Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 2025
MAKLUMAN MURID TAHUN 1 (2024) : SEMAKAN TAHUN 1 & PROSES PENGESAHAN PENEMPATAN ONLINE BAGI SESI 2024 / 2025
Mohon ibu bapa yang anak mereka yang akan memasuki darjah 1 Tahun 2024, sila ambil maklum tarikh penting untuk semakan dan cetak surat penempatan anak Tuan / Puan.
Surat penempatan ini nanti dibawa bersama sewaktu mendaftar anak pada bulan Februari nanti.
Adalah dimaklumkan bahawa keputusan penempatan Tahun Semakan pengesahan penempatan & permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2024 / 2025 di sistem idME akan dibuka mulai 1 Oktober 2023 untuk memudahkan ibu bapa membuat cetakan untuk pendaftaran.
Jadi, bagi ibu bapa yang dah lupa dekat mana slip penempatan Tahun 1 untuk pendaftaran sekolah anak bulan Mei 2023 yang lalu, jangan lupa buat semakan dan war-warkan juga pada ibu bapa yang lain ya.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan bagi pendaftaran yang telah dibuat bagi sesi 2024/2025.
Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2024 / 2025
PENGESAHAN PENEMPATAN boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau dalam talian.
Tarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1
Tarikh surat keputusan penempatan : 1 Oktober 2023
Tempoh rayuan : 1 Oktober hingga 30 Oktober 2023
Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 30 Oktober 2023
Tarikh keputusan rayuan : 1 Oktober 2022
NOTA:
Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.
Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.
Proses pengesahan dan semakan penempatan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:
Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.
Layari laman web https://idme.moe.gov.my/login
Tekan butang Log masuk
Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
Setelah itu, pilih Semakan Penempatan
Status permohonan murid akan dipaparkan.
Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Rujuk contoh surat tawaran penempatan Tahun 1 seperti di bawah:
Baca juga: Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK JKM) RM1000 Sebulan
TINDAKAN IBU BAPA
Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.
PERAKUAN PENEMPATAN
Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
Permohonan Rayuan
Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi penempatan yang diterima, anda boleh membuat rayuan mulai 1 Oktober hingga 30 Oktober 2023.
sila rujuk panduan di bawah:
Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
TINDAKAN SEKOLAH
MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan proses kerja tersebut.
Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 KPM Online (public.moe.gov.my)
Terlupa Kata Laluan
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)
Maklumat Lanjut
Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui sistem
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/semakan-tahun-1/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=semakan-tahun-1