Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Khusus
TARIKH & CARA SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS (SBP / SMKA) SESI 2023 / 2024
Ibu bapa / penjaga murid sila ambil maklum tarikh-tarikh penting berkenaan ujian PKSK dan kemasukan Sekolah Khusus tahun 2023.
Jenis sekolah khusus:
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Sekolah Menengah Teknik (SMT)
Kolej Vokasional (KV)
Maktab Tentera Diraja (MTD)
Tarikh Menduduki PKSK
Tarikh menduduki ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2022 telah diadakan pada tarikh berikut:
Tingkatan 1 : 6 – 16 Feb 2023
Tingkatan 4 : 25 Januari – 3 Februari 2023
Di bawah adalah jadual terkini tarikh baharu PKSK yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan SBP / SMKA (Sekolah Khusus)
Tarikh semakan keputusan tawaran kemasukan ke sekolah khusus telah dimaklumkan melalui laman web KPM.
Tarikh semakan adalah : 17 Mac 2023
Cara Semakan Tawaran Kemasukan SBP / SMKA
Semakan keputusan Kemasukan Sekolah Khusus (SBP & SMKA) KPM bagi Tingkatan 1 boleh dibuat mulai 17 Mac 2023 melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my
Semakan keputusan Kemasukan Sekolah Khusus (SBP & SMKA) KPM bagi Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 17 Mac 2023 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my
SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE SBP / SMKA 2023 / 2024
Sila cetak slip pendaftaran dan borang deklarasi dan bawa bersama-sama mykad / MyKid untuk pengesahan.
Sila serahkan borang deklarasi kesihatan kepada petugas pendaftaran semasa membuat pendaftaran.
Bagi yang berjaya dan bakal melangkah masuk ke SBP / SMKA, berikut dikongsikan juga perkongsian oleh Naziah Nawawie tentang kos yang terlibat, sebagai persediaan untuk ibu bapa nanti.
Anggaran Kos Kemasukan & Pendaftaran Ke SBP / SMKA
Sekarang masuk musim ujian kemasukan SBP/MRSM/SMKA.
Saya mahu kongsi sedikit tentang KOS yang perlu disediakan untuk kemasukan anak-anak ke sekolah khusus. Ramai yang suka mengeluh tentang perbelanjaan yang perlu dikeluarkan. Komplen komplen tanpa faham ni sampai ke sudah tidak ada pengakhiran.
Kos persediaan:
Yang ini ialah kos SEBELUM anak masuk ke asrama. Macam kita mau masuk rumah baru, pasti banyak benda yang perlu dibeli.
Baju kurung sekolah, kurung prep, seluar sukan, tshirt harian, baju tidur, seluar korporat, tudung, pakaian dalam, kasut sekolah, kasut sukan, kasut prep, selipar… Dan sebagainya…
Barang-barang kegunaan di asrama seperti baldi, gayung, hanger, sepit baju, dan sebagainya.
Barang-barang peribadi seperti shampoo, bedak, sabun mandi, sikat, getah rambut, dan sebagainya.
Stationaries seperti pen, pensel, segala jenis warna… Buku tidak perlu sebab akan dibeli di koperasi sekolah.
Ada sekolah yang menggunakan tablet atau laptop. Ibu bapa perlu sediakan juga. TETAPI, bahagian ini, sekiranya pelajar adalah golongan Pelajar Projek Khas, bantuan akan diberikan oleh pihak sekolah dan alumni.
Dan segala jenis barang yang akan melengkapkan kehidupan seharian anak-anak di sekolah.
Kos bahagian ini tertakluk kepada berapa banyak/helai, berapa mahal ibu bapa mau keluarkan belanja.
Kos semasa pendaftaran:
Biasanya waktu mendaftar (atau sebelum hari mendaftar), bayaran yang perlu dibuat ialah koperasi. Koperasi ni termasuk buku latihan, baju-baju sekolah yang rasmi seperti baju sukan, baju batik sekolah, baju korporat). Ada sekolah yang menyediakan perkakas seperti selimut, cadar…
Kos bahagian ini, dalam lingkungan RM700-900 (ikut apa yang sekolah wajibkan beli). Kebiasaannya, kita boleh bincang dengan pihak sekolah sekiranya kita tidak dapat bayar sekaligus. Keyword: BERBINCANG DENGAN SEKOLAH
Kos setelah masuk:
Bayaran dewan makan, dobi, PIBG. Untuk bayaran dewan makan dan PIBG, bayaran adalah mengikut tangga gaji ibu bapa. Yuran dewan makan bermula serendah RM400++ sehingga RM700++. Yuran PIBG tertakluk kepada sekolah. Ada sekolah bayaran PIBG tinggi untuk menampung aktiviti-aktiviti akademik/motivasi/sukan.
Kos bahagian ini pun boleh bawa bincang dengan pihak sekolah sekiranya perlu bantuan.
Kos bulanan:
Perbelanjaan anak-anak seperti snek, kantin, top up barangan peribadi, pembelian barang-barang sekolah seperti tshirt, topi… Bayaran aktiviti kelab dan persatuan…
Yang ni, kena kawtim dengan anak-anak lah. Mana yang boleh jimat, jimatkan.
Okay.
Berapalah mau sediakan untuk kemasukan tingkatan 1 atau 4 ke sekolah khusus?
Kalau ikut pengalaman saya, persediaan sebelum masuk lebih kurang RM2000, termasuk bayaran koperasi yang saya bayar sebelum hari pendaftaran. Tidak termasuk pembelian gajet dan kos perjalanan.
Kos keseluruhan (pengalaman saya, bukan pengalaman orang lain) untuk saya golongan M40, dalam RM2800-3000, tidak termasuk gajet, belanja bulanan, dan kos perjalanan.
Ini adalah kos untuk tingkatan 1 sahaja. Naik tingkatan 2 tidak perlu sudah bayar koperasi dan barang-barang keperluan asrama yang lain. Baju-baju pun pakai selagi muat.
Tujuan saya menulis panjang-panjang ni, untuk bagi warning awal-awal kepada ibu bapa yang bercadang masukkan anak-anak ke sekolah khusus. Janganlah buat-buat terkejut kata tak tahu lepas ni. Bersedia dari awal, since buka sekolah nanti pun kita akan berpuasa dan seterusnya menyambut hari raya. Banyak belanja yang akan perlu kita keluarkan.
Berbaloi atau tidak investment ini?
Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ada yang sesuai di asrama, ada yang tidak sesuai. Apa pun, kita cuba sebaik mungkin. Yang cenderung ke arah sekolah harian, In Syaa Allah rezeki anak-anak ada di sekolah harian. Yang bercita-cita masuk asrama, it will be an experience that you will never forget. Good or bad.
Nasihat saya kepada ibu bapa, buat sedikit research mengenai sekolah pilihan hati. Jangan komplen dan viralkan kata sekolah tu menyusahkan sebab wajibkan pelajar guna gajet, atau sekolah cerewet kena pakai specific jenis baju. Zaman teknologi ni, buka handphone semua info ada di tangan anda.
Okay?
(Sumber perkongsian oleh : Facebook Naziah Nawawie)
Baca juga:
Jadual Liga Super 2023: Tarikh & Keputusan Perlawanan
Ujian Memandu Percuma B2, Teksi, Bas, eHailing – Bajet 2023
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/semakan-sbp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=semakan-sbp