Beli Baju Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari Murah Dan Berkualiti


Beli Baju Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Murah dan Berkualiti  |  Cuti sekolah pun dah bermula.. Alhamdulillah, lega rasa bila dah selesai beli baju sekolah dan segala kelengkapan kembali ke sekolah anak-anak aku. Selagi tak selesai selagi tu la memikirkannya. Seperti tahun lepas, aku masih memilih untuk membeli-belah kelengkapan sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari.. Dekat sini, semuanya ada. Boleh dikatakan Pusat Pakaian Hari-Hari ini merupakan one stop center. Dah tak perlu ke tempat lain, hanya di Hari-Hari segalanya ada. Murah dan berkualiti. 

Tahun ni nampaknya kena berbelanja lebih sikit sebabnya kena sediakan kelengkapan untuk 2 orang anak. Qhaliff dah masuk darjah 2 dan Aqiff 6 tahun. Banyak juga kelengkapan sekolah yang nak dibeli terutamanya kasut sekolah. Semuanya dah ketat. Selalu merungut sakit kaki. So, tahun ni kita beli baru. 
Pusat Pakaian Hari-Hari One Stop Center
Di kuantan ni banyak cawangan Hari-Hari tau. Tapi kali ni aku memilih untuk shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Lorong Tun Ismail 5, Kuantan. Aku suka shopping dekat sini sebabnya kedainya agak luas dan selesa untuk aku memilih barangan serta banyak pilihan


Seperti yang aku katakan tadi, Pusat Pakaian Hari-Hari ni merupakan one stop center. Semua kelengkapan sekolah ada dijual.. Dari A to Z.. Kalau korang yang jenis tak nak pergi jelajah banyak kedai, eloklah shopping di Hari-Hari sahaja.. Nak apa semua ada dari baju sekolah, seluar sekolah, tudung, stokin, kasut, beg, botol air, songkok, tali pinggang, alat tulis dan pelbagai lagi.. Jadi, dah tak perlu nak pergi kedai lain untuk shopping kelengkapan sekolah anak-anak. Hari-Hari pun dah cukup

Aku pergi shopping hari sabtu baru ni. Ramai juga ibu-bapa yang datang shopping di Hari-Hari.. Nasib la kedai dekat situ agak selesa untuk shopping walaupun ramai orang

Kenapa Aku Pilih Untuk Shopping Di Pusat Pakaian Hari-Hari?
Ok jom aku cerita kenapa aku pilih untuk shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari? Salah satunya ianya merupakan one stop center di mana kelengkapan persekolahan anak-anak semua ada di sini.. Bukan tu je, malah banyak pilihan barangan di Hari-Hari


Satu lagi, aku suka layanan staf mereka yang friendly.. Bermula dari pintu masuk, mereka dah ucap Selamat Datang kepada setiap pelanggan yang datang ke premis mereka dengan senyuman. Bukan setakat itu sahaja, malah bila kita perlukan bantuan, mereka akan bantu dengan santun walaupun ketika pelanggan ramai

Nak tahu lagi tak kenapa? Haaa ini paling aku suka tau di Hari-Hari.


Baju sekolahnya yang berkualiti. Serius aku sangat puashati. Anak aku pakai setahun tapi masih macam baru dan warna putihnya tak kuning. Itu kelebihan baju sekolah di Hari-Hari. Jenama apa? Sudah tentulah jenama Jony & Jeny pilihan aku. Satu lagi jenama No Problem. Aku belum cuba lagi jenama tu.. Insyaallah next year.. Tahun ni masih kekalkan jenama yang sama. Tapi kata orang, dua jenama ni memang kualitinya sama. Jahitannya pun kemas




Tahun ni ambil saiz besar sikit.. So, boleh la pakai lama sikit kan.. Baju tahun lepas pun  masih boleh guna cuma dah kecil sedikit dengan Qhaliff.. Ini buat tambahan baju sekolah, barulah tak rushing nak cuci kan.. hehe.


Begitu juga dengan seluar sekolah dari jenama yang sama.. Untuk seluar sekolah pula aku ambil jenama No Problem sebab jenama Jony & Jeny dah habis.. Laris betul seluar sekolah.. Banyak saiz dah habis time aku pergi tu.. Nasib baik la sempat grab jugak 2 helai.. Nak cari saiz pun mudah sebabnya cara penyusunan barang mereka sangat teratur mengikut saiz.. Jadi kalau pelanggan nak cari sendiri pun mudah





Bukan seluar sekolah je ada tau, tapi seluar sukan pun ada dijual.. Seluar sukan di Hari-Hari banyak pilihan.. Banyak jenis fabrik.. So, boleh la pilih mengikut keselesaan.. Apa yang penting, seluar sukan di Hari-Hari sangat berkualiti dan puashati.


Satu lagi yang aku suka, kasut di Pusat Pakaian Hari-Hari.. Kasut pun jenama sama jugak.. Pendek kata, kalau tengok jenama Jony & Jeny dan No Problem tu, haa itu barangan dari kedai Hari-Hari lah.. Kasut aku suka sebab ringan dan design smart.. Aku bab kasut agak cerewet. Nak yang nampak moden dan smart bila di pakai. Alhamdulillah di Pusat Pakaian Hari-Hari ada kasut sekolah yang aku berkenan dengan designnya.. Kasut memang ringan dan selesa di pakai. Anak-anak pun suka





Inilah kasut pilihan Qhaliff.. Satu ala-ala kasut sport, bolehlah guna time jadual Pendidikan Jasmani kan.. Dan satu lagi sesuai la kalau time hujan.. Takde la basah kasut.. Yang penting kasut sekolah Jony & Jeny ni ringan dan selesa.


Tahun ni beg sekolah memang tak beli.. Pakai je yang tahun lepas masih elok.. Beli yang perlu sahaja.. hehe.. Bab pemilihan stokin aku agak complicated.. Qhaliff agak cerewet bab stokin.. Ada je yang tak kena dengan dia.. So, kali ni aku beli saiz besar sikit supaya dia lebih selesa.. Stokin di Hari-Hari pun memang selesa materialnya.. Cuma nak kene pandai pilih saiz la.. 

Banyak lagi keperluan sekolah yang ada di Pusat Pakaian Hari-Hari sebenarnya seperti beg sekolah, tudung, anak tudung, botol air, tali pinggang, songkok, alat tulis, pakaian dalam dan pelbagai lagi. Bagi anak-anak yang baru nak mulakan persekolahan, aku recommend sangat ibu-bapa untuk berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari ni.. Murah, banyak pilihan dan berkualiti. Memang berbaloi-baloi.

Beg Sekolah
Sampin
Botol Air

Alat Tulis

Promosi Kembali ke Sekolah Kembali Lagi 2023 di Pusat Pakaian Hari-Hari
Selain dari ke Pusat Pakaian Hari-Hari, korang juga boleh beli secara online tau.. Kot ada yang tiada masa lapang untuk ke kedai, so boleh la beli secara online sahaja.. Now, ada Promosi Kembali Ke Sekolah (Back To School) di online store dan juga di Shopee. Jom lihat promosi yang ada.

Pembelian di Online Store 👉 www.ehari.com Diskaun 10% untuk semua barang keperluan sekolah berharga RM10 dan ke atas.
Pembelian di platform Shopee 👉  harihari_ Diskaun 10% untuk semua barang keperluan sekolah berharga RM10 dan ke atas. Diskaun 5% bagi pengikut baru kedai harihari_ di Shopee dengan pembelian minima RM50. Extra diskaun untuk item terpilih Shocking Sales. Jangan lupa follow Shopee harihari_ tau!
98 Cawangan Hari-Hari Seluruh Malaysia
Marilah pergi Hari-Hari

Bila sebut je Hari-Hari mesti terngiang-ngiang lagu tu kan.. Kalau korang nak tahu sekarang ni Pusat Pakaian Hari-Hari dah ada 98 cawangan di seluruh Malaysia.. Bila dah ada di merata tempat ni, lagi mudah la kita nak shopping kan.. Oh ya, kalau korang  nak check cawangan Hari-Hari yang berdekatan korang, boleh la check dekat sini 👉 http://www.hari.com.my/locator 
Kalau rasa takde masa nak keluar pergi shopping, korang juga boleh beli secara online.. Lagi  mudah.. Terus sampai depan pintu rumah.. Cuma kena tau la saiz yang tepat.. Hehe.


Hari-Hari Online Storehttp://ehari.com.my   Hari-Hari Shopeehttp://shopee.com.my/harihari_  Hari-Hari Lazadahttps://lazada.com.my/shop/hari-hari

Marilah Pergi Hari-Hari!

Bagi korang yang belum shopping lagi kelengkapan sekolah anak-anak tu, aku recommend sangat korang shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari. Aku yakin korang pasti puashati dengan harga dan kualitinya. Yang mana takde masa nak keluar shopping atau memang tak suka nak terjah kedai, boleh je beli secara online.. Cepat tau, sementara promosi masih ada.. Rugi tak grab

Marilah Pergi Hari-Hari! 😍

Untuk maklumat lanjut boleh layari 👇 
Website : www.hari.com.my Facebook : www.facebook.com/harihariInstagram : www.instagram.com/harihariofficial




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2023/02/beli-baju-sekolah-di-pusat-pakaian-hari-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baju Sekolah Murah Dan Berkualiti Tinggi 2023 Di Pusat Pakaian Hari Hari

Baju Sekolah Murah Dan Berkualiti Tinggi 2023 Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 371 hits
Pejam celik pejam celik 20 Mac 2023 ni merupakan tahun kedua EanRifqee belajar di sekolah kebangsaan Tahun depan pulak adiknya DianMikayla pulak dah nak bersekolah Pejam celik pejam celik dah 9 tahun dah usia dia dan adiknya pulak dah masuk...
Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Utama Ibu Bapa Beli Kelengkapan Sekolah Anak

Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Utama Ibu Bapa Beli Kelengkapan Sekolah Anak

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 296 hits
hai assalammualaikumPusat Pakaian Hari Hari Pilihan Utama Beli Kelengkapan Sekolah Anak Korang dah selesai belum beli kelengkapan sekolah anak Tahun ni masuk persekolahan tahun baru bulan 3 Nad baru nak beli barang sekolah anak ni Biasalah ...
Pakaian Sekolah Berkualiti Pilihan Ibu Bapa Di Pusat Pakaian Hari Hari

Pakaian Sekolah Berkualiti Pilihan Ibu Bapa Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 252 hits
Pakaian Sekolah Berkualiti Pilihan Ibu Bapa Di Pusat Pakaian Hari Hari Assalamualaikum Hi korang Pagini KakYa nak kongsi cerita KakYa dan anak anak bujang shopping pakaian dan kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari Alhamdulillah Kak...
Kenapa Aku Beli Baju Sekolah Di Hari Hari

Kenapa Aku Beli Baju Sekolah Di Hari Hari

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 189 hits
Lagi berapa minggu sesi persekolahan sesi 2023 2024 dah nak bermula Pejam celik pejam celik kejap je anak aku dah nak masuk darjah 5 pulak Daripada dulu kecik dok berkepit celah ketiak berdukung kena bebel kena marah gelak gelak tengok teng...
Mengalir Juga Air Mata Mommy Anzalna Kongsi Pengalaman Hantar Eidrees Hari Pertama Sekolah

Mengalir Juga Air Mata Mommy Anzalna Kongsi Pengalaman Hantar Eidrees Hari Pertama Sekolah

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 177 hits
Pejam celik cepat saja anak anak membesar Rasa seperti baru saja mengandungkan dia tiba tiba hari ni dah boleh ke sekolah Sudah tentu sebagai ibu kita mahukan yang terbaik dan teruja melihat perkembangan mereka kan Begitu juga dengan selebr...
Pusat Aksesoris Sangkar Burung Murah Harga Grosir

Pusat Aksesoris Sangkar Burung Murah Harga Grosir

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 227 hits
Pusat Aksesoris Sangkar Burung Murah Harga Grosir Sobat kicaukan tak lengkap rasanya jika berbicara burung kicau tanpa sangkar Ya ibarat nasi tanpa piring Sangkar burung adalah tempat dimana sang burung kesayangan kita tinggal Sangkar burun...
Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah

Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 293 hits
Alhamdulillah Syukur sangat bila tengok anak anak naik pentas menerima hadiah Walaupun bukan yang terbaik Tapi ini adalah satu pencapaian yang membanggakan Kali ni Aril dan Ucid berjaya naik pentas Sarah walaupun tak naik pentas Keputusan p...
Pedagang Pasar Tolak Pembatasan Pembelian Minyakita 2 Liter Per Hari

Pedagang Pasar Tolak Pembatasan Pembelian Minyakita 2 Liter Per Hari

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 161 hits
Ikatan Pedagang Pasar Indonesia menolak kebijakan pembatasan pembelian Minyakita maksimal 2 liter per orang untuk satu hari Selain itu pembelian minyak goreng curah juga ikut dibatasi maksimal 10 kilogram per orang untuk satu hari
Polisi Berkuda Hibur Warga Saat Hari Bebas Kendaraan Bermotor Di Jakarta

Polisi Berkuda Hibur Warga Saat Hari Bebas Kendaraan Bermotor Di Jakarta

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 126 hits
Polisi Berkuda Hibur Warga saat Hari Bebas Kendaraan Bermotor di Jakarta Polisi berkuda selain ditugaskan untuk pengamanan simpatik juga dapat menghibur warga dan anak anak saat Hari Bebas Kendaraan Bermotor di kawasan Bundaran HI
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian