkaan antara punca banjir besar Pantai Timur appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/kadar-hujan-melebihi-jangkaan-antara-punca-banjir-besar-pantai-timur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Penduduk Bimbang Banjir Besar Tahun Ini

Kelantan Penduduk Bimbang Banjir Besar Tahun Ini

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 362 hits
Kota Bharu mula dinaiki air penduduk bimbang banjir besar tahun iniHarapandailyKota Bharu mula dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam dengan pusat pemindahan sementara mulai dibuka hari ini Sebanyak 17 PPS dibuka di ibu negeri K...
5 Tips Berguna Berdepan Banjir Besar Rumah Masuk Air Pun Tenang Je

5 Tips Berguna Berdepan Banjir Besar Rumah Masuk Air Pun Tenang Je

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 319 hits
Disaat saudara saudara kita di negeri Pantai Timur ditimpa musibah banjir besar kita turut diingatkan untuk bersedia lebih awal jika berlaku sebarang kemungkinan Pentingnya setiap individu untuk mengetahui beberapa langkah yang perlu diambi...
Wanita Terperangkap Banjir Selamat Bersalin Sejurus Tiba Di Hospital Bomba Guna Perahu Bawa Ke Jalan Besar

Wanita Terperangkap Banjir Selamat Bersalin Sejurus Tiba Di Hospital Bomba Guna Perahu Bawa Ke Jalan Besar

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 259 hits
Wanita terperangkap banjir selamat bersalin sejurus tiba di hospital Bomba guna perahu bawa ke jalan besar Anggota bomba terpaksa menggunakan perahu penduduk kampung bagi memindahkan wanita yang sarat hamil selepas kediamannya di Rumah Panj...
Kor Ming Arah Siasat Punca Banjir Di Fair Park

Kor Ming Arah Siasat Punca Banjir Di Fair Park

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 360 hits
BATU GAJAH Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan meneliti langkah terbaik bagi mengatasi kejadian banjir kilat yang pertama kali melanda Arena Kepayang Putra Fair Park di Ipoh hari ini Menterinya Nga Kor Ming berkata pihaknya sed...
Monsun Timur Laut Gelombang Banjir Kedua

Monsun Timur Laut Gelombang Banjir Kedua

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 276 hits
Zuwairi Md YusofMonsun Timur Laut Gelombang Banjir KeduaHujan monsun di jangka berterusan sehingga ISNIN 16 Dis 2024 berdasarkan analisis model cuaca terkini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia https www nst com my news nation 2024 12 1145922...
Lirik Lagu This Is Pantai Timur Faris Endoro

Lirik Lagu This Is Pantai Timur Faris Endoro

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 809 hits
Kawey ore biaso asal dari kampungThis is pata timur bukey ore jepunManis tu ado comey bilo senyumKito sain blako tok hagah tok sombongBukey nok banggo bukey nk bualOre ata timur memey comel asalDaroh keturuney titih pahlaweBako come lotey m...
Punca Khairul Aming Tamatkan Misi Bantuan Banjir Di Kelantan Hari Ini Buat Terharu

Punca Khairul Aming Tamatkan Misi Bantuan Banjir Di Kelantan Hari Ini Buat Terharu

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 311 hits
Misi bantuan banjir yang dikelola oleh pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming bakal ditamatkan hari ini iaitu pada Rabu 4 Disember di atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan Khairul Aming menerusi sesi siaran langsung di platfo...
Banjir Punca Dan Cara Mengelakkan

Banjir Punca Dan Cara Mengelakkan

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 923 hits
Banjir adalah salah satu bencana alam yang kerap melanda di banyak kawasan terutama di kawasan rendah dan padat penduduk Kesan daripada banjir bukan sahaja merosakkan harta benda tetapi juga mengancam nyawa dan kesihatan manusia Oleh itu me...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka