Semakan Status Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2022


Semakan Status Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2022 (eSSEM)

 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa permohonan bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) untuk sesi 2022 telah dibuka.  Bagaimanakah cara permohonan SSeM dan cara semakan? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
 
APA ITU SEKOLAH SENI MALAYSIA (eSSeM)
Untuk makluman, SSeM ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.  Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, SSeM secara keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan kesenian dan akademik.
Di SSeM, terdapat 4 bidang pengajian bagi menengah rendah bagi Tingkatan 1, 2 dan 3 iaitu Muzik, Seni Visual, Tari dan Teater manakala 6 bidang pengkhususan bagi murid di peringkat menengah atas bagi Tingkatan 4 dan 5 iaitu, Muzik, Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi Visual, Tari dan Teater.
Pengambilan murid ke SSeM hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja dan tiada pengambilan untuk ke Tingkatan 2, 3, 4 atau 5. Murid-murid yang memohon secara atas talian akan dipanggil menghadiri Sesi Serlahan Seni (SSS) untuk penilaian bakat-bakat murid.
 
TARIKH PERMOHONAN SEKOLAH SENI MALAYSIA 2022
Permohonan secara online dibuka kepada calon yang berminat mulai  15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
 
SENARAI SEKOLAH SENI DI MALAYSIA
Sehingga kini, terdapat 5 buah SSeM di seluruh Malaysia iaitu:
Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ), Masai Johor Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS), Kuching Sarawak Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL), Kuala Lumpur Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara. Program Pendidikan Seni, SMK Elopura, Sandakan Sabah  
SUBJEK YANG DIAJAR DI SEKOLAH SENI MALAYSIA
Berikut adalah antara subjek yang di ajar mengikut tingkatan:
Bagi tingkatan 1 – 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah: Pendidikan Kesenian – seni muzik; seni tari; seni teater; seni visual; Subjek Teras – Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Matematik; Sains; Sejarah; Pendidikan Islam atau Pend. Sivik dan Kewarganegaraan; Pendidikan Jasmani dan P. Kesihatan. Bagi tingkatan 4 – 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah: Pendidikan Kesenian – Seni Muzik; Seni Tari; Seni Teater; Seni Visual; Seni Halus; Komunikasi Visual; Reka Bentuk. Subjek Teras – Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Matematik Moden; Sains; Sejarah; Pendidikan Islam atau Pend. Sivik dan Kewarganegaraan; Pendidikan Jasmani dan P. Kesihatan. Elektif Kemanusiaan – Prinsip Akaun; Perdagangan; Kesusasteraan Melayu.  
SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH SENI MALAYSIA
Permohonan ke SSeM tertakluk kepada beberapa syarat kemasukan iaitu:
Pemohon mestilah warganegara Malaysia Pemohon berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian sama ada Seni Visual/Tari/Teater/Muzik. Pemohon sihat tubuh badan Hanya permohonan secara atas talian atau online akan diproses. Murid-murid yang berminat untuk memasuki SSeM perlu memenuhi beberapa syarat kemasukan iaitu:
Calon mestilah daripada sekolah bantuan penuh kerajaan. Calon mestilah lulus Uji Bakat yang dilaksanakan secara dalam talian. Calon juga bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan Calon yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan. Rekod kesihatan calon perlulah dikemukakan. Permohonan akan ditolak sekiranya calon didapati memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.  
CARA PERMOHONAN SEKOLAH SENI MALAYSIA 2022
Bagi Permohonan kali pertama, calon hendaklah daftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan cara daftar:
Layari laman web https://essem.moe.gov.my/ Klik link ‘Daftar Kali Pertama’ untuk mendaftar. Isikan no kad pengenalan, kata Laluan, soalan keselamatan dan jawapan dengan lengkap. Klik butang ‘Daftar’ dan maklumat pendaftaran akan dipaparkan dan pengguna boleh mencetak maklumat pendaftaran. Calon-calon yang berminat untuk memohon boleh mengikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:
Log masuk akaun Calon Klik ‘Isi Borang’ untuk meneruskan permohonan. Isi maklumat yang mengandungi: Maklumat pemohon Maklumat keluarga Maklumat kokurikulum dan kepimpinan Klik butang ‘Simpan’ di akhir setiap paparan. Setelah selesai mengisi ketiga-tiga maklumat tersebut, klik butang ‘Hantar.’  
SESI UJIBAKAT SEKOLAH SENI MALAYSIA 2022
Murid-murid yang memohon secara atas talian akan dipanggil menghadiri Sesi Serlahan Seni (SSS) untuk penilaian bakat-bakat murid melalui rakaman video:
Calon perlu muat turun dan mencetak lampiran soalan bagi bidang seni yang dipilih selepas klik hantar permohonan. Calon dikehendaki berpakaian kemas dan bersesuaian semasa rakaman. Bagi calon bidang seni persembahan, calon diminta memakai tshirt berkolar hitam, seluar trek hitam, tudung hitam/rambut disanggul kemas (calon perempuan). Calon diminta untuk mendapatkan bantuan guru atau ahli keluarga semasa membuat permohonan serta penyediaan rakaman uji bakat. Rakaman dalam bentuk MP4 perlu diletakkan dalam satu fail dan namakan fail tersebut dengan No KP Pemohon (rujuk panduan yang diberikan dalam borang permohonan yang telah dimuat turun). Sila muat naik fail tersebut ke dalam google drive masing-masing. Dapatkan pautan (link) dan masukkan pautan tersebut ke dalam laman sesawang eSSeM pada ruangan yang disediakan. Calon perlu hantar rakaman video yang disediakan selewat-lewatnya 30 Oktober 2021.  
SEMAKAN KEPUTUSAN SEKOLAH SENI MALAYSIA
Semakan keputusan permohonan boleh disemak pada bulan Disember 2021/Januari 2022 (tarikh adalah tertakluk kepada perubahan) di pautan https://essem.moe.gov.my
 
PERMOHONAN RAYUAN SEKOLAH SENI MALAYSIA
Rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni diumumkan Keputusan rayuan dapat diketahui dua minggu selepas tarikh pendaftaran murid tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni.  
SOALAN LAZIM SEKOLAH SENI MALAYSIA (eSSeM)
Apakah bidang ditawarkan di Sekolah Seni?
Muzik; Tari; Teater; Seni Visual.  
Adakah pelajar akan mengambil matapalejaran sains seperti Biologi, Kimia, Fizik,dll?
Tidak.
 
Adakah sekolah seni ini adalah sekolah berasrama penuh (SBP)?
Tidak. Namun ianya berkonsepkan sekolah berasrama penuh.
 
Adakah terdapat pengambilan murid selain dari tingkatan 1?
Tidak. Hanya pengambilan pelajar tingkatan 1 sahaja.
 
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang pertanyaan berkaitan mengenai pendaftaran Sekolah Seni Malaysia, calon boleh menghubungi:
Pn Zuraini Binti Abu Hassan: 03-88721616 En Jamil Hamzah Bin Sazali: 03-88721620 Bgai mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila layari https://essem.moe.gov.my/
 
ARTIKEL LAIN
CONTOH SOALAN UKKM MRSM 2022 (Format Terkini & Contoh Jawapan )
The post Semakan Status Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2022 (eSSEM) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/sekolah-seni-malaysia-essem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takwim Persekolahan Dan Cuti Sekolah Sesi 2022 2023

Takwim Persekolahan Dan Cuti Sekolah Sesi 2022 2023

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 1637 hits
Takwim Persekolahan Dan Cuti Sekolah Sesi 2022 2023 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan Sesi Persekolahan 2022 2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 bagi semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Menurut KPM Kalendar...
Kalendar Dan Takwim Akademik Sesi 2022 2023 Tarikh Cuti Sekolah

Kalendar Dan Takwim Akademik Sesi 2022 2023 Tarikh Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 1736 hits
Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin kongsikan kenyataan media berkaitan Takwim Akademik Sesi 2022 2023 bersama sama sesi persekolahan penggal 3 tahun 2021 2022 BACA KPM dalam kenyataan tersebut memaklumkan dimana Sesi Persekolahan Penggal 3 2...
Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi 2022 2023

Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi 2022 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 867 hits
Maklumat mengenai kalendar akademik atau takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah sesi 2022 2023 Takwim rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia ini menyatakan tarikh tarikh mula dan akhir persekolahan setiap penggal tarikh cuti sekolah ...
Kpm Sesi Persekolahan Tahun Depan Bermula 21 Mac 2022

Kpm Sesi Persekolahan Tahun Depan Bermula 21 Mac 2022

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 300 hits
Sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2022 2023 ditetapkan bermula 21 Mac 2022 bagi semua sekolah di seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astr...
Anwar Ibrahim Perlu Debat Hadi Awang Tentang Status Negara Malaysia

Anwar Ibrahim Perlu Debat Hadi Awang Tentang Status Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 217 hits
Khalid Samad dari Parti Amanah kecoh suruh Umno debat dengan Anwar Ibrahim Kalau betul nak debat kenapa Anwar takut nak debat dengan Tok Guru Abdul Hadi Awang tentang status negara Malaysia Adakah Malaysia ini negara sekular macam Pakatan H...
Takwim Sekolah 2022 2023 Dah Keluar

Takwim Sekolah 2022 2023 Dah Keluar

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 729 hits
Takwim persekolahan 2022 2023 dah keluar untuk rujukan semua ibu bapa Jom save the date Rancanglah aktiviti dan cuti anda nanti ye Disertakan sekali tarikh cuti perayaan 2022 2023 di bawah ini Bulan 12 ada cuti sekolah selama 3 minggu bermu...
Permohonan Kolej Vokasional Sekolah Menengah Teknik 2022

Permohonan Kolej Vokasional Sekolah Menengah Teknik 2022

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 255 hits
PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2022 Bagi mereka yang mempunyai minat dalam pendidikan yang ditawarkan di KOLEJ VOKASIONAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2022 boleh melakukan permohonan kemasukan SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONA...
Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2022 2023

Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2022 2023

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 593 hits
Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2022 2023 Assalammualaikum semua Pada hari Isnin 15 November 2021 pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Takwim Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2022 2023 Sebagai ibu bapa kepada pela...
Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 2022 Kalendar Akademik Sesi 2022 2023

Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 2022 Kalendar Akademik Sesi 2022 2023

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 870 hits
Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 2022 Kalendar Akademik Sesi 2022 2023 Berikut adalah jadual atau takwim persekolahan untuk penggal ketiga tahun 2021 2022 dan juga takwim The post appeared first on
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams