Semakan Spakk Sijil Pendidikan Awal Kanak Kanak
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA KEMAS) TAHUN 2024 (kis.kemas.gov.my)
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon tawaran mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS bagi tahun 2024.
Calon-calon Temuduga kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) yang telah berlangsung pada 4 hingga 5 Disember 2023 yang lalu boleh mula menyemak keputusan mulai 28 Disember 2023.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan tawaran ini.
Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak 2024 (SPAKK KEMAS)
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:
Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 – 4 Tahun
Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun
MAKLUMAT KURSUS
Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja.
SYARAT KELAYAKAN
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Warganegara Malaysia;
Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
Diploma akademik dalam bidang pendidikan awal kanak- kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.
Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).
Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://kis.kemas.gov.my
Sila rujuk langkah-langkah pendaftaran dan permohonan online seperti berikut:
Baca juga:
Malaysia Madani : 6 Rukun, Maksud & Konsep Pelaksanaan
10 Orang Terkaya di Dunia (2023)
Tarikh Semakan Keputusan Permohonan
Calon-calon Temuduga kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) yang telah berlangsung pada 4 hingga 5 Disember 2023 yang lalu boleh mula menyemak keputusan mulai 28 Disember 2023.
Semakan boleh dibuat melalui pautan https://kis.kemas.gov.my/
PERHATIAN BAGI CALON YANG BERJAYA : Kursus akan bermula pada 8 Januari hingga 6 April 2024 nanti.
Maklumat Lanjut Permohonan Online (kis.kemas.gov.my)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran dan pautan di bawah : https://kis.kemas.gov.my
Manual-Pengguna-Awam-kis-kemasDownload
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui saluran berikut:
Facebook: KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
Telefon : 03-8891 2682
Tiktok : kemastv1
Youtube: kemastv
Laman web rasmi: https://kemas.gov.my
Laman permohonan rasmi: https://kis.kemas.gov.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/spakk-kis-kemas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=spakk-kis-kemas