Semak Kereta Ditunda Dbkl Dan Proses Membuat Tuntutan


Tinggal di Kuala Lumpur tidaklah begitu mudah. Disebabkan lambakan kenderaan yang tidak setimbal dengan jumlah parkir kereta yang disediakan oleh pihak Pangsapuri, Kondominium atau Residensi menyebabkan anda terpaksa meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.
Bagaimana pula keadaannya jika keesokkan harinya anda bergegas ke tempat kerja dan melihat kenderaan anda hilang?
Jawapan kepada kenderaan hilang? Apabila kenderaan hilang secara tiba-tiba, ada 2 keadaan sahaja yang kemungkinan berlaku. Ianya sama ada kenderaan anda dicuri atau ditunda oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 
Ini tidaklah terpakai di tempat tinggal anda sahaja. Sebaliknya ianya juga boleh berlaku jika anda berada di kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan parkir di tempat yang tidak sepatutnya, tiba-tiba saat kembali ke kenderaan, keretanya hilang.
Kereta ditunda DBKL Begitulah keadaan yang berlaku kepada kawan saya yang seorang ini. Tiba-tiba dia menelefon saya kalut berkongsikan masalah kenderaan hilang secara tiba-tiba di kawasan rumahnya. Maklumlah pada waktu malam sebelumnya beliau keluar sehingga lewat malam bermain badminton dengan saya, jadi sudah pasti parkirnya tiada.
Saya katakan padanya, tidak perlu kalut. Perkara pertama yang perlu dibuat adalah dengan menghubungi terlebih dahulu pihak DBKL untuk pemeriksaan kenderaan yang ditunda memandangkan beliau mungkin parkir di tempat yang tidak sepatutnya.
Jika tiada dalam rekod, barulah kita buat laporan polis.
Hubungi DBKL Bagi membuat semakan, anda boleh menghubungi pihak DKBL di talian berikut:
Kaunter Tuntutan: 03 – 40244424
Tapi sekarang ini sudah cukup mudah, anda tidak perlu pun membuat panggilan, cukup dengan menghubungi mereka menerusi whatsapp di talian berikut:
Whatsapp DBKL: 013-6663255
Sila bekalkan bersama nombor plat kenderaan anda. 
Setelah dihubungi mereka akan membuat pengesahan sama ada benarkah kereta ditunda DBKL. Jika ya, maka jumlah bayaran akan dimaklumkan oleh pihak mereka (anda perlu bayar ketika di kaunter) dan dimana kenderaan anda boleh dituntut.
Sila rujuk laman web rasmi DBKL untuk maklumat lanjut: Klik Sini
Pengalaman tuntut kereta di Depoh Simpanan Kenderaan DKBL Depoh Simpanan di Jalan Pahang Selepas menghubungi pihak DBKL melalui Whatsapp, kami diminta untuk membuat tuntutan di Depoh Simpanan kenderaan DBKL yang terletak di Jalan Pahang. Lokasi ini penting ya sebab DBKL punyai beberapa lokasi simpanan kenderaan. Jadi baik sahkan dengan mereka dahulu menerusi Whatsapp.
Kaunter pembayaran DBKL Sampai sahaja di sana, kami terus pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Kadar bayaran yang dikenakan kepada kawan saya tadi ialah RM15 untuk notis kompaun dan RM100 untuk upah tunda. Jadi total yang perlu dibayar adalah RM115.
Jangan lupa untuk bawa dokumen penting seperti kad pengenalan dan lesen. Pastikan juga tuntutan dibuat dalam tempoh 24jam. Selepas daripada tempoh tersebut, anda akan dikenakan upah simpanan sebanyak RM100 untuk sehari.
Kereta yang ditunda Sebaik sahaja bayaran telah dijelaskan, anda perlu mengisi beberapa dokumen sebelum anda diberikan kebenaran untuk mengambil kereta anda. Proses tidak lama, makan masa 10 minit sahaja.
Selesai.
Baca juga: Cara beli kad NFC Touch N Go dengan mudah dan pantas
Jadi itu sahaja pengalaman saya membantu rakan saya untuk membuat semakan dan tuntutan kereta ditunda DBKL. Diharapkan perkongsian ini membantu buat mereka yang ditimpa nasib yang lebih kurang sama.
Soalan Lazim Bagaimana kaedah pembayaran di kaunter bayaran? Dimasa ini, pihak DBKL hanya menerima pembayaran secara tunai (cash) sahaja.
Dimanakah lokasi depoh kenderaan DBKL yang perlu saya pergi? Sila sahkah terlebih dahulu lokasi depoh kenderaan mana yang anda perlu pergi sebelum membuat tuntutan kenderaan anda menerusi talian Whatsapp DBKL.
Berapakah kadar upah yang dikenakan untuk simpanan kenderaan di depoh kenderaan DBKL? Anda tidak dikenakan bayaran kadar upah simpanan kenderaan bagi tempoh 24 jam yang pertama. Selepas daripada tempoh tersebut, anda akan dikenakan kadar upah RM100 sehari. Jadi bayaran yang dikenakan adalah notis kompaun + upah tunda + (upah simpan x hari).
The post Semak kereta ditunda DBKL dan proses membuat tuntutan appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/semak-kereta-ditunda-dbkl/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semak Baki Dan Bayar Pinjaman Kereta Guna Cimb Clicks Secara Online

Semak Baki Dan Bayar Pinjaman Kereta Guna Cimb Clicks Secara Online

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 480 hits
Semak Baki dan Bayar Pinjaman kereta anda guna CIMB Clicks Tahukah anda yang anda sebenarnya boleh membuat semakan baki pinjaman kereta anda secara online melalui online banking Bukan sahaja boleh The post first appeared on
Proses Jkp Selasa Ini Matlamat Farid Masih Sama Mahu Selamatkan Rumah Tangga Pengurus

Proses Jkp Selasa Ini Matlamat Farid Masih Sama Mahu Selamatkan Rumah Tangga Pengurus

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 302 hits
Pengurus kepada Farid Kamil Azahari Hamid mengesahkan aktor terbabit dan isterinya Diana Danielle akan memulakan proses di bawah Jawatankuasa Pendamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka Selasa ini
Gbp Usd Rising Wedge Dalam Proses

Gbp Usd Rising Wedge Dalam Proses

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 202 hits
Pasangan mata wang GBP USD mencatat tahap kukuh lebih tinggi dalam jangka pendek dan kini didagangkan pada 1 2314 pada masa penulisan Kini ia berdiri betul betul di bawah halangan kenaikan harga yang penting Selepas pergerakan yang menakjub...
Produk Gkb Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman Dan Kesihatan Usus

Produk Gkb Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman Dan Kesihatan Usus

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 256 hits
Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus Sekarang ni bila usia dah masuk 30an memang sangat sangat perlu menjaga kesihatan badan Sekarang ni zaza pun dah stop atau dah kurang ambil minuman manis atau bergula Pu...
Lemang Bambu Diminati Di Kala Ramadan Begini Proses Pembuatan

Lemang Bambu Diminati Di Kala Ramadan Begini Proses Pembuatan

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 175 hits
Selama bulan Ramadan pelaku usaha lemang meningkatkan produksinya Pelaku usaha bisa membuat lemang hingga 300 buah per hari selama Ramadan Per bambunya mereka jual dengan harga sebesar Rp17 ribu
Kkm Dalam Proses Mohon Lanjut Kontrak Petugas Kesihatan Lantikan

Kkm Dalam Proses Mohon Lanjut Kontrak Petugas Kesihatan Lantikan

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 125 hits
Dr Zaliha Mustafa berkata mereka yang ingin dilantik ke jawatan tetap khususnya doktor dan paramedik perlu mengemukakan permohonan melalui sistem pendaftaran pekerjaan SPA KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan dalam proses membuat permohonan m...
Andi Bernadee Pernah Terfikir Tinggalkan Dunia Seni Kini Dalam Proses Healing

Andi Bernadee Pernah Terfikir Tinggalkan Dunia Seni Kini Dalam Proses Healing

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 143 hits
Penyanyi dan juga pelakon Andi Bernadee mendedahkan bahawa dia pernah terfikir untuk meninggalkan dunia seni apabila menjadi mangsa penipuan individu yang sangat dipercayai serta terkena buatan orang Perkara tersebut sedikit sebanyak menjej...
Tangkap Jer Buat Apa B D H Takut Marilah Lawan Peniaga Haram Ajak Anggota Penguatkuasa Dbkl Fight Di Khalayak Ramai

Tangkap Jer Buat Apa B D H Takut Marilah Lawan Peniaga Haram Ajak Anggota Penguatkuasa Dbkl Fight Di Khalayak Ramai

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 441 hits
Sejak beberapa hari lalu tular video sekumpulan lelaki menjerit dan melemparkan maki hamun terhadap anggota anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana tidak berpuas hati barangan dan peralatan niaga mereka disita nbsp Kejadian...
Dbkl To Take Random Food Samples From Ramadan Bazaars

Dbkl To Take Random Food Samples From Ramadan Bazaars

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 183 hits
Kuala Lumpur City Hall will collect 120 random food samples from 62 Ramadan bazaars throughout the city to ensure good hygiene Mayor Mahadi Che Ngah said the samples to be taken according to a daily schedule will be sent to the DBKL food se...
Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Hiburan Bau Badan Boleh Jejaskan Mood Ini Solusinya

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Strategies Needed To Counter Impending Geopolitical Challenges

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penemuan Kapal Yg Hilang Selama Beabad Abad Di Jumpai Di Tengah Padang Pasir

Macc Must Act Impartially Says C4 After Reporter S Arrest

Give Fahmi The Boot For Failing Pas Member Urges Pm

Help Those In Need Say National Leaders In Ramadan Greetings

Buku Kecil Ramadan Panduan Ramadan Puasa Dan Tarawih

Aktiviti Sesi Rakaman Podcast Cakap Terus Ppim 01 03 2025