Majlis Aspresiasi Kemenjadian Sekolah 2023
Seperti biasa bila berada di penghujung takwim persekolahan, majlis aspresiasi kemenjadian murid akan diadakan oleh pihak sekolah & menjemput pelajar dan ibu bapa terlibat.
Majlis aspresiasi kemenjadian murid bertujuan untuk beri penghargaan & anugerah kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik & Kokurikulum.
Selepas beberapa tahun sekolah tak buat majlis melibatkan ibu bapa, akhirnya tahun 2023 baru ada rezeki meraikan kejayaan anak-anak.
Kali terakhir sekolah Ikhwan jemput ibu bapa adalah pada tahun 2019. Ikhwan tersenarai sebagai murid cemerlangpentaksiran bilik darjah Tahun 2.
Majlis Aspresiasi Kemenjadian Sekolah 2023 Syukur ke hadrat Ilahi, Hadza Min Fadhli Rabbi (Semua ini adalah kurnia dari Allah), Darjah 5 Ikhwan masih ada rezeki terima anugerah Kecemerlangan.
Lebih istimewa tahun ni, Raudah Sakinah berjaya habiskan Pra-Sekolah. Bertambah meriah dengan ragam anak-anak.
Raudah juga naik ke pentas untuk terima sijil tamat Pra Sekolah. Bulan lepas dah selesai tangkap gambar untuk majlis graduasi dia.
Sebagai tanda sokongan dan nak tunjuk pada anak-anak yang kami ibu ayah ni sentiasa sokong mereka jadi memang dah ingatkan suami mohon cuti.
Betul la dah jadi ibu bapa ni setiap apa kita buat semua anak-anak akan pandang dan nilai ikut kefahaman mereka.
Tak kisah kecil atau besar kejayaan, kita raikan saja. sebagai tanda sokongan. Sewaktu Guru Besar beri ucapan, banyak perkara yang GB sentuh berkenaan menghargai usaha anak-anak.
Hargai Pencapaian, Usaha Anak-Anak Macam biasa emak-emak sedunia, tiap kali hal anak disebut air mata mesti nak keluar. GB pesan jangan abaikan permintaan anak-anak walau sekecil mana.
Kecil di mata kita tapi amat besar di mata mereka. Hishh. Sedih pula rasa.
Semakin anak membesar ni semakin tua la usia Diah. Tahun ni sedikit berlainan perasaan. Asyik terfikir anak-anak yang tak terima anugerah.
Macamana dengan emosi mereka ya?
Oh ya, untuk Majlis Aspresiasi Kemenjadian, Kecemerlangan Sekolah hanya ibu bapa kepada anak-anak yang menerima anugerah / mengambil bahagian dalam persembahan sahaja yang dijemput.
Terbayang perasaan ibu bapa lain yang tak diemput. Mesti sedih kan? Atau biasa saja ya? Diah cuba meletakkan diri di tempat mereka. Ah pedih.
Apa yang berlaku, sewaktu majlis berlangsung, murid-murid yang tidak terlibat akan di bawa ke makmal / perpustakaan / bilik tayangan untuk lakukan aktiviti.
Waktu majlis tamat perasan juga kawan-kawan Ikhwan menjenguk ke bahagian dewan tempat ibu bapa berkumpul.
Dulu sewaktu Diah belajar, majlis anugerah dihadiri oleh semua murid. Ibu bapa pula ada pilihan untuk hadir atau tidak.
Tapi begitu lah kan, lain zaman lain cara. Lain cabaran dia. Jadi berlapang dada dengan pengurusan sekolah.
Tahun ni ada sedikit kelainan dan jadi lebih meriah dengan adanya photo booth yang disediakan pihak sekolah.
Masing-masing berebut nak bergambar untuk kenangan di masa depan. Ada juga prop tambahan. Macam tahun-tahun sebelumnya, persembahan dari murid Pra Sekolah berjaya mencuit hati.
Masing-masing dengan yakin diri menari ikut lagu Zaman P Ramli. Weh sumpah comel teruk. Dari awal dah beritahu cikgu yang Raudah tak dapat sertai persembahan.
Kesihatan kami sekeluarga agak tak menentu disebabkan cuaca. Risau ganggu latihan anak-anak. Jadi lebih baik beri peluang pada yang lain.
Semoga Ikhwan Hafeez dan Raudah Sakinah membesar jadi anak soleh dan solehah. Berjaya dunia akhirat. Tetaplah berusaha walau berapa kali tak berjaya.
Bukan hanya lihat hasil dia tapi pentingkan proses yang perlu dilalui. Esok lusa awak dah besar ada rezeki boleh baca tulisan mama ni.
Tahniah sekali lagi atas pencapaian.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/02/majlis-aspresiasi-kemenjadian-sekolah.html