Jangan Korban Keunikan Dan Sejarah Unisza Umt




Sebagai bekas Menteri Pendidikan Tinggi saya ingin memberi sedikit pandangan terhadap isu cadangan penggabungan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Secara peribadi saya anggap tindakan ini lahir dari sikap ambil mudah kementerian dengan alasan penjimatan, tanpa menghargai sejarah penubuhan dan implikasi kepada masa depan kedua-dua buah universiti tersohor tanah air ini.
Unisza dan UMT terbina dengan tujuan, sejarah dan falsafah mereka tersendiri. Unisza yang terkenal dengan motto ‘Ilmu Demi Faedah Insan’ bermula dengan nama KUSZA (Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin), iaitu sebuah kolej yang berpaksikan kepada agama Islam dengan mengintegrasikan ilmu-ilmu konvensional untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, tetapi mempunyai nilai-nilai akhlak yang tinggi.
Ia berakarumbikan sistem pendidikan Islam tradisi Terengganu yang secara tidak langsung menjadi satu kebanggaan buat rakyat Terengganu keseluruhannya. Apatah lagi namanya diambil sempena nama seorang Sultan yang terkenal dengan peribadi yang warak dan berilmu pengetahuan yang tinggi iaitu Almarhum Sultan Zainal Abidin.
Oleh itu, apabila KUSZA dinaik taraf sebagai universiti, terdapat kesinambungan daripada falsafah ilmu dan penawaran kursus dengan penyesuaian ilmu semasa dalam bidang pengurusan, digital, perubatan, keusahawanan dan lain-lain.
Penubuhan UMT juga berasaskan kepada faktor unik Terengganu yang sinonim dalam bidang maritim dan sumber-sumber yang berkaitan dengannya. Bermulanya sejarah UMT dari Fakulti Sains Samudera, seterusnya kepada Kustem (Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia) dan akhirnya UMT; universiti ini terus diberi mandat menerajui bidang Sains Marin dan Oseonografi hingga mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Tak dinafikan, UMT sememangnya berpotensi memainkan peranan yang penting ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maritim yang disegani dunia.
Melihat kepada signifikan sejarah ini, semasa menjadi Menteri Besar Terengganu, saya berusaha agar kedua-dua institusi ini dinaik taraf sebagai dua buah universiti yang berasingan, walaupun ketika itu telah wujud cadangan agar kedua-duanya disatukan menjadi hanya sebuah universiti.
Saya maklum adanya tuduhan pihak-pihak tertentu bahawa idea penggabungan ini telah dimulakan oleh kerajaan terdahulu tetapi takut untuk melaksanakannya. Pandangan saya, tuduhan sebegini merupakan sikap orang yang pengecut memandangkan semasa menjadi Menteri Pendidikan Tinggi, kami telah berusaha merangka strategi peningkatan daya saing universiti dalam pelbagai bidang (Soaring Upwards) dengan pengurusan perbelanjaan yang cekap (cost efficient). Kami memperkenalkan konsep ‘collegiality’ dan ‘commonality’ (permuafakatan) antara universiti.
Konsep ini menggalakkan semangat guna sama, kolaborasi, kerjasama dan persaingan sihat antara universiti untuk memberi pendidikan terbaik kepada mahasiswa.
Oleh itu saya berpandangan cadangan penggabungan ini sememangnya langkah yang amat mudah, namun ia bukanlah satu-satunya langkah terbaik untuk berjimat.
Janganlah hanya kerana ingin berjimat sedikit, sejarah dan keunikan kedua-dua universiti ini terpaksa dikorbankan. Ternyata ia telah mula membangkitkan keresahan di kalangan kakitangan dan mahasiswa.
Jangan dilupakan bahawa ‘core business’ universiti adalah untuk melahirkan graduan yang beridentiti. Oleh yang demikian saya menggesa agar pihak kementerian perlu berfikir panjang dan merancang dengan sempurna demi masa depan kedua-dua universiti tersebut.
*Penulis ialah Ahli Parlimen Besut. Beliau pernah memegang jawatan Menteri Pendidikan Tinggi dan Menteri Besar Terengganu.
***Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ia sama sekali tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Malaysia.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/12/jangan-korban-keunikan-dan-sejarah-unisza-umt/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penggabungan Unisza Umt Maszlee Jangan Fikir Nak Untung Saja Mahdzir

