Semakan Bsh Bujang Oku Isi Rumah 2020
SEMAKAN BSH BUJANG OKU & ISI RUMAH 2020
Kepada pemohon BSH kategori bujang OKU & isi rumah 2020,anda boleh mula buat semakan sama ada anda layak atau gagal BSH 2020.
Untuk makluman pemohon BSH yang layak, kerajaan telah menambah sebanyak RM100 bagi setiap penerima BSH fasa 3. Kesemua penerima akan menerima tambahan RM100.
APA ITU BSH KATEGORI BUJANG/OKU
Jika anda merupakan kalangan yang telah pun berumur 40 tahun dan ke atas tetap masih lagi memegang status bujang dengan gaji dan pendapatan sebulan adalah di bawah kadar RM2,000 sebulan, boleh dapat duit ini.
Jumlah BSH RM400 diberikan kepada kategori bujang berusia 40 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
APA ITU BSH KATEGORI OKU
Golongan berumur 18 tahun ke atas yang memegang status OKU masih lagi menerima gaji dan pendapatan RM2,000 dan ke bawah pun layak dapat
Jumlah BSH RM400 diberikan kepada kategori OKU berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
APA ITU BSH KATEGORI ISI RUMAH
Isi Rumah pendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah.
JUMLAH: RM1000 (pengumuman asal) + RM100(Tambahan) + RM120 untuk setiap anak = RM1100 + RM120/Anak (MAKSIMUM UNTUK 4 ORANG ANAK SAHAJA)
Isi Rumah pendapatan bulanan RM2001 hingga RM3000.
Jumlah = RM750 (pengumuman asal) + RM100 (Tambahan) + RM120/Anak = RM850 + RM120/Anak (MAKSIMUM UNTUK BAGI SETIAP ANAK SERAMAI 4 ORANG)
Isi Rumah pendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000.
Jumlah = RM500 (pengumuman asal) + RM100 (Tambahan) + RM120/Anak= RM600 + RM120/Anak (MAKSIMUM UNTUK BAGI SETIAP ANAK SERAMAI 4 ORANG)
SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP(BSH) FASA 3
Anda boleh buat semakan dengan klik pautan ini: https://bsh.hasil.gov.my atau https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
Untuk pengetahuan, selain semakan, para pemohon juga akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas.
SMS yang dihantar akan memberitahu sama ada anda layak ataupun tidak.
TARIKH PEMBAYARAN BSH FASA 3
Mengikut notis yang dimaklumkan oleh pihak LHDN di laman Facebook mereka, bayaran baki BSH fasa 3 akan dilakukan bermula 24 julai 2020.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ada persoalan, bolehlah hubungi, 1800-88-2747 untuk sebarang pertanyaan berkenaan Bantuan Sara Hidup (BSH)
SOALAN LAZIM BSH BUJANG & ISI RUMAH 2020
Bilakah pembayaran BSH fasa 3 akan dikreditkan?
Pembayaran dilakukan bermula 24 Julai 2002 bersama tambahan RM100.
Cara Semakan BSH Online
Klik pautan yang kami sediakan di atas ini.
Berapakah jumlah bayaran BSH fasa 3?
Baki bayaran BSH + RM100
Bagaimana pembayaran dilakukan jika saya tiada akaun bank?
Sila buat semakan bsh 2020 melalui pautan di jadual atas. Dan sila dapatkan no siri pada bahagian no baucar.
Jika sudah perolehi no baucar itu, pemohon boleh terus secara tunai di bank tidak kira mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional BSN yang terdekat dengan anda.
Ini cara buat SEMAKAN NOMBOR BAUCAR BSH 2020
Yang dah terima BPN, BSH masih dapat tak?
Ya masih.
Apa nombor boleh dihubungi untuk bantuan?
Hubungi: 1-800-88-2747
The post SEMAKAN BSH BUJANG OKU & ISI RUMAH 2020 appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/semakan-bsh-bujang-oku-isi-rumah-2020.html