Semak Daftar Nombor Telefon Cara Check Nombor Yang Tidak Dikenali
SEMAK DAFTAR NOMBOR TELEFON:CARA CHECK NOMBOR YANG TIDAK DIKENALI
Pernahkah anda menerima panggilan yang tidak dikenali dan yang lebih membimbangkan ianya adalah satu panggilan penipuan atau scammer? Semestinya ramai diantara kita yang pernah mengalami situasi seperti ini. Antara scam yang popular di negara kita adalah sindiket Macau Scam. Anda perlu berhati-hati.
Bagaimanakah cara membuat permohonan i-CITRA KWSP RM5000?
Menurut perangkaan dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM, jumlah kerugian membabitkan Macau Scam meningkat 55.5 peratus antara 2017 hingga 2018. Jadi untuk mengelakkan hal yang serupa berlaku ada beberapa cara semak datar nombor telefon panggilan tidak dikenali.
CARA SEMAK DAFTAR NOMBOR TELEFON
Bak kata pepatah, beringat sebelum kena. Kini, anda boleh check nombor telefon yang tidak dikenali. Jika mencurigakan, anda boleh mengambil langkah pencegahan awal seperti tidak menangkat telefon dan tidak memberi sebarang butiran peribadi melibatkan anda.
Melalui perkongsian ini, terdapat beberapa cara untuk semak daftar nombor telefon panggilan yang tidak dikenali menggunakan aplikasi atau website iaitu ;
Truecaller
info
Whos Number Is This
Whoscall
Check Panggilan Tidak dikenali Truecaller
Anda boleh menggunakan aplikasi Truecaller atau melalui portal Truecaller.
Berikut adalah langkah :
Layari portal https://www.truecaller.com
Pada paparan portal Truecaller, anda boleh memuat turun software Truecaller mahupun jika menggunakan peranti pintar, anda boleh muat turun di Google Play dan App Store.
Jika tidak, anda boleh abaikan langkah dua dan terus membuat semakan. Masukkan nombor telefon yang anda ingin check pada ruangan Search a phone number.
Sebelum tekan butang search, anda diminta untuk Sign in terlebih dahulu. Tekan pada butang Sign in with Google dan secara automatik akan menggunakan akaun emel Google anda.
Apabila selesai, akan tertera hasil carian anda. Pada hasil carian akan tertera nama (nama panggilan) dan syarikat telco.
Akan tetapi, tidak semua nombor telefon ada dalam database Truecaller dan kemungkinan untuk anda memperoleh hasil carian ‘this number is not yet available juga ada. Bermaksud, nombor tersebut belum berdaftar dengan database Truecaller.
Makluman, penggunaan Truecaller ini hanyalah percuma sahaja.
Jika anda memasukkan nombor telefon sendiri dan tertera nama yang kurang menyenangkan, anda juga boleh mengubah nama anda dengan menekan butang Suggest name.
Selamat mencuba.
Check Panggilan Tidak dikenali whosenumber.info
Satu lagi website yang anda boleh gunakan ada whosenumber.info. Caranya mudah sahaja :
Layari portal https://whosenumber.info
Pada paparan halaman, masukkan nombor telefon yang ingin anda check pada butang search atas sebelah kanan.
Nombor telefon yang dimasukkan hendaklah disertakan dengan kod negara. Contoh : 60123456789
Tekan butang search untuk carian. Hasil carian akan memaparkan negara, dan syarikat telco nombor tersebut.
Untuk mendapatkan nama, anda perlu menghatar mesej kepada admin info.
Pada bahagian Status, pilih Neutral, Good atau Bad.
Masukkan nama dan email anda.
Taip mesej anda pafa bahagian Message Text. Kemudian masukkan kod pada image tertera.
Klik butang Send.
Check Panggilan Tidak dikenali Whos Number Is this
Layari portal https://www.whoseno.com.
Pada paparan utama, pilih negara dikotak COUNTRY dan masukan nombor telefon.
Tekan butang search. Anda perlu menunggu 80 saat atau anda boleh memilih untuk share ke Facebook atau Google Plus.
Carian akan memaparkan nama pemilik,alamat dan juga alamat emel.
Anda juga boleh memeriksa akaun Facebook pemilik jika nombor in di’link’kan ke akaun Facebook. Jika tidak akan tertera ‘Sorry profile has not been found. Please Try another number’.
Untuk memeriksa lokasi nombor telefon, anda perlu tekan link View Exact location on Map. Jika tiada maklumat akan tertera mesej, ‘We are sorry. Address not found please check other numbers’.
Check Panggilan Tidak dikenali Whoscall
Layari portal https://whoscall.com/en
Untuk menggunakan Whoscall, tekan butang Download Now. satu paparan QR Kod akan terpapar. Imbas kod tersebut menggunakan telefon anda atau anda boleh muat turun melalui App Store atau Google Play.
Selesai muat turun, buka aplikasi dan tekan butang Get started. Anda akan diminta untuk membuat Account Verification.
Sign in mengunakan akaun Facebook atau Google anda.
Tekan butang Allow pada paparan berikutnya. Whoscall akan meminta kebenaran daripada anda untuk akses maklumat telefon anda. Klik accept.
Untuk tawaran Whoscall premium, tekan butang Later.
Melalui Whoscall, anda akan dapat mengetahui nombor tersebut scammer atau bukan dan melihat syarikat telco nombor berkenaan.
Paparan akan menunjukkan jika nombor tersebut scammer atau spam. Anda boleh block dengan tekan butang Set di notification yang tertera Enable default SMS feature untuk mesej dan tekan butang block pada menu lilihan sebelah kiri.
Anda juga boleh menyekat panggilan dari luar negara dengan set On pada Block international numbers.
SOALAN LAZIM
Adakah aplikasi check nombor telefon ini berbayar?
Aplikasi ini adalah percuma sahaja kecuali jika anda ingin menukar kepada premium.
Sekiranya saya check nombor telefon tersebut adalah scammer Apakah perlu saya lakukan?
Laporkan aduan anda ke MCMC: https://aduan.skmm.gov.my E-mel:
[email protected] WhatsApp: 016 – 220 6262
Adakah maklumat saya dilindungi?
Ya. Maklumat anda dilindungi mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
SEBARANG ADUAN HUBUNGI
Aduan MCM Hotline : 1-800-188-030 atau anda boleh membuat aduan dalam talian ke https://aduan.skmm.gov.my atau emel ke
[email protected] . anda juga boleh membuat aduan melalui SMS iaitu : MCMC ADUAN (butiran aduan) dan sms ke 15888.
The post SEMAK DAFTAR NOMBOR TELEFON:CARA CHECK NOMBOR YANG TIDAK DIKENALI appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/semak-daftar-nombor-telefon.html