Rutin Bonda Bertukar Sejak Awal Tahun 2025


Bonda akan menyambut hari lahirnya ke 89 pada bulan Julai ini. Bonda masih nampak sihat, masih berselera untuk makan tapi tenaga bonda dah tak macam dulu. Kalau makan tu sama banyak yang tumpah bila menyuap tapi umi akan biarkan bonda makan sendiri sebab tu salah satu cara untuk bonda exercise tangan. Bonda dah tak boleh berjalan atau bangun dengan sendiri.


Isnin, Selasa Dan Khamis : Rutin PagiSelesai urusan di rumah, umi akan bertolak ke rumah bonda seawal jam 8 atau 8.30 pagi. Kalau awal tahun ni umi akan angkat bonda seawal umi sampai tapi tidak lagi sekarang. Bonda akan diangkat dari katil ke kerusi roda dalam jam 9.45 atau 10 pagi. 
Bukan tak nak bangunkan awal tapi kalau awal letak kat kerusi roda, awal jugalah bonda nak mintak diletakkan kembali ke katil. Bonda dah tak larat nak duduk lama.
Selalunya mereka yang tidur di rumah bonda akan bagi breakfast sebelum umi sampai tapi umi tetap akan buatkan secawan kopi dan biskut ataupun mee goreng. Selesai sarapan, umi akan bagi bonda tonton tv sambil kami berborak tapi bonda tak pun menonton. 
Sesekali bonda akan tanya siapa yang akan datang hari ni. Bonda akan sebut semua nama anak-anak dan cakap seronok kalau diaorang ada. Sesekali akan tanya pasal Tokmak Jamaliah (mak bonda), sebut nama-nama kakak dan abang-abang dia dan tak lupa nama abah.
Kalau dulu kerap bonda cakap, "mana pergi abah ni, tak balik lagi". Jadi kami akan cakap yang betul, abah dah tak ada dan bonda akan jawab "ohh".
Waktu makan tengahari pula umi akan bagi dalam jam 11.45 dan bonda akan ambil masa dalam 30 ke 45 minit untuk makan. Jadinya selesai dalam jam 12.15, bagi makan ubat dan rehat sebelum bawa masuk ke bilik untuk dibaringkan.
Selesai semuanya umi akan gerak balik jam 12.45 atau 1 petang untuk memasak dan makan tengahari jam 5 petang bersama habibi


Rabu & Jumaat : Bermalam Rumah Bonda Rutin tidur pada hari Selasa dan Khamis. Pagi hari sama dengan rutin hari Isnin, umi akan ke rumah bonda selepas selesai kerja rumah. Rutin siang berakhir selepas bonda makan tengahari dan dibaringkan.
Lepas Maghrib, umi akan kembali ke rumah bonda untuk ambil tugasan bermalam. Selalunya umi akan sampai sebelum jam 8 malam. Bonda dan dimasukkan ke bilik, dah diberi makan malam oleh Kak Ndak.
Pagi Rabu dan Pagi JumaatKalau sebelum ni seawal jam 7 umi dah mandikan bonda tapi sekarang ni memang umi akan lewatkan hingga jam 8.30 atau 8.45 untuk mandikan. 
Lepas mandikan, pakaian pakaian dengan wangian, pakai tudung dan tolak kerusi roda bonda ke hallway untuk bonda nikmati pemandangan. Ala cuma pandang arah jalan besar, dengan kenderaan lalu lalang dan sesekali bonda akan ditegur jiran.
Jiran-jiran lama pun dah ramai tak ada, semua dah pergi dijemput Illahi.
Sesambil tu umi selesaikan tugasan membasuh dan menyidai pakaian. Sediakan makan pagi dan siap-siap masak nasi dan lauk untuk tengahari.
Jam 9.30 pagi, tolak kerusi roda bonda masuk dan bonda akan makan sarapan. 


Selesai sarapan, tolak balik kerusi roda bonda untuk sesi menonton. Masa ni lah kami akan berborak, mengadap tv walau tak menonton sepenuhnya.


Makan tengahari pulak tak boleh lewat macam dulu, seawal jam 11.30 pagi dah bagi makan, tu sebab nak elak dari bonda minta dibaringkan. Kalau boleh memang nak tahan sampai jam 12 tapi tidak lagi sekarang ni.
Selesai makan, bagi makan ubat, suruh bonda rehat. Tu pun jenuh nak tahan, sesambil umi akan menyapu sampah, lap meja untuk buy time.
Jadi selewat-lewatnya jam 12.30 tengahari dah kena bawa masuk ke bilik untuk baring.
Memang bonda dah tak larat sangat dah sekarang ni, sakit belakang dan sakit di punggung memang membuat bonda tak selesa duduk lama. Isi kat punggung pun dah menipis, jadi memang sakit lah kalau duduk lama.
Bila bonda dah diletakkan di atas katil, umi akan settle kerja rumah seperti melipat baju, basuh pinggan mangkuk, tutup semua suis api kecuali kat tv. Umi akan pastikan semuanya selamat sebelum gerak balik.
Sesi caretaker bahagian petang akan diambil Kak Ndak yang akan sampai dalam jam 2.30 petang setiap hari dan rutin kami hanya pada hari Isnin hingga Jumaat. 


Sabtu & AhadHari Sabtu dan Ahad akan diambil alih oleh kakak-kakak dan abang yang akan ambil giliran. 
Dan hari Sabtu dan Ahadlah hari untuk umi ke pasar, mengemas rumah sendiri, memasak dengan tenang dan selesaikan kerja kat rumah yang tak pernah selesai.
Begitulah rutin kami adik beradik dalam menjaga bonda yang sudah semakin uzur. 
Semoga dipermudahkan urusan bonda dan urusan kami adik beradik dan semoga Allah swt berikan kami kesabaran dan ketabahan dalam menjaga bonda.
Jujurnya, menjaga orang tua yang tidak sihat atau sakit ni memerlukan bukan hanya fizikal yang sihat dan kuat tapi juga mental. 
Kita akan cepat penat dan kita perlukan sokongan ahli keluarga dan orang sekeling supaya mental kita kuat.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2025/06/rutin-bonda-bertukar-sejak-awal-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja Naik Taraf Paip Lama Di Taman Tas Akan Dimulakan Selewat Lewatnya Awal Tahun Depan Kos Cecah Rm6 Juta

Kerja Naik Taraf Paip Lama Di Taman Tas Akan Dimulakan Selewat Lewatnya Awal Tahun Depan Kos Cecah Rm6 Juta

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 131 hits
KUANTAN Kerja naik taraf paip lama di Taman Tas dekat sini akan dimulakan selewat lewatnya awal tahun depan Proses tender bagi kerja berkaitan bakal dikeluarkan bulan Ogos ini Perkara itu dimaklumkan ahli parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shah...
7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 137 hits
7 Kerja Sampingan Guna Alat AI Paling Menguntungkan di Tahun 2025 Adakah anda sedang mencari cara untuk menambah pendapatan pada tahun 2025 Teknologi kecerdasan buatan kini membuka pelbagai peluang kerja sampingan yang boleh dilakukan dari ...
Makluman Bekalan Ternakan Korban Dijangka Mencukupi Menjelang Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 2025

Makluman Bekalan Ternakan Korban Dijangka Mencukupi Menjelang Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 2025

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 128 hits
Menurut Kenyataan Siaran Media Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan KPKM menjangkakan bekalan ternakan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh Malaysia bagi tahun 2025 adalah mencukupi dan dapat memenuhi permintaan
Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 150 hits
Kecoh di media sosial hari ini mengenai kisah seorang wanita yang bergelar ibu dan isteri kategori asnaf tampil memberi kritikan terhadap pemberian bantuan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang dianggap kuno Dalam video itu wanit...
Badut Sarkas Dalam Kkm Tahun 2025 Tapi Masih Hidup Dalam Penipuan Dan Lakonan

Badut Sarkas Dalam Kkm Tahun 2025 Tapi Masih Hidup Dalam Penipuan Dan Lakonan

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 145 hits
Dr Ahmad FadliKatanya KKM cukup staf Semua OK Tak ada isu besar 2025 kot Bukan zaman Jahiliah zaman batu Rakyat dah makin sakit staf kesihatan makin lunyai tapi ada yang masih berlakon macam semua cantik dan sempurna Ingat tak Mantan Ex DG ...
Pelindung Awal Untuk Mini Superhero Power Up Sejak Lahir

Pelindung Awal Untuk Mini Superhero Power Up Sejak Lahir

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 93 hits
Setiap titisan vaksin menyimpan satu perisai perlindungan yang mampu menyelamatkan nyawa si kecil Imunisasi bukan sekadar suntikan biasa ia adalah proses memberi latihan kepada sistem ketahanan badan bayi untuk menghasilkan antibodi secara ...
Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 242 hits
Malaysia s rich cultural heritage took centre stage at the ASEAN Chairmanship 2025 Gala Dinner as Masterpiece by Masrina Abdullah was selected to design the official batik attire worn by leaders from ASEAN Member States China and the Gulf C...
Hello Me 2025

Hello Me 2025

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 153 hits
Selagi hidup bersama masa Selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia
Stl Division 1 Pasukan Layak Ke Stl Premier League 2025

Stl Division 1 Pasukan Layak Ke Stl Premier League 2025

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 176 hits
STL Division 1 Senarai Pasukan Layak ke STL Premier League 2025 STL Division 1 2025 kembali lagi dengan aksi yang lebih sengit dan format permainan yang diperbaharui Kejohanan kali ini menjanjikan pengalaman sukan sepak takraw yang menarik ...
Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran

Pertama Kali Melihat Telur Ayam Penelur

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Resipi Tuna Puff Yang Rangup Ringkas Enak

Monolog Berdiri 2

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang