Selit Elemen Korea 5 Sebab Kena Layan Money Heist Joint Economic Area Di Netflix Kini
Tipulah kalau ada yang kata mereka tak nantikan tayangan “Money Heist – Joint Economic Area” dari Netflix kan?
Sesiapa yang biasa menonton versi Sepanyol iaitu “Le Casa De Papel”, pastinya sudah bersedia menyaksikan pembaharuan drama rompakan besar-besaran itu dalam olahan Korea pula.
Untuk versi ini, “Money Heist – Joint Economic Area” akan menceritakan dunia di mana utara dan selatan Korea yang dalam usaha untuk digabungkan di mana mereka mempunyai akses bebas antar satu sama lain di suatu kawasan dipanggil ‘Joing Economic Area’. Walau bagaimanapun, dalam diam sekumpulan perompak merancang untuk melakukan rompakan besar-besaran sebanyak 4 trilion won dengan sekumpulan pihak berkuasa yang cuba menghalangnya.
Kredit foto: Netflix
Bagi menyambut kemeriahan pelancaran siri ini dan mengetahui personanya, pihak KimchiDaily sempat menyertai sidang media istimewa bersama orang kuat “Money Heist – Joint Economic Area” serta barisan pelakon utamanya. Ayuh!
Imaginasi ‘Joint Economic Area’
Pengarah Kim Hong-sun turut menjelaskan bagaimana dia mengimaginasikan latar belakang untuk siri ini. Katanya, mereka membayangkan pembinaan bandar sebuah pulau sebesar Yeouido di kawasan Zon Demilitirasi di Gaesong, Paju dan Munsan.
Saya mahu gabungkan imej penduduk Utara dan Selatan dan mereka keadaan di mana kesemua mereka menjalani kehidupan tersendiri. ‘The Mint’ ialah pusatnya dan kesemua jalan disambung sekitarnya. Disebabkan mata wang kesatuan dicetak di ‘The Mint’. saya mahu ianya kelihatan sangat ‘Korea’ dan kesemua bangunan di sekeliling dibina mengikut reka bentuk Hanok.
Sebab itulah, sinematografi dan latar belakang “Money Heist: Joint Economic Area” merupakan antara elemen penting bagi menghidupkan siri ini. Serius!
Kredit foto: Netflix
Pelakon mantap hidupkan watak menarik
Kekuatan “Money Heist – Joint Economic Area” juga terletak pada nama-nama besar yang menerajuinya.
Antara dari mereka ialah Yoo Ji-tae (PROFESSOR), Kim Yun-jin (Seon Woojin), Park Hae-soo (BERLIN), Jun Jong-seo (TOKYO), Lee Won-jong (MOSCOW), Park Myung-hoon (Cho Young-min), Kim Sung-oh (Cha Moo-hyuk), Kim Ji-hun (DENVER), Jang Yoon-ju (NAIROBI), Lee Joo-been (Yun Mi-sun), Lee Hyun-woo (RIO), Kim Ji-hoon (HELSINKI), Lee Kyu-ho (OSLO) dan lain-lain.
Angkat budaya Korea
Kata pengarah Kim Hong-soon, dia berbincang banyak bersama pengarah seni Seo Kyung-sung bagi memastikan siri ini benar-benar menaikkan elemen Korea, tak kira Utara mahupun Selatan. Tidak mahu menokok tambah, mereka memastikan supaya ianya disampaikan seperti sedia ada kerana siri ini yang bakal dipaparkan ke seluruh dunia.
Malah topeng Hahoe yang digunakan ialah personaliti penting dalam mengangkat budaya Korea menerusi siri ini.
Kredit foto: Netflix
Jelas Park Hae-soo, topeng Hahoe berasal dari daerah Andong di mana ia mengkritik yang berkuasa selain menyelitkan elemen komedi padanya. Katanya lagi, dia berasa berkuasa apabila melihat kesemua mereka menyarungkan topeng berkenaan.
Kongsi Jeon Jong-seo,
Pertama kali melihat topeng itu, ianya mempunyai senyuman yang lebar sekaligus membawa elemen komedi namun turut terselit aura misteri kepadanya. Jadi, ia mempunyai lapisan maksud dan saya berasa sangat teruja melihatnya.
Ada kelainan dari asal
Bukan sahaja topeng Hahoe, malah akan ada titik lain yang mengasingkan siri Korea ini dari versi Sepanyol. Ianya mengenai watak Tokyo yang mempunyai ‘vibe’ berlainan dari apa yang dikenali peminat setia siri ini.
Ungkap Jeon Jong-seo,
Saya mahu lakonkan watak Mi-sun namun secara semula jadi, saya menerima watak Tokyo. Tokyo di dalam versi Korea adalah yang paling berlainan dari watak asal. Dia ialah Gen Z dan di dalam umur 20-an dan elemen realistik untuk sesiapa di dalam usia 20-an akan dapat dilihat di dalam siri ini. Dia merupakan seorang yang sangat suci dan boleh saya katakan, dia sangat menurut apa kata Profesor jadi dia tidak berpaling arah. Dia sangat stabil dan memberi fokus pada satu sasaran sahaja. Malah Tokyo membawa semua ke arah sasaran itu, lantas dia bukan lah seorang yang bermasalah.
Kredit foto: Netflix
Dalam pada itu, kesemua pelakon meluahkan rasa teruja untuk menyapa kesemua pelanggan Netflix di seluruh dunia dengan versi Korea iaitu “Money Heist – Joint Economic Area”.
Jangan alpa dan cepat serbu Netflix sekarang juga bagi menonton kesemua 6 episod “Money Heist – Joint Economic Area”.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/selit-elemen-korea-5-sebab-kena-layan-money-heist-joint-economic-area-di-netflix-kini/