Semak Tindakan Disiplin Terhadap Afif Kata Akar Umbi Pkr


SUSAN LOONE


Selepas Dr Afif Bahardin diberikan surat tunjuk sebab kerana didakwa "mensabotaj" PKR, sokongan terhadapnya datang dari akar umbi parti
Naib Ketua Cabang Permatang Pauh, Amir Ghazali, berkata sesetangah anggota merasakakan perlu menunjukkan semangat setiakawan bersama Afif ketika beliau sedang menghadapi begitu banyak kesukaran

"Kami sebahagian pimpinan PKR terpanggil untuk memberi solidariti kepada saudara Dr Afif Bahardin di saat sesukar mana pun keberadaan beliau pada waktu ini.

"Sumbangan masa dan tenaga beliau kepada kejayaan PKR Pulau Pinang dan Cabang PKR Permatang Pauh tidak boleh di sangkal dan padamkan oleh selembar surat tunjuk sebab/ disiplin," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Amir juga menggesa supaya Lembaga Disiplin PKR menyemak semula keputusan yang dibuat terhadap Afif yang melibatkan tuduhan "aktiviti sabotaj dengan mencetus dan/atau bersekutu untuk menimbulkan rusuhan dan pergolakan pada Kongres Nasional AMK 2019."

Katanya, lembaga disiplin parti perlu menyesuaikan pendekatannya dengan kaedah yang lebih mesra, membenarkan perbincangan dan nasihat.

"Lembaga Disiplin juga harus memperhalusi, memahami sifat dan jiwa anak muda yang amat bertenaga, agresif dan aktif, mudah terperangkap dalam kelompok dan kabilah ia sesuatu yang normal bagi sesebuah organisasi yang dinamik.

"Kami mengharapkan satu semakan semula di lakukan oleh Lembaga Disiplin PKR terhadap dakwaan melakukan aktiviti sabotaj dengan mencetus atau bersekutu untuk menimbulkan rusuhan dan pergolakan pada Kongres AMK 2019 terhadap Dr Afif Bahardin kepada satu pendekatan yang mesra menyediakan ruang perbincangan dan nasihat," jelasnya.

Beri peluang adil
Semalam, Dr Afif yang juga bekas timbalan ketua AMK, menzahirkan rasa terkilannya selepas menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin, mendakwanya melakukan kesalahan ketika kongress tahun lepas yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, pada 6 Dis tahun lepas.

Afif dituduh melakukan kekacauan itu dengan tujuan untuk membatalkan kongres tersebut.

Afif dilihat menyokong Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali secara terbuka

Azmin dan Presiden PKR Anwar Ibrahim dilaporkan bertelagah berhubung isu peralihan kuasa jawatan perdana menteri kelapan.

Sementara itu, Cabang PKR Taman Sri Indah, Balik Pulau, John Ooh Sin Hwa berkata anggota parti "sangat terkejut" dengan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan secara tiba-tiba kepada Afif.

"Beliau (Afif) seorang yang setia dengan parti dan seorang pemimpin muda yang ada keupayaan.
"Kami sangat terperanjat dengan tuduhan terbaru ini bahawa beliau didakwa terlibat dengan sebaran bentuk sabotaj pada kongres yang dikatakan itu.

"Kami harap Afif akan diberikan peluang yang adil untuk membuktikan beliau tidak bersalah dan keadilan akan tertegak buatnya," kata Ooh kepada Malaysiakini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/semak-tindakan-disiplin-terhadap-afif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Afif Kecewa Dapat Surat Tunjuk Sebab Dari Lembaga Disiplin Pkr

Afif Kecewa Dapat Surat Tunjuk Sebab Dari Lembaga Disiplin Pkr

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 430 hits
Diterbitkan 20 Feb 2020 11 51 malamBERITABekas Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin menzahirkan rasa terkilannya selepas menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin yang mendakwa beliau melakukan kesalahan ketika kongress ta...
Tindakan Disiplin Pada Dr Afif Berat Sebelah 7 Ketua Amk P Pinang

Tindakan Disiplin Pada Dr Afif Berat Sebelah 7 Ketua Amk P Pinang

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 381 hits
MALAYSIAKINI Majoriti daripada 13 ketua Pemuda PKR peringkat cabang di Pulau Pinang dalam suatu kenyataan hari ini menyuarakan sokongan terhadap Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh Dr Afif Bahardin yang didakwa melakukan sabotaj terhadap p...
Jelajah Umno Sabah Perkukuh Akar Umbi Tekad Elak Kebobrokan Dari Ph

Jelajah Umno Sabah Perkukuh Akar Umbi Tekad Elak Kebobrokan Dari Ph

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 362 hits
Azman Abas KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO Sabah Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata pihaknya cukup terharu dengan sokongan pelbagai peringkat khususnya kalangan anak muda pada program Jelajah UMNO negeri yang kini telah memasuki beberapa bahag...
Akar Umbi Umno Selangor Mahu Mat Nadzari Diganti

Akar Umbi Umno Selangor Mahu Mat Nadzari Diganti

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 264 hits
Ketua Sekretariat Badan Bertindak Selamatkan Bangunan Umno Selangor Datuk Mohd Isa Abu Kasim pada sidang media membantah tindakan untuk menjual Bangunan Umno Selangor di perkarangan Bangunan Umno Selangor Shah Alam Selangor foto AFIQ RAZALI...
Lembaga Disiplin Pkr Beri Amaran Kehadiran Zuraida

Lembaga Disiplin Pkr Beri Amaran Kehadiran Zuraida

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 249 hits
Naib Presiden Parti Keadilan rakyat Zuraida Kamaruddin diberi amaran supaya menepati janji untuk hadir sesi pendengaran kes disiplinnya pada 25 Februari ini Pengerusi lembaga Disiplin KEADILAN Datuk Ahmad Kasim menegaskan bahawa pihaknya ti...
Tindakan Terhadap Sajad Ambil Kira Kerisauan Masyarakat

Tindakan Terhadap Sajad Ambil Kira Kerisauan Masyarakat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR Sebarang tindakan yang bakal diambil terhadap ahli perniagaan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berhubung perbuatannya bertelekung semasa menjalani ibadah umrah baru baru ini akan mengambil kira beberapa elemen termasuk...
Ex Pkr Youth Deputy Chief Afif Gets Show Cause Letter

Ex Pkr Youth Deputy Chief Afif Gets Show Cause Letter

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 740 hits
Dr Afif Bahardin says he learnt several other PKR Youth leaders have been issued similar show cause letters GEORGE TOWN Former PKR Youth deputy chief Dr Afif Bahardin has been issued a show cause letter by the party s disciplinary board for...
Ini Barulah Dianggap Seorang Ibu Tak Pernah Meminta Wang Selalu Mencari Kesalahan Menantu Prince Syed

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara

Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tindakan Pecat Tiga Adun Bukti Ketegasan Pas Pertahan Prinsip Disiplin Amp Amanah Mb Perlis

Buat Duit Tanpa Modal Besar Cara Realistik Jana Income Secara Automatik

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam

Kanak Kanak 10 Tahun Maut Terlibat Kemalangan Dengan Lori

Tan Sri P Ramlee Dengarlah Gemala Hati Chord

Tiga Adun Perlis Diminta Pulangkan Segera Aset Kerajaan Negeri