Penggabungan Unisza Umt Maszlee Jangan Fikir Nak Untung Saja Mahdzir

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 299 hits
Mahdzir selar menteri Kenapa fikir semua nak untung Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid menyelar Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang berkata penggabungan Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin adalah kerana kedua...
Jangan Sampai Sejarah Mencatat Kpk Mati Di Masa Presiden Jokowi

Jangan Sampai Sejarah Mencatat Kpk Mati Di Masa Presiden Jokowi

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 220 hits
Jangan Sampai Sejarah Mencatat KPK Mati di Masa Presiden Jokowi Henny menyatakan KPK memang dilahirkan berbeda dan bertugas untuk independen demi menjaga integritas Adanya revisi hanya akan melemahkan KPK
Jangan Minta Sejarah 1998 Berulang Kembali

Jangan Minta Sejarah 1998 Berulang Kembali

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 284 hits
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Penyelaras Parlimen Jasin 2 September 1998 permulaan segala galanya Pada saat itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar juga turut dilucutkan jawatan sebagai Menter...
Unisza Dan Umt Akan Digabungkan

Unisza Dan Umt Akan Digabungkan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 708 hits
Adakah selepas ini kita akan lihat hanya sebuah universiti awam sahaja di Terengganu bila UniSZA dan UMT akan digabungkan Itulah mungkin persoalan yang timbul selepas ini jika ianya terjadi Baru baru ini kita telah mendengar dimana Jabatan ...
Arwah Fatir Ahmad Korban Bullying Merasuki Tetangga Bilang Sang Ibu Jangan Nangis Terus

Arwah Fatir Ahmad Korban Bullying Merasuki Tetangga Bilang Sang Ibu Jangan Nangis Terus

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 285 hits
Pascameninggalnya Fatir Ahmad yang menjadi korban bullying oleh teman sepermainannya Ibunda Fatir Sri Ani Lestari menyebut arwah anaknya pernah datang Beberapa hari lalu arwah anak saya datang masuk ke tubuh tetangga saya Juan masih bocah j...
Unisza Umt Bergabung

Unisza Umt Bergabung

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 495 hits
Jawatankuasa khas dibentuk gerakkan penggabungan institusiBANGI Jemaah menteri bersetuju secara prinsip dengan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam sa...
Bantahan Penggabungan Umt Unisza Akan Dibawa Sehingga Kepada Pm

Bantahan Penggabungan Umt Unisza Akan Dibawa Sehingga Kepada Pm

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 343 hits
Cadangan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin oleh Kementerian Pendidikan dijangka akan terus mendapat bantahan Antara yang akan dilakukan ialah menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri Tun...
Resepi Sup Tulang Daging Korban Tak Payah Susah Dan Renyah Pc Periuk Ajaib Kan Ada

Resepi Sup Tulang Daging Korban Tak Payah Susah Dan Renyah Pc Periuk Ajaib Kan Ada

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 463 hits
Pada hari raya Aidiladha ritu sehari sebelum raya aku dah siap masak nasi impit kuah kacang dan rendang daging campur hati dan paru Itulah hidangan raya kami sekeluarga Buat banyak juga rasanya lebih dari kebiasaan Tapi menjelang tengahari ...
Pria Tewas Setelah Serang Polisi Karena Tilang Paman Korban Tak Sepantasnya Polisi Lakukan Itu

Pria Tewas Setelah Serang Polisi Karena Tilang Paman Korban Tak Sepantasnya Polisi Lakukan Itu

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 207 hits
Zaenal Abidin warga Paok Motong Kecamatan Masbagik Kabupaten Lombok Timur Nusa Tenggara Barat ditemukan tewas setelah mendatangi Kantor Satuan Lalu Lintas Polres Lombok Timur Kedatangan Zaenal Abidin ke kantor polisi guna mengurus motornya ...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Raya Aidilfitri 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Major Brain Drain As Researchers Eye Exit From Trump S America

Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter