Semakan Keputusan Permohonan Upuonline 2024 2025


Semakan Keputusan Permohonan UPUONLINE Lepasan SPM / Setaraf Sesi Akademik 2024
[PEMAKLUMAN] Keputusan UPUOnline SPM / STPM Sesi Akademik 2024 boleh disemak secara atas talian melalui portal rasmi UPU.
Sila rujuk butiran di bawah untuk maklumat selanjutnya.
Permohonan UPUOnline Fasa 1 & 2 Sesi Akademik 2024 Permohonan Fasa 2 UPUOnline® bagi kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) akan dibuka mulai hari ini (29 April 2024) hingga 9 Jun 2024. Permohonan ini hanya dibuka bagi program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian sahaja.
Semua calon yang berkelayakan adalah dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi. Terdapat sebanyak 504 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,114 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara.
Calon boleh membuat pembelian Nombor PIN UPUOnline® melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 Februari 2024 sebelum mengemukakan permohonan. Kaedah Bayaran Proses UPUOnline® di BSN melalui 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN. BSN akan mengeluarkan Nombor Pin UPUOnline® berserta salinan resit pembayaran. Calon juga dinasihati untuk pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan. Bagi calon yang telah membuat pembelian nombor PIN pada Fasa 1 juga boleh mengemaskini permohonan ketika Fasa 2 ini.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-
BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62200 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: [email protected]
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA
TikTok: BKPAUPU
Baca juga:
Permohonan UPUOnline 2024/2025 Fasa 2 Pelepasan Cukai Sukan 2024: Senarai 103 Sukan Tersenarai Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2025/2026 Tempoh Semakan Keputusan UPUOnline 2024 Sila rujuk tarikh-tarikh penting di bawah untuk mengetahui tempoh semakan keputusan UPUOnline sesi 2024:
CALON LEPASAN SPM
Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), tarikh hebahan keputusan bagi pemohon lepasan SPM akan bermula pada MINGGU PERTAMA JULAI 2024.
Tempoh setuju terima adalah selama 9 hari dan surat tawaran akan dikeluarkan 1 hari selepas hebahan rasmi.
Tempoh rayuan akan diberikan selama 10 hari.
Manakala pendaftaran pelajar baharu akan bermula pada tarikh berikut:
Pendaftaran pelajar baharu : Minggu ke-4 Julai 2024 Pendaftaran Pelajar Baharu (Rayuan) : Minggu ke-3 Ogos 2024 Bagi pelajar yang memilih kursus yang mempunyai temuduga atau ujian, proses ini akan bermula sepanjang bulan Mei hingga Ogos 2024.
CALON LEPASAN STPM
Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), tarikh hebahan keputusan bagi pemohon lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / Diploma / Setaraf akan bermula pada MINGGU KEDUA SEPTEMBER 2024.
Tempoh setuju terima adalah selama 9 hari dan surat tawaran akan dikeluarkan 1 hari selepas hebahan rasmi.
Tempoh rayuan akan diberikan selama 10 hari.
Manakala pendaftaran pelajar baharu akan bermula pada tarikh berikut:
Pendaftaran pelajar baharu : Minggu ke-4 September 2024 Pendaftaran Pelajar Baharu (Rayuan) : Minggu ke-2 Oktober 2024 SEMAK MELALUI APLIKASI UPUPOCKET BOLEH DIMUAT TURUN DI GOOGLE PLAY, APPSTORE & APPGALLERY
Cara Semakan Keputusan Melalui UPUOnline Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘. Log masuk seperti biasa. Semak keputusan rayuan yang tertera. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan. UTM – https://jpt.utm.my UUM – http://jpt.uum.edu.my UNIMAS – https://jpt.unimas.my UMS – http://jpt.ums.edu.my UMT – http://jpt.umt.edu.my Semakan UPUOnline Melalui Aplikasi UPU Pocket Selain membuat semakan UPU online melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.
Baca juga : iBita: Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Seluruh Malaysia
Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:
memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan. memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing. boleh mendapat informasi terkini tentang UPU. terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum. Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store di SINI.
Maklumat Lanjut Sebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:
No tel : 03 – 8684 2363
Emel : [email protected]
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Baca juga: MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/semakan-keputusan-upuonline/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=semakan-keputusan-upuonline

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sijil Darjah Enam Agama Sdea 2023 2024 Semakan Keputusan

Sijil Darjah Enam Agama Sdea 2023 2024 Semakan Keputusan

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 78 hits
Sijil Darjah Enam Agama SDEA 2023 Semakan Keputusan Online Tahukah anda selain UPKK terdapat penilaian yang dilaksanakan di peringkat negeri yang berbeza dengan amalan kebangsaan Misalnya di Selangor pelajar aliran sekolah agama menduduki p...
Sri Pahang Fc Sasarkan Kedudukan Tiga Teratas Dalam Saingan Liga Super Musim 2024 2025

Sri Pahang Fc Sasarkan Kedudukan Tiga Teratas Dalam Saingan Liga Super Musim 2024 2025

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 66 hits
KUANTAN Kelab Bolasepak Sri Pahang menyasarkan untuk meraih kedudukan tiga teratas dalam saingan Liga Super musim 2024 2025 Ketua Pegawai Eksekutif SPFC Datuk Mohammed Suffian Awang berkata sasaran itu dibuat berdasarkan gabungan pemain lam...
Stadium Majlis Perbandaran Temerloh Gelanggang Rasmi Sri Pahang Fc Musim 2024 2025

Stadium Majlis Perbandaran Temerloh Gelanggang Rasmi Sri Pahang Fc Musim 2024 2025

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 70 hits
KUANTAN Kelab Bolasepak Sri Pahang mengesahkan Stadium Majlis Perbandaran Temerloh di Temerloh akan menjadi gelanggang rasmi pasukan Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024 2025 Ketua Pegawai Eksekutif SPFC Datuk Moha...
Pra Musim 2024 2025 Kedah Vs Penang Fc Highlights Video

Pra Musim 2024 2025 Kedah Vs Penang Fc Highlights Video

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 51 hits
Kedah Darul Aman terus mempertahankan rentak cemerlang mereka dengan menewaskan Penang FC 3 1 dalam saingan pramusim di Stadium Darul Aman baru baru ini Perlawanan dikepit 1 1 pada separuh masa pertama melalui jaringan Habib Haroon dari sku...
Pelancaran Jersi Selangor Untuk Musim 2024 2025

Pelancaran Jersi Selangor Untuk Musim 2024 2025

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 70 hits
Pada tahun 2023 Selangor FC yang merupakan naib juara Liga Super telah memperkenalkan jersi home terbaru mereka untuk menyambut cabaran dari pesaing dalam Liga Malaysia dan Liga Juara Juara AFC 2 bagi musim 2024 25 Pelancaran jersi yang dik...
Sultan Pahang Hormat Keputusan Mahkamah Tolak Semakan Pekebun Durian

Sultan Pahang Hormat Keputusan Mahkamah Tolak Semakan Pekebun Durian

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 61 hits
BernamaAl Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang terus proaktif memperkasakan tindakan berkenaan pencerobohan tanah kerajaan KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan semua...
Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 140 hits
Kejohanan badminton berpasukan paling berprestij kini kembali lagi Piala Thomas dan Piala Uber 2024 akan berlangsung bermula dari 27 April hingga 5 Mei 2024 yang diadakan di Chengdu China Untuk tahun 2024 Piala Thomas atau Thomas Cup merupa...
Istiwa Adzam 27 Mei 2024 Malaysia Cara Semakan Arah Kiblat

Istiwa Adzam 27 Mei 2024 Malaysia Cara Semakan Arah Kiblat

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 112 hits
Istiwa Adzam 2024 Di Malaysia Cara Semakan Arah Kiblat Info Planetarium 201 Matahari tepat di atas Mekah 27 Mei 2024 Isnin jam 5 18 petang waktu Malaysia Pada Isnin 27 Mei 2024 tepat jam 05 18 petang Matahari akan berada tepat di atas banda...
Video Highlights Machester City Vs Wolvhampton Wanderes Epl 2024 2025

Video Highlights Machester City Vs Wolvhampton Wanderes Epl 2024 2025

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 72 hits
Manchester City yang kini memegang gelaran juara memberikan amaran keras kepada pesaing terdekat mereka Liverpool bahawa mereka semakin hampir untuk mengekalkan musim ini Di Stadium Molineux mereka menunjukkan ketegasan mereka dengan mengal...
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


168slot 168slot Biz 13 Jun 2024 168slot 168 Top 35 By Christa

Puaka Cuti Semester

Apa Itu Kwsp Akaun 3

Sakit Tekak Yang Amat Sangat

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